
Mahkamah tangguh keputusan rayuan hina mahkamah Wan Azri
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Last August, the High Court sentenced Wan Azri Wan Deris to 30 days in prison for contempt of court over his failure to properly apologise to former IGP Razarudin Husain. (Bernama pic) PUTRAJAYA: The Court of Appeal has reserved its decision on blogger Wan Azri Wan Deris’s appeal against his conviction and 30-day jail sentence for contempt of court over his failure to properly apologise to former inspector-general of police Razarudin Husain. (Free Malaysia Today, 14:39)
Read the reporting
2 reports
Mahkamah tangguh keputusan rayuan hina mahkamah Wan Azri
Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap Wan Azri Wan Deris kerana menghina mahkamah susulan kegagalannya membuat permohonan maaf dengan sewajarnya kepada bekas ketua polis negara, Razarudin Husain. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan blogger Wan Azri Wan Deris terhadap sabitan dan hukuman penjara 30 hari kerana menghina mahkamah susulan kegagalannya memohon maaf dengan sewajarnya kepada bekas ketua polis negara, Razarudin Husain.
Hakim Azizul Azmi Adnan yang mengetuai panel tiga hakim bersama Ong Chee Kwan dan Radzi Harun berkata, pengurusan kes akan diadakan pada 29 Okt untuk menetapkan tarikh keputusan.
Terdahulu, peguam Wan Azri, Rafique Rashid Ali, berhujah anak guamnya telah mematuhi perintah mahkamah apabila membaca permohonan maaf tanpa syarat yang dipersetujui di mahkamah terbuka pada 30 April tahun lalu.
Rafique berkata Wan Azri turut mematuhi arahan mahkamah dengan menyiarkan permohonan maaf itu di TikTok, YouTube, X dan Telegram sekurang-kurangnya selama tujuh hari.
Katanya, Wan Azri juga membayar kos RM5,000 dan permohonan maaf berkenaan mendapat liputan meluas media.
“Pendirian kami ialah beliau tidak menghina mahkamah,” kata Rafique yang dibantu Amirul Ar Rasyid Azam.
Beliau turut meminta mahkamah menggantikan hukuman penjara dengan denda atas alasan pemenjaraan akan menjejaskan kebebasan asasi Wan Azri.
Bagaimanapun, peguam Raam Kumar yang mewakili Razarudin meminta mahkamah menolak rayuan itu dan mengekalkan dua perintah menghina mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2025.
Beliau berhujah Wan Azri gagal mematuhi secara ikhlas permohonan maaf serta aku janji yang diberikan kepada mahkamah.
Menurutnya, video permohonan maaf itu hampir tidak dapat dibaca kerana teks bergerak terlalu pantas, manakala satu lagi video yang diterbitkan pada keesokan harinya menafikan bahawa Wan Azri telah memohon maaf kepada Razarudin.
Raam turut berkata Wan Azri gagal membuktikan dakwaannya bahawa akaun media sosialnya digantung dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan.
Raam, yang dibantu KB Tan dan Norleena Jamal, berkata hukuman itu wajar dan tiada alasan untuk Mahkamah Rayuan campur tangan.
Beliau menambah mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menambah hukuman di bawah Seksyen 69(4) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 walaupun tiada rayuan balas dikemukakan berhubung hukuman.
Pada 27 Ogos tahun lalu, hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menjatuhkan hukuman penjara 15 hari terhadap Wan Azri kerana gagal mematuhi dengan sewajarnya perintah memohon maaf, serta tambahan 15 hari bagi satu video susulan yang menunjukkan beliau tidak menyesal.
Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan secara berturut-turut.
Gan berkata video permohonan maaf yang dimuat naik pada 30 April dengan lagu P Ramlee, “Maafkan Kami”, sebagai muzik latar tidak boleh diterima kerana menjadikan permohonan maaf itu kelihatan seperti video hiburan.
Razarudin memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Wan Azri pada 27 Dis 2024 berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pada 10 Jan 2025, Razarudin memperoleh injunksi yang melarang Wan Azri atau wakilnya daripada menerbitkan atau menyebarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya di media sosial sehingga saman itu diputuskan.
Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan permohonan untuk memulakan prosiding komital atas dakwaan pelanggaran injunksi berkenaan.
Pada 30 April, sejurus sebelum prosiding komital bermula, Wan Azri membaca kenyataan menyatakan kekesalan tanpa syarat kerana merujuk Razarudin secara menghina dalam hantaran media sosial pada 14 Jan, selain menerbitkan gambar bekas KPN itu yang telah diubah suai pada keesokan harinya.
Beliau turut berjanji untuk menyiarkan permohonan maaf itu di empat platform media sosial dan mengekalkannya sekurang-kurangnya selama tujuh hari.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today14:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.