
Martin mahu rampas takhta Marquez
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Phillip Island: Hanya dua mata memisahkan Jorge Martin dan Marc Marquez ketika Kejuaraan Dunia MotoGP memasuki lima pusingan terakhir bermula di Phillip Island, hujung minggu ini. (Harian Metro, 08:44)
Read the reporting
1 report
Martin mahu rampas takhta Marquez
Phillip Island: Hanya dua mata memisahkan Jorge Martin dan Marc Marquez ketika Kejuaraan Dunia MotoGP memasuki lima pusingan terakhir bermula di Phillip Island, hujung minggu ini.
Marquez, juara dunia MotoGP tujuh kali, tidak pernah tewas dalam perebutan kejuaraan secara langsung. Ducati juga belum kehilangan gelaran dunia kategori pelumba sejak 2021.
Sementara itu, Martin yang muncul juara dunia pada 2024 bersama Pramac Ducati, berhasrat mencipta sejarah dengan menghadiahkan Aprilia gelaran dunia pertama dalam kelas premier.
Musim 2024 turut menandakan tahun pertama Marquez menunggang jentera Ducati selepas meninggalkan Honda untuk menyertai Gresini.
Walaupun menggunakan jentera GP23 berusia setahun berbanding GP24 spesifikasi yang ditunggang Martin, Pecco Bagnaia dan Enea Bastianini, Marquez mempunyai akses kepada semua data pelumba Ducati.
Justeru, pelumba Sepanyol itu tidak memandang ringan ancaman Martin musim ini.
"Bagi saya, Martin adalah pelumba yang sangat berbakat.
"Musim lalu sangat sukar buatnya kerana dia mengalami banyak kecederaan.
"Namun, ketika saya menyertai Ducati bersama Gresini pada 2024 dan berpeluang melihat data semua pelumba pasukan itu, Martin adalah antara pelumba yang paling mengagumkan saya dari segi gaya tunggangan dan kemampuannya.
"Gaya tunggangannya sangat mirip dengan saya, terutama dari segi membrek. Memang benar dia menunggang dengan posisi badan yang jauh ke belakang, tetapi dia tidak pernah mengalah dan seorang pejuang," kata Marquez.
Martin menyambut baik pujian daripada pencabar utamanya itu dan menganggap persaingan dengan Marquez sebagai peluang untuk meningkatkan prestasi diri.
"Saya sentiasa menghargai apabila pelumba seperti Marquez bercakap baik mengenai saya. Bagi saya, satu penghormatan dapat bersaing dengannya untuk merebut gelaran dunia.
"Saya benar-benar percaya Marc menjadikan saya pelumba yang lebih baik kerana untuk menewaskannya, saya perlu mengeluarkan kemampuan terbaik diri.
"Saya berharap dapat terus bersaing dengannya untuk tempoh bertahun-tahun lagi," katanya.
Dengan baki lima pusingan, setiap mata bakal menjadi penentu dalam perebutan kejuaraan, manakala persaingan Martin dan Marquez dijangka terus memuncak menjelang penamat musim.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro08:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
