
Lumba haram, tonto berdepan hukuman lebih berat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA: Kegiatan lumba haram kini menjadi kesalahan khusus yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil tanpa perlu menunggu berlakunya kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa, menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang berkuat kuasa hari ini. (Berita Harian, 11:42)
Read the reporting
1 report
Lumba haram, tonto berdepan hukuman lebih berat
PUTRAJAYA: Kegiatan lumba haram kini menjadi kesalahan khusus yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil tanpa perlu menunggu berlakunya kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa, menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang berkuat kuasa hari ini.
Menerusi Seksyen 42A APJ (Pindaan) 2026, pesalah yang disabitkan atas kesalahan berlumba atau menduga kelajuan di jalan raya boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya bagi sabitan pertama.
Bagi sabitan kedua atau berikutnya, pesalah berdepan denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Selain itu, pindaan berkenaan turut memperkenalkan Seksyen 110B bagi membanteras kegiatan tonto yang menghalang atau mengganggu operasi penguatkuasaan, termasuk mengekori kenderaan penguat kuasa dan menyalurkan maklumat operasi bagi membantu pihak tertentu mengelak tindakan undang-undang.
Pesalah yang disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara antara satu hingga lima tahun atau kedua-duanya. Kesalahan berkenaan turut dikategorikan sebagai kesalahan boleh tangkap.
Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, APJ (Pindaan) 2026 yang mengandungi 42 fasal pindaan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh keselamatan jalan raya, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memodenkan penyampaian perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pindaan itu turut memperkukuh akauntabiliti pemunya berdaftar terhadap kesalahan yang dikesan melalui kamera penguatkuasaan, termasuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), menerusi pindaan Seksyen 53B.
"Langkah itu bertujuan menutup kelompongan undang-undang yang boleh menyebabkan pihak tertentu mengelak tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan menggunakan kenderaan mereka," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, pindaan Seksyen 108 memperketat hukuman terhadap pemalsuan rekod, dokumen dan maklumat kenderaan, termasuk kegiatan kenderaan klon serta manipulasi identiti kenderaan.
Bagi kesalahan tertentu, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
MOT turut memaklumkan pindaan itu memperluas asas perundangan bagi penggunaan lesen, dokumen, rekod dan notis secara elektronik, selain membuka ruang kepada pelaporan kemalangan secara digital tertakluk kepada tatacara ditetapkan.
Kawal selia keselamatan kenderaan motor, termasuk kenderaan elektrik, kenderaan yang diubah suai, komponen kenderaan dan kenderaan mikromobiliti, turut diperkemas.
Peruntukan berkaitan kenderaan rentas sempadan juga diperkukuh bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kenderaan yang tidak memenuhi keperluan undang-undang atau mempunyai perkara tertunggak yang belum diselesaikan.
Bagaimanapun, peningkatan had maksimum kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun daripada RM300 kepada RM500 hanya akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2029.
MOT menjelaskan bahawa perubahan itu tidak bermaksud semua kesalahan trafik akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik, sebaliknya amaun kompaun tertakluk kepada jenis kesalahan serta kaedah yang ditetapkan di bawah APJ 1987 (Akta 333).
"Penetapan tarikh ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan yang dinyatakan semasa pembentangan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 di Parlimen.
"Langkah ini bertujuan meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dan memberikan kesan pencegahan yang lebih berkesan, bukannya untuk membebankan rakyat atau meningkatkan kutipan hasil kerajaan," katanya.
MOT berkata, pelaksanaan pindaan Akta 333 ini akan memperkukuh keupayaan agensi penguat kuasa dalam membanteras kegiatan yang membahayakan keselamatan jalan raya, selain memudahkan urusan rakyat melalui penggunaan teknologi dan perkhidmatan digital.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.