
Leukemia tak patahkan semangat Norhafiza genggam ijazah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Leukemia tak patahkan semangat Norhafiza genggam ijazah (Harian Metro, 16:59)
Read the reporting
1 report
Leukemia tak patahkan semangat Norhafiza genggam ijazah
am@hmetro.com.my
Kuala Nerus: Demi membalas pengorbanan ibu dan bapa, Norhafiza Aini Ramzi cekal melawan leukemia, biarpun ada kalanya tubuhnya terlalu lemah hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.
Bagi graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, segulung ijazah yang berjaya digenggam dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.57 bukan sekadar kejayaan akademik, sebaliknya hadiah bermakna buat insan yang tidak pernah berhenti berkorban demi masa depannya.
Anak ketiga daripada lima beradik dari Teluk Intan, Perak itu disahkan menghidap kanser darah jenis Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) pada Mac lalu, ketika masih dalam pengajian Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim dengan Kepujian.
Norhafiza Aini berkata, segalanya bermula apabila dia mengalami demam berterusan, lebam pada badan dan keletihan melampau sebelum mendapatkan pemeriksaan di Hospital Teluk Intan.
Katanya, berita itu nyata mengubah kehidupannya, namun enggan menyerah kalah, apatah lagi mengenangkan pengorbanan bapanya yang bekerja sebagai pesawah serta ibunya yang sentiasa berada di sisi.
"Ibu bapa saya tidak pernah jemu membantu saya menjalani rawatan hospital setiap bulan termasuk menjalani kemoterapi, selain berusaha mencari bantuan bagi menampung kos ubat-ubatan dan keperluan rawatan.
"Mak dan Abah banyak berkorban untuk saya. Mereka sentiasa ada, menghantar dan mengambil saya ke hospital serta berusaha mencari bantuan bagi memastikan saya mendapat rawatan yang diperlukan.
"Apabila melihat pengorbanan mereka, saya menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk sembuh. Saya mahu kembali sihat supaya suatu hari nanti dapat membalas segala jasa baik Mak dan Abah," katanya di sini, hari ini.
Norhafiza berkata, dia kini menjalani kitaran kemoterapi kelima dan mengakui rawatan itu memberi kesan kepada kekuatan fizikalnya sehingga pernah memerlukan kerusi roda untuk bergerak.
Namun, katanya, kasih sayang keluarga dan sokongan rakan-rakan menjadi kekuatan untuknya terus bertahan selain pengalaman menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UMT yang mendidiknya supaya berdisiplin dan tidak mudah mengalah.
Biarpun perjuangan melawan penyakit masih berterusan, Norhafiza membuktikan ujian kesihatan tidak memadamkan impiannya untuk menamatkan pengajian.
"Kini, impian saya hanya satu, iaitu kembali sihat dan membahagiakan ibu bapanya.
"Ijazah yang digenggam ini menjadi bukti pengorbanan mak dan abah tidak sia-sia, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus melawan leukemia demi masa depan yang lebih baik," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.