Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

MBDK keluar 25 notis, tunda dua kenderaan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 06:35 MYTLatest activity 13 Oct, 06:35BMconfidence 60%

What happened

MBDK keluar 25 notis, tunda dua kenderaan (Harian Metro, 06:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

MBDK keluar 25 notis, tunda dua kenderaan

By Norzamira Che Noh · 13 Oct, 06:35 MYT

am@hmetro.com.my

Klang: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan 25 Notis Pemberitahuan dan menunda dua kenderaan buruk atau tersadai di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang, setakat 2 Oktober lalu.

Pegawai Penguat Kuasa MBDK Mohd Hafiz Shafiee berkata, tindakan itu diambil susulan dua aduan berkaitan kenderaan buruk atau tersadai yang diterima pihak berkuasa tempatan itu pada tahun ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan penyelarasan bersama Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) mendapati sebanyak 246 kenderaan buruk dikenal pasti di kawasan pangsapuri berkenaan.

"Daripada jumlah itu, 221 kenderaan berada di kawasan hak milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), manakala 25 lagi di kawasan di bawah seliaan MBDK," katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai keluhan penduduk Pangsapuri Seri Perantau yang berdepan masalah kekurangan parkir akibat kenderaan tersadai dan ditinggalkan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan MBDK tertumpu kepada kenderaan di kawasan seliaannya, manakala pengurusan dan pengalihan kenderaan di kawasan hak milik PKNS perlu diselaraskan oleh pihak berkenaan bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Perantau.

Mohd Hafiz berkata, pemeriksaan turut membabitkan penelitian status hak milik tanah dan pelan kawasan bagi menentukan kedudukan kenderaan serta pihak yang bertanggungjawab menguruskannya.

"Bagi kenderaan di bawah seliaan MBDK, tindakan susulan dimulakan dengan carian maklumat pemilik melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain semakan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kenderaan terbabit tidak mempunyai kaitan dengan kes kehilangan atau jenayah," katanya.

Beliau berkata, bagi kenderaan yang tidak mempunyai nombor pendaftaran, pengenalpastian perlu dibuat melalui nombor casis bagi membolehkan maklumat kenderaan dan pemilik diperoleh daripada JPJ.

Katanya, tindakan pengalihan atau penyitaan boleh dipertimbangkan selepas semakan dan pengesahan maklumat selesai, berdasarkan keadaan kenderaan, hasil siasatan serta peruntukan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa.

"Urusan pelupusan pula perlu mengikut prosedur ditetapkan dan mendapatkan kelulusan pihak berkaitan jika diperlukan," katanya.

Mengulas kekangan dihadapi, Mohd Hafiz berkata, kesukaran mengenal pasti dan mengesan pemilik, khususnya bagi kenderaan yang lama ditinggalkan, tidak lagi digunakan atau tidak mempunyai nombor pendaftaran, antara cabaran utama dalam menangani masalah itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, penduduk perlu merujuk dan menyelaraskan tindakan dengan pihak pengurusan pangsapuri terlebih dahulu bagi kenderaan yang berada di kawasan hak milik PKNS.

Katanya, persatuan penduduk juga boleh membantu menyampaikan maklumat dan berkomunikasi dengan penduduk bagi memudahkan urusan pengenalpastian pemilik serta tindakan lanjut, tanpa menjejaskan bidang kuasa dan tanggungjawab pihak berkaitan.

Sebarang masalah di kawasan anda boleh dikongsi ke e-mel Suara Anda, Kami Dengar di am@hmetro.com.my

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:00
Latest 07:51 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 06:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

MBDK keluar 25 notis, tunda dua kenderaan
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.