
Liga Arab bakal adakan mesyuarat luar biasa bincang perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KAHERAH: Liga Arab akan mengadakan mesyuarat luar biasa atas permintaan Palestin bagi membincangkan langkah segera memberikan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin susulan peningkatan serangan tentera dan peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki. (Berita Harian, 12:11)
Read the reporting
1 report
Liga Arab bakal adakan mesyuarat luar biasa bincang perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin
KAHERAH: Liga Arab akan mengadakan mesyuarat luar biasa atas permintaan Palestin bagi membincangkan langkah segera memberikan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin susulan peningkatan serangan tentera dan peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), mesyuarat itu turut membincangkan keperluan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan resolusi antarabangsa berkaitan status perundangan Baitulmaqdis.
Wakil Tetap Palestin ke Liga Arab, Duta Muhannad Al-Aklouk, memberitahu WAFA semalam bahawa mesyuarat itu akan diadakan di Sekretariat Agung Liga Arab, tatkala serangan tentera serta peneroka haram Israel yang bersenjata terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka semakin meningkat.
Beliau berkata, serangan itu merupakan dasar sistematik yang bertujuan memaksa masyarakat Palestin berpindah, memperluaskan petempatan haram Israel, dan menjejaskan penyelesaian dua negara.
Mesyuarat itu turut membincangkan pencabulan yang menjejaskan Baitulmaqdis dan status perundangan antarabangsanya, selain tindakan sesetengah negara membuka kedutaan di bandar raya itu.
Al-Aklouk berkata, mesyuarat itu diadakan ketika perjuangan Palestin berdepan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Beliau turut menegaskan semula hak sah rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka yang mempunyai wilayah bersambung, berdaya maju serta berdaulat sepenuhnya, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, serta bebas daripada petempatan haram, peneroka haram dan kehadiran tentera Israel.
Malah, katanya, pendirian itu telah ditegaskan semula dalam beberapa sidang kemuncak Arab dan mesyuarat peringkat menteri sebelum ini.
Al-Aklouk sekali gus menekankan keperluan untuk mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin.
Selain itu, beliau memberi amaran bahawa peningkatan serangan oleh peneroka haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, yang semakin terancang dan diselaraskan ternyata menandakan fasa berbahaya dalam tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.
Katanya, kenyataan dan pendirian masyarakat antarabangsa, walaupun penting, masih tidak mencukupi untuk menghalang serangan lanjut sekiranya tidak disertai tindakan punitif yang konkrit, termasuk mengenakan sekatan terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Justeru, Al-Aklouk menggesa masyarakat antarabangsa, parlimen serantau dan antarabangsa, serta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan berkenaan, memastikan pihak yang melakukan serangan dipertanggungjawabkan, serta menyediakan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.