
Mahkamah tangguh perintah berkait perjanjian fi RM1.55 juta firma guaman, 203 pelabur
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perjanjian antara firma guaman itu dengan pelabur berkenaan tidak dimeterai secara adil dan mengandungi terma yang tidak munasabah. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan pelaksanaan perintah yang membatalkan perjanjian fi guaman bernilai RM1.55 juta antara sebuah firma guaman dengan 203 pelabur sementara menunggu keputusan rayuan firma itu di Mahkamah Rayuan. (Free Malaysia Today, 17:07)
Read the reporting
1 report
Mahkamah tangguh perintah berkait perjanjian fi RM1.55 juta firma guaman, 203 pelabur
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perjanjian antara firma guaman itu dengan pelabur berkenaan tidak dimeterai secara adil dan mengandungi terma yang tidak munasabah. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan pelaksanaan perintah yang membatalkan perjanjian fi guaman bernilai RM1.55 juta antara sebuah firma guaman dengan 203 pelabur sementara menunggu keputusan rayuan firma itu di Mahkamah Rayuan.
Michelle Wong, yang mewakili Tetuan Jerald Gomez & Associates, mengesahkan perkara itu.
Jared Tee, yang mewakili pelabur berkenaan, tidak membantah permohonan penangguhan itu tanpa mengakui afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan berkenaan.
Dalam memohon penangguhan, firma guaman itu berkata rayuannya membangkitkan persoalan undang-undang penting berhubung kesahan dan kebolehkuatkuasaan terma surat pelantikan bertarikh 16 Jan 2024 yang ditandatangani kedua-dua pihak.
Pelabur berkenaan melantik firma itu untuk mengambil tindakan undang-undang selepas mengalami kerugian besar dalam skim pelaburan yang dikaitkan dengan pengasas bersama MYAirline, Goh Hwan Hua.
Firma itu berkata kadar bayaran mengikut jam dan kaedah pengebilan telah didedahkan serta dibincangkan sebelum perjanjian ditandatangani. Menurutnya, pelabur kemudian mengakui persetujuan itu, meluluskan kesemua 18 bil tanpa bantahan dan menjelaskan 16 daripadanya.
Firma itu mempersoalkan sama ada Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam membatalkan perjanjian berkenaan dan mengarahkan kesemua 18 bil guaman ditaksir atau dinilai secara rasmi, termasuk 16 bil yang telah diluluskan dan dibayar serta dua bil belum berbayar yang tidak dituntutnya.
Firma itu berhujah bahawa proses taksiran boleh menyebabkan rayuannya menjadi sia-sia sekiranya Mahkamah Rayuan kemudian memutuskan bahawa bil berkenaan tidak boleh ditaksir di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Firma itu berkata sebanyak RM1,245,825 telah dibayar bagi bil berkenaan dan usaha mendapatkan semula wang bayaran balik daripada lebih 200 pihak yang menuntut sekiranya rayuan berjaya, akan menjadi sukar.
Firma itu turut menyatakan masa dan kos yang diperlukan untuk menyusun semula fail arkib serta mengesan bekas kakitangan dan saksi bagi proses taksiran.
Menurutnya, penangguhan akan mengekalkan keadaan sedia ada serta mengelakkan kos dan kesulitan praktikal yang tidak perlu sebelum rayuan diputuskan.
Pada 11 Sept, Pesuruhjaya Kehakiman Nixon Kennedy Kumbong memutuskan bahawa perjanjian antara firma guaman itu dengan pelabur berkenaan tidak diperoleh secara adil dan mengandungi terma yang tidak munasabah.
Beliau turut mengarahkan 18 bil guaman firma itu berjumlah RM1,549,650 ditaksir atau dinilai secara rasmi seolah-olah tiada perjanjian fi diwujudkan.
Firma itu diarahkan memulangkan sebarang lebihan bayaran dalam tempoh 30 hari selepas sijil taksiran dikeluarkan.
Nixon mendapati pelabur berjaya membuktikan alasan di bawah Seksyen 118 Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk membatalkan perjanjian itu. Beliau turut memutuskan bahawa klausa penyelesaian pertikaian alternatif dalam perjanjian berkenaan bercanggah dengan peruntukan tersebut.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today17:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.