
Mahu jaga maruah seni dengan seni bersopan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Mahu jaga maruah seni dengan seni bersopan (Harian Metro, 06:17)
Read the reporting
1 report
Mahu jaga maruah seni dengan seni bersopan
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Siri 3
Dari pentas teater penuh disiplin, ke layar perak filem epik sehinggalah merangkul gelaran Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) musim pertama menerusi Kumpulan Jborn bersama Joey Daud dan Vicha, Khir Rahman terbukti sebagai figura seni serba boleh.
Namun, di sebalik senyuman dan watak kelakar yang dibawa, tersimpan satu kedukaan mendalam terhadap landskap industri hiburan tanah air hari ini.
Mengulas mengenai pembabitannya dalam dunia komedi pentas suatu ketika dahulu, Khir menegaskan dia bukannya pelawak semula jadi seperti Johan, Zizan atau pelawak lain.
Sebaliknya, dia adalah seorang 'pemain' watak komedi yang menggunakan pendekatan seni pentas.
"Orang ingat saya bermula sebagai pelawak, sedangkan saya lahir dari teater. Dalam MLM, saya letak syarat kepada Joey yang memujuk saya untuk turut serta.
"Saya mahu bawa penjenamaan yang kuat dan bertindak sebagai pemikir, bukan main 'langgar' sahaja. Tetapi, lama-kelamaan saya nampak perkembangan komedi pentas makin tidak sihat," tegasnya.
Keputusan Khir untuk berundur terus daripada pentas komedi disebabkan kebangkitan 'komedi segera' yang didakwanya memusnahkan struktur karya.
"Komedi sekarang tiada struktur. Ia lebih kepada komedi segera, keluar pentas, ajuk orang atau menyamar jadi individu popular. Budak-budak sekarang ingat itu kelakar.
"Saya pernah cakap pada orang Astro dahulu, kalau begini gaya komedi, ia akan mati dan terbukti sekarang apabila industri komedi merosot dan penonton lebih suka tengok TikTok.
"Apabila komedi tiada struktur, maka ia tidak boleh pergi jauh ke TV atau filem," katanya.
Bagi Khir, jiwa dan 'rumah' sebenarnya kekal di pentas teater, tempat di mana dia pernah meraih beberapa anugerah.
Walaupun menyedari teater bukanlah tempat untuk meraih kekayaan material kerana bayarannya kecil dan masa latihan yang panjang, di situlah maruah seninya dijaga.
Hari ini, pada usia yang matang, Khir mengambil pendekatan untuk 'mematikan diri' daripada terus bertengkar mengenai disiplin ilmu di khalayak ramai.
"Saya pernah menjadi orang yang lantang. Sekarang, sama ada karya itu bagus atau buruk, saya 'ya kan' sahaja kerana mahu lebih mengutamakan aspek silaturahim.
"Kalau mahu bercakap mengenai seni yang berat, saya hanya bercakap dalam kelas, forum atau bersama empat lima orang rakan yang sealiran sahaja," katanya.
Menyentuh mengenai isu kebebasan berkarya yang sering mencetuskan kontroversi seperti penarikan balik tayangan filem Konspirasi, Khir yang juga pengarah filem Dalam Botol mempunyai pendirian sangat berhemah.
Katanya, ada perbezaan yang sangat nyata antara 'jujur berkarya' (being honest) dengan 'kurang ajar' (being rude).
"Di Malaysia, kita ada langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak. Kita kena jaga sensitiviti, bangsa dan agama. Nak bercerita jujur ini senang, tetapi nak bercerita dalam adab dan bahasa yang baik, itu yang susah.
"Sewaktu saya buat Dalam Botol, isunya sangat berat tetapi kita guna perlambangan dan bahasa filem yang bersopan.
"Janganlah atas alasan 'seni' atau 'nak jujur', kita ketepikan adab dan membodohkan penonton. Seni yang tinggi nilainya adalah seni yang bersopan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.