
Malaysia Airlines perkukuh pasaran India dengan tiga kerjasama strategik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memperkukuh kedudukannya dalam pasaran India menerusi tiga kerjasama strategik dengan syarikat pembayaran digital, platform gaya hidup premium dan rangkaian media digital bagi memperluas capaian kepada pengguna di negara itu. (Berita Harian, 15:39)
Read the reporting
1 report
Malaysia Airlines perkukuh pasaran India dengan tiga kerjasama strategik
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memperkukuh kedudukannya dalam pasaran India menerusi tiga kerjasama strategik dengan syarikat pembayaran digital, platform gaya hidup premium dan rangkaian media digital bagi memperluas capaian kepada pengguna di negara itu.
Syarikat penerbangan nasional itu memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) dengan PayU, Times Black dan Jio Network bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembayaran digital, perkhidmatan gaya hidup premium serta pemasaran menerusi platform digital.
Langkah itu dilaksanakan ketika Malaysia Airlines terus mencatatkan pertumbuhan permintaan perjalanan antara India dan Malaysia, dengan hampir sejuta penumpang diterbangkan sepanjang separuh pertama 2026, meningkat 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Kerjasama berkenaan adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk memperluas jangkauan kepada pengguna India, selain menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih relevan, lancar dan saling berhubung.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A Bakar, berkata India kekal sebagai pasaran penting kepada Malaysia Airlines, bukan sahaja dari segi permintaan perjalanan terus, malah peluang yang ditawarkan menerusi hab utamanya di Kuala Lumpur.
"India adalah pasaran penting kepada kami, bukan sahaja dari segi permintaan perjalanan terus, tetapi juga peluang yang ditawarkan menerusi hab kami di Kuala Lumpur.
"Rakan industri pelancongan memainkan peranan utama dalam usaha kami mendekati dan memberikan perkhidmatan kepada pasaran ini, dan kami menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan perjalanan antara India, Malaysia dan destinasi lain," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Malaysia Airlines turut memperluas pendekatannya kepada pengguna India melalui kerjasama baharu yang menggabungkan kekuatan dalam bidang pembayaran, gaya hidup dan platform digital.
Katanya, usaha itu menyokong aspirasi Malaysia Airlines untuk menjadi antara pilihan utama pelancong dari India, selain meningkatkan kesalinghubungan antara India, Malaysia dan rantau lebih luas.
Mengulas lanjut, Malaysia Airlines berkata, kerjasama dengan PayU akan membolehkan syarikat meneroka peluang dalam bidang pembayaran digital, manakala Times Black memberi tumpuan kepada segmen gaya hidup dan pengalaman premium.
Sementara itu, kerjasama dengan Jio Network pula akan meneroka peluang memperluas capaian kepada pengguna menerusi rangkaian digital dan media di India.
Pada masa ini, Malaysia Airlines mengendalikan 80 penerbangan seminggu merentasi 10 bandar di India, menghubungkan penumpang ke pelbagai destinasi di Malaysia dan rantau Asia Pasifik melalui hab Kuala Lumpur.
Pertumbuhan jumlah penumpang pada separuh pertama tahun ini disokong permintaan daripada segmen perjalanan percutian dan premium, sekali gus mencerminkan hubungan perjalanan yang kukuh antara kedua-dua negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.