Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : Govt To Study Feasibility Of Expanding Implementation Of EKYC Verification To Online Gaming Platforms - Fahmi5013 lelaki ditahan baling bom petrol di penempatan Rohingya43Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41General : MPS Urged To Be Cautious With Words To Avoid Controversies In Dewan Rakyat – Johari39Titik panas di Indonesia melonjak kepada 1,104, Kalimantan paling teruk terjejas39Kerajaan disaran gubal undang-undang jamin peruntukan disalur kepada semua Ahli Parlimen39Industri media perlu kerjasama bangunkan kerangka AI lebih jelas39JEREBU | Warga Pasir Gudang Bimbang, Jerebu Memburuk3712 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat37Papagomo bebas, AGC sekali lagi mahu fail rayuan36General : AGC To Appeal Against Session Court's Decision To Acquit and Discharge Blogger Papagomo
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Malaysia, OIC perlu main peranan isu sekatan pemakaian tudung di Azerbaijan - MAPIM

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 19:02 MYTLatest activity 19 Oct, 19:02BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur: Perlu dialog yang konstruktif antara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saluran diplomatik Malaysia dan kerajaan Azerbaijan bagi mencari penyelesaian tuntas isu sekatan pemakaian hijab bagi pelajar perempuan di negara itu. (Harian Metro, 19:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Malaysia, OIC perlu main peranan isu sekatan pemakaian tudung di Azerbaijan - MAPIM

By Wartawan HM · 19 Oct, 19:02 MYT

Kuala Lumpur: Perlu dialog yang konstruktif antara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saluran diplomatik Malaysia dan kerajaan Azerbaijan bagi mencari penyelesaian tuntas isu sekatan pemakaian hijab bagi pelajar perempuan di negara itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya turut menggesa penjelasan rasmi mengenai kedudukan undang-undang semasa isu berkenaan.

"Keputusan sesebuah sekolah membenarkan pelajar berhijab tidak boleh disamakan dengan pembatalan dasar di peringkat kebangsaan.

Kerajaan Azerbaijan khususnya Kabinet Menteri dan Kementerian Sains dan Pendidikan perlu mengeluarkan penjelasan yang jelas, berwibawa dan rasmi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut MAPIM, pentadbiran berteraskan sekularisme tidak sepatutnya dijadikan alasan memaksa pelajar memilih antara pegangan agama dan pendidikan, manakala peraturan pakaian seragam mestilah munasabah serta dilaksanakan tanpa diskriminasi.

MAPIM turut mengingatkan Azerbaijan terhadap komitmennya di peringkat antarabangsa menerusi Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) serta Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang menjamin kebebasan beragama dan hak mendapat pendidikan.

Katanya, pihaknya mengambil perhatian terhadap maklumat kemungkinan perubahan pelaksanaan sekatan itu, namun setakat ini belum memperoleh pengesahan rasmi bahawa larangan berkenaan ditarik balik di seluruh negara.

"Sehubungan itu, MAPIM menggariskan lima tuntutan utama merangkumi desakan penjelasan rasmi tanpa berlengah, penarikan balik sekatan yang bersifat diskriminatif, serta jaminan akses pendidikan tanpa gangguan kepada pelajar yang terjejas.

"Kami juga menekankan perlindungan bagi guru dan tenaga pendidik muslimah daripada tindakan disiplin atau penyingkiran sewenang-wenangnya, di samping mewujudkan mekanisme aduan dan pemulihan yang telus bagi pihak terjejas," katanya.

Menurutnya dialog berkenaan juga bukan bertujuan menentang rakyat atau menafikan kedaulatan Azerbaijan, sebaliknya berasaskan tuntutan berprinsip bagi memastikan dasar awam sentiasa memelihara maruah serta hak asasi setiap individu.

"Hak mendapat pendidikan tidak boleh disyaratkan dengan kewajipan meninggalkan amalan agama. Keadilan sistem pendidikan diukur menerusi keupayaannya memberi ilmu sambil menghormati maruah dan kebebasan beragama setiap pelajar," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 19:45 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 19:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    19:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.