
Mayat dalam tong lebih 40 tahun lalu dikenal pasti sebagai Jackson
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Las Vegas: Misteri identiti seorang lelaki yang ditembak di kepala sebelum mayatnya disumbat ke dalam tong lebih empat dekad lalu akhirnya terungkai selepas rangkanya ditemukan susulan penurunan paras air Tasik Mead di Amerika Syarikat (AS), lapor Gulf News. (Harian Metro, 13:20)
Read the reporting
1 report
Mayat dalam tong lebih 40 tahun lalu dikenal pasti sebagai Jackson
Las Vegas: Misteri identiti seorang lelaki yang ditembak di kepala sebelum mayatnya disumbat ke dalam tong lebih empat dekad lalu akhirnya terungkai selepas rangkanya ditemukan susulan penurunan paras air Tasik Mead di Amerika Syarikat (AS), lapor Gulf News.
Pihak berkuasa di Las Vegas pada Khamis mengesahkan mangsa ialah Edward Lelburian Jackson, seorang lelaki dari Arkansas yang dipercayai berusia antara pertengahan hingga akhir 50-an ketika dibunuh.
Rangka mangsa ditemukan pengemudi bot pada Mei 2022 di dalam sebuah tong berkarat di tebing Tasik Mead, berhampiran Las Vegas.
Penyiasat percaya Jackson dibunuh pada akhir 1970-an atau awal 1980-an.
Penemuan itu mencetuskan spekulasi berkenaan kemungkinan kaitan kes berkenaan dengan jenayah terancang khususnya ketika Las Vegas berada pada kemuncak industri perjudiannya.
Bagaimanapun, polis berkata, tiada bukti ditemukan setakat ini yang mengaitkan kematian Jackson dengan jenayah terancang.
Pemeriksa Mayat Daerah Clark, Melanie Rouse berkata, penyiasat menggunakan kaedah genealogi genetik untuk mengenal pasti Jackson.
Mereka turut menghantar sampel tulang untuk analisis asid deoksiribonukleik (DNA) serta meneliti rekonstruksi wajah dan pakaian yang ditemukan bersama rangka itu.
Ketika ditemukan, Jackson memakai kemeja berkolar lengan pendek, seluar jeans biru muda, kasut tenis putih biru dan jam tangan perak.
Menurut Leftenan Robert Price daripada unit siasatan pembunuhan Polis Metropolitan Las Vegas, keluarga Jackson tidak pernah melaporkan kehilangannya kerana dia sering mengembara dan sesekali hilang bagi tempoh yang lama.
Penyiasat turut menemukan rekod yang menunjukkan Jackson pernah tinggal di California bersama isterinya pada awal 1970-an. Dia juga mempunyai rekod jenayah di Utah pada awal 1980-an.
Penemuan mayat Jackson membangkitkan semula ingatan terhadap era jenayah terancang di Las Vegas.
Naib Presiden Penyelidikan, Koleksi dan Program di The Mob Museum, Geoff Schumacher berkata, keadaan kes itu menyerupai kaedah pembunuhan yang pernah digunakan kumpulan jenayah terancang.
Beliau membandingkan kes berkenaan dengan pembunuhan ahli kumpulan mafia, John Roselli pada 1976 yang mayatnya ditemukan di dalam tong berhampiran Pantai Miami.
Bagaimanapun, polis menegaskan tiada bukti yang mengaitkan pembunuhan Jackson secara langsung dengan jenayah terancang. Namun, polis tidak menolak kemungkinan berkenaan.
Tasik Mead, antara takungan air terbesar di AS mengalami penurunan paras air akibat kemarau berpanjangan dan penggunaan air yang tinggi.
Keadaan itu mendedahkan kawasan yang sebelum ini ditenggelami air selama beberapa dekad termasuk beberapa lokasi penemuan rangka manusia pada 2022.
Sebahagian rangka berkenaan kemudian dikenal pasti sebagai mangsa lemas manakala kematian Jackson diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan.
Walaupun identiti Jackson ini disahkan, keadaan sebenar pembunuhannya masih menjadi misteri. Polis merayu orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.