Malaysian Attention Engine
Live wire
54Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals51Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola51LINDUNG 24 JAM: "Janganlah bila hujan baru kita nak cari payung" - Ramanan46Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah41Politics : Bersama Bars Nik Nazmi From Official Activities For Three Months - President37From USJ to Shah Alam, flash floods disrupt Klang Valley roads after afternoon downpour37General : Rapid Bus Plans To Acquire 1,600 Electric Buses By 203135PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB35SPEED Recognised Among Asia’s Innovative Technology Companies At ACES Awards 202634Pakistan bangkit 'ajar' China34Politics : Sarawak Election: GPS Not Taking Dominance For Granted - Abdul Karim
RisingConfirmedupdated 18 min ago

LINDUNG 24 JAM: "Janganlah bila hujan baru kita nak cari payung" - Ramanan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
51
+200% / 60 min
Momentum
63
3 vs 1 mentions/h
Sources
5
4 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 19:29 MYTLatest activity 17 Oct, 20:20BMconfidence 86%

What happened

LINDUNG 24 JAM: "Janganlah bila hujan baru kita nak cari payung" - Ramanan (Google News Malaysia (BM), 19:29)

Read the reporting

4 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

1.2 juta pencarum digesa sertai LINDUNG 24 Jam

By AMRAN MULUP · 17 Oct, 19:54 MYT

ALOR GAJAH – Seramai 1.2 juta pencarum yang sebelum ini memilih untuk tidak menyertai skim LINDUNG 24 Jam digesa mengambil peluang mendapatkan perlindungan berkenaan susulan insentif pelepasan cukai tambahan RM150 setahun yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, langkah itu penting bagi memastikan lebih ramai pekerja mendapat perlindungan keselamatan sosial di luar waktu bekerja, terutama ketika berdepan tekanan kos sara hidup dan inflasi.

Menurutnya, keperluan mendapatkan perlindungan itu semakin jelas apabila skim LINDUNG 24 Jam kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan sebanyak 10,424 tuntutan dalam tempoh empat bulan dari 1 Jun hingga 30 September lalu.

Beliau berkata, jumlah itu bersamaan purata kira-kira 85 kes sehari, sekali gus membuktikan risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira waktu.

“Justeru, ini peluang terbaik buat 1.2 juta pencarum yang memilih untuk tidak menyertai LINDUNG 24 Jam supaya kembali opt-in (mencarum) bagi mengukuhkan perlindungan di luar waktu kerja.

“Angka ini mengingatkan kita bahawa kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan perlindungan kewangan amat penting apabila seseorang berdepan musibah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama perasmian Program iLINDUNG u Gegar @ Melaka di Dataran Keris, di sini, hari ini.

Program yang julung kali diadakan di Melaka itu menyasarkan kehadiran 15,000 pengunjung sebagai sebahagian usaha berterusan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan PERKESO mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Ramanan bersama orang ramai pada perasmian Program iLINDUNG u Gegar @ Melaka di Dataran Keris, Alor Gajah, hari ini. Foto oleh AMRAN MULUP

Dalam perkembangan sama, seramai 400 suri rumah di Melaka didaftarkan sebagai pencarum LINDUNG Kasih menerusi program berkenaan, sekali gus melayakkan mereka mendapat perlindungan PERKESO sekiranya ditimpa musibah yang tidak dijangka.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membantu 368,098 pekerja gig menerusi insentif padanan caruman LINDUNG Kendiri.

Menurutnya, pekerja e-hailing dan p-hailing berpendapatan RM3,000 ke bawah layak menikmati insentif caruman sebanyak 35 peratus, manakala kadar itu boleh ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya syarikat penyedia platform turut menyumbang kepada caruman pekerja.

Beliau berkata, kerjasama penyedia platform amat penting bagi memastikan pekerja gig mendapat perlindungan sewajarnya, selain menjamin kelangsungan sosioekonomi mereka.

“Jika penyedia platform berbuat demikian, peruntukan insentif daripada kerajaan bagi maksud membiayai caruman PERKESO untuk pekerja gig boleh dinaikkan daripada 35 peratus kepada 50 peratus.

“Ini adalah situasi menang-menang kepada penyedia platform dan pekerja gig apabila aspek kelangsungan sosioekonomi pekerja mereka terjamin melalui perlindungan keselamatan sosial,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap penyedia platform bagi memastikan pematuhan kewajipan caruman PERKESO sudah mula dilaksanakan sejak 1 Oktober lalu.

Sehubungan itu, katanya, penyedia platform perlu memberikan kerjasama dengan menyalurkan caruman PERKESO bagi pekerja masing-masing menerusi sistem integrasi secara automatik.

Beliau berkata, Seksyen 83(d) Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) menetapkan kewajipan penyedia platform melaksanakan potongan caruman mandatori mengikut bentuk dan kaedah yang ditentukan PERKESO.

Selain itu, Seksyen 83(g) akta sama mewajibkan penyedia platform menyediakan mekanisme dalam sistem pengantara digital masing-masing yang boleh dihubungkan dengan sistem PERKESO bagi urusan caruman skim keselamatan sosial.

Dalam aspek keselamatan pemandu pula, Ramanan berkata, kerajaan meneruskan Program Pemandu Sihat dan Selamat menerusi kerjasama PERKESO dengan Kementerian Pengangkutan, membabitkan peruntukan RM12.4 juta bagi memberi manfaat kepada 225,000 pemandu kenderaan berat.

“Kerajaan turut memperuntukkan RM7.95 juta bagi membuka tiga Pusat Penerokaan Kerjaya Serantau (CEC), melatih 2,000 kaunselor kerjaya serta melantik 100 pegawai pengendali kes bagi membimbing golongan belia yang tidak bekerja, tidak mengikuti pendidikan atau tidak menjalani latihan (NEET),” ujarnya.

Ramanan berkata, pelbagai inisiatif itu mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh jaringan keselamatan sosial, di samping melaksanakan pembaharuan undang-undang bagi menangani keperluan pekerja yang belum diliputi sepenuhnya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan dijangka membawa Skim Pengembara ke Parlimen pada sidang kali ini selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri sebelum ia dilaksanakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri sempena Hari Pekerja 2026.

Skim berkenaan memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan berulang-alik antara Malaysia dengan negara tempat mereka bekerja, khususnya golongan yang berdepan risiko kemalangan ketika dalam perjalanan. – KOSMO! ONLINE

The post 1.2 juta pencarum digesa sertai LINDUNG 24 Jam appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 4 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • 4 mentions in the last hour after none the hour before
  • 5 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 4 mentions/hpeak 54NEWRISINGnow20:00
Latest 20:37 MYT
51Rising
Mentions / h3Velocity0.05/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  4. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source
  5. State
    Rising

    5 sources, growth +400%, z 0.0

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
17 Oct, 19:29 MYT
Origin confidence 60% · 5 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    19:29
  2. Step 2
    News
    Scoop
    20:20 · +51 min

Internet reaction

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Kosmo!, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.