Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok56Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ45CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1045Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu44Labourer claims trial to raping, sexually assaulting teenage stepdaughter44Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya44RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202744US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says43World : 17 Rescued, One Missing After Cargo Ship Sinks Off Indonesia's East Java42Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta
NewUnconfirmedupdated 14 h ago

Liu Ying pacu semangat sukan kanak-kanak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
10
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 22:39 MYTLatest activity 8 Oct, 22:39BMconfidence 60%

What happened

KEHADIRAN bekas jaguh beregu campuran badminton negara, Goh Liu Ying menyuntik semangat peserta Kidsnergy x iMedia Pickleball Day yang giat membuat persiapan menjelang Kidsnergy Malaysia International Games 2026 sempena Hari Sukan Negara, Sabtu ini.Liu Ying yang juga duta dan pengasas Kidsnergy turun padang memberi tunjuk ajar dalam sesi latihan pickleball baru-baru ini, sekali gus membantu peserta membina keyakinan, kemahiran serta semangat kesukanan sebelum hari kemuncak di Arena Sukan Kuala Lumpur.Program itu bukan sekadar memberi pendedahan terhadap teknik permainan, malah membuka ruang ke (Sinar Harian, 22:39)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

Liu Ying pacu semangat sukan kanak-kanak

By Sinar Harian · 8 Oct, 22:39 MYT
Liu Ying (kiri) turun padang memberi tunjuk ajar dalam sesi latihan pickleball.
Liu Ying (kiri) turun padang memberi tunjuk ajar dalam sesi latihan pickleball.

KEHADIRAN bekas jaguh beregu campuran badminton negara, Goh Liu Ying menyuntik semangat peserta Kidsnergy x iMedia Pickleball Day yang giat membuat persiapan menjelang Kidsnergy Malaysia International Games 2026 sempena Hari Sukan Negara, Sabtu ini.

Liu Ying yang juga duta dan pengasas Kidsnergy turun padang memberi tunjuk ajar dalam sesi latihan pickleball baru-baru ini, sekali gus membantu peserta membina keyakinan, kemahiran serta semangat kesukanan sebelum hari kemuncak di Arena Sukan Kuala Lumpur.

Program itu bukan sekadar memberi pendedahan terhadap teknik permainan, malah membuka ruang kepada kanak-kanak untuk belajar, bermain dan mencabar kemampuan masing-masing menerusi pelbagai aktiviti.

Antaranya latihan teknikal pickleball, pemanasan dinamik dan pemulihan sukan, Kidsnergy Challenge Match, penghasilan kandungan bersama iMedia serta sesi perkongsian "My Pickleball Story".

“Selain didedahkan dengan latihan teknikal pickleball, pemanasan dinamik dan pemulihan sukan serta Kidsnergy Challenge Match, peserta turut diberi peluang bercerita mengenai kisah masing-masing menerusi "My Pickleball Story",” kata Liu Ying.

Menurutnya, sesi berkenaan menjadi antara platform persediaan peserta sebelum menyertai Kidsnergy Malaysia International Games 2026 yang mempertandingkan badminton, pickleball, bola tampar dan Kidsrix.

Sebahagian kanak-kanak giat menjalani latihan menjelang Kidsnergy Malaysia International Games 2026 sempena Hari Sukan Negara, Sabtu ini.
Sebahagian kanak-kanak giat menjalani latihan menjelang Kidsnergy Malaysia International Games 2026 sempena Hari Sukan Negara, Sabtu ini.

Bersempena Hari Sukan Negara, acara badminton dan bola tampar akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini, manakala pertandingan pickleball dijadualkan pada 16 hingga 18 Oktober.

“Kidsnergy Malaysia Games menghimpunkan elemen sukan, kemahiran, persahabatan dan pengalaman dalam satu komuniti Kidsnergy sebagai satu platform, pelbagai sukan dalam satu komuniti,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.

Sementara itu, pengasas bersama Kidsnergy, Wong Kang Woon, mengumumkan tarikh baharu Kidsnergy Grand Finale Run, iaitu larian khas untuk kanak-kanak dan keluarga bagi meraikan gaya hidup aktif serta semangat kebersamaan.

Acara berkenaan akan berlangsung di Dataran DBKL pada 13 Disember depan sebagai sebahagian daripada rangkaian Kidsnergy Malaysia Games.

Kang Woon turut menyeru pengikut Kidsnergy supaya tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan komuniti berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Text and pictures from Sinar Harian, shown with attribution.Read at Sinar Harian

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 14NEWnow08:0009:0010:0011:0012:00
Latest 12:45 MYT
10New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
8 Oct, 22:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    22:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Liu Ying pacu semangat sukan kanak-kanak
Sinar HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.