
Lima laporan polis dibuat isu ugutan pijak al-Quran di Tasik Bera
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUANTAN: Lima laporan polis dibuat berhubung tindakan seorang individu yang didakwa mengeluarkan ugutan mahu memijak al-Quran ketika operasi penguatkuasaan pencerobohan hutan di kawasan Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera. (Utusan Malaysia, 22:25)
Read the reporting
1 report
Lima laporan polis dibuat isu ugutan pijak al-Quran di Tasik Bera
KUANTAN: Lima laporan polis dibuat berhubung tindakan seorang individu yang didakwa mengeluarkan ugutan mahu memijak al-Quran ketika operasi penguatkuasaan pencerobohan hutan di kawasan Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera.
Laporan itu dibuat oleh Gabungan Aktivis NGO Negeri Pahang di Kuantan dan Indera Mahkota.
Penyelarasnya, Noradly Othman berkata, pihaknya merujuk laporan berita sebuah akhbar tempatan pada 7 Oktober lalu bertajuk “Lepas ugut pijak al-Quran, lelaki tumbuk orang awam di Ramsar” dan rakaman video berhubung kejadian tersebut yang tular di TikTok.
Beliau menegaskan, individu terbabit didakwa bertindak biadab dan agresif, menghalang anggota Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menjalankan tugas, mengeluarkan ugutan mahu memijak al-Quran serta melakukan kekerasan terhadap orang awam.
“Kesucian al-Quran bukan bahan ugutan, agama Islam bukan untuk dipersendakan dan undang-undang negara tidak boleh dipijak sesuka hati,” katanya di sini hari ini.
Noradly berkata, Gabungan NGO itu turut mengecam keras perbuatan berkenaan yang disifatkan sebagai penghinaan serius terhadap sensitiviti umat Islam, mencabar kewibawaan penguat kuasa serta berpotensi mencetuskan ketegangan agama dan menggugat ketenteraman awam.
Menurutnya, pihaknya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan tegas terhadap unsur penghinaan agama, ugutan jenayah, halangan terhadap penjawat awam serta kekerasan fizikal.
“Kami menuntut agar individu terbabit disiasat tanpa kompromi, ditahan sekiranya terdapat asas undang-undang dan dihadapkan ke muka pengadilan jika bukti mencukupi. Tiada sesiapa boleh bertindak seolah-olah dirinya kebal daripada undang-undang,” tegasnya.
Laporan itu juga katanya, dibuat demi mempertahankan kesucian agama Islam, kedaulatan undang-undang serta keselamatan dan keharmonian rakyat Malaysia. – UTUSAN
The post Lima laporan polis dibuat isu ugutan pijak al-Quran di Tasik Bera appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia22:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.