
Malaysia kekal kedudukan ke-34 Indeks Inovasi Global 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Malaysia kekal kedudukan ke-34 Indeks Inovasi Global 2026 (Harian Metro, 12:35)
Read the reporting
1 report
Malaysia kekal kedudukan ke-34 Indeks Inovasi Global 2026
kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Malaysia mengekalkan kedudukan ke-34 daripada 139 ekonomi dalam Indeks Inovasi Global 2026 (GII 2026) dengan skor keseluruhan meningkat kepada 41.8 mata berbanding 40.6 mata tahun lalu.
Indeks yang diterbitkan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) itu turut meletakkan Malaysia di kedudukan kedua dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan kedua daripada 35 ekonomi berpendapatan sederhana tinggi selepas China.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Chang Lih Kang berkata, peningkatan skor itu mencerminkan kemajuan keupayaan inovasi negara walaupun kedudukan Malaysia kekal pada tangga ke-34.
Katanya, keutamaan kementerian adalah memastikan kekuatan negara dalam penyelidikan, bakat dan teknologi diterjemahkan kepada lebih banyak harta intelek tempatan dan hasil penyelidikan yang dikomersialkan serta syarikat teknologi berdaya saing di peringkat global.
"Prestasi Malaysia menunjukkan peningkatan dalam empat daripada tujuh tonggak GII berbanding tahun lalu, iaitu Institusi pada kedudukan ke-27, Kecanggihan Perniagaan (ke-28), Output Pengetahuan dan Teknologi (ke-32) serta Infrastruktur (ke-51).
"Kecanggihan Pasaran pula kekal sebagai tonggak terbaik Malaysia pada kedudukan ke-19 dunia," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, Malaysia turut mencatatkan pencapaian dalam beberapa indikator utama apabila menduduki tempat pertama bagi eksport dan import berteknologi tinggi.
Selain itu, negara juga berada di tempat ketiga bagi pembiayaan syarikat pemula dan syarikat sedang berkembang serta eksport barangan kreatif, selain kedudukan kelapan bagi graduan sains dan kejuruteraan dan kesembilan bagi kestabilan dasar untuk menjalankan perniagaan.
Dalam perkembangan berkaitan, MOSTI berkata ekosistem inovasi Malaysia turut mendapat pengiktirafan menerusi dua kluster yang tersenarai dalam kelompok 100 kluster inovasi terbaik dunia pada 2026.
Kluster rentas sempadan Singapura-Malaysia yang merangkumi Johor Bahru kekal di kedudukan ke-16, manakala Kuala Lumpur berada pada tangga ke-90.
Selaras dengan tema GII 2026, Powering Entrepreneurs at the Frontier of Science, bilangan syarikat pemula sains termaju Malaysia meningkat 116.7 peratus antara 2020 hingga 2025.
Perkembangan itu menunjukkan potensi untuk memperluas syarikat berasaskan sains dan teknologi Malaysia ke pasaran serantau serta global.
MOSTI juga akan terus bekerjasama dengan kementerian, agensi, institusi pendidikan tinggi, institusi penyelidikan, industri dan penyedia pembiayaan bagi memperkukuh usaha menterjemahkan bakat, penyelidikan dan teknologi kepada harta intelek tempatan serta hasil komersial.
Usaha itu turut merangkumi pembangunan syarikat berpertumbuhan tinggi, pewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi dan peningkatan produktiviti negara, dengan penyelarasan indikator, sasaran tahunan serta intervensi yang boleh dipantau sehingga 2030.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.