Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewConfirmedupdated 4 h ago

MBPP sita dua premis tanpa lesen kendalian warga asing

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 08:06 MYTLatest activity 20 Oct, 08:06BMconfidence 80%

What happened

BATU MAUNG: Dua premis tanpa lesen kendalian warga asing di Permatang Damar Laut, di sini, dikenakan tindakan sitaan dalam Op Tegas oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jumaat lalu. (Berita Harian, 08:06)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

MBPP sita dua premis tanpa lesen kendalian warga asing

By Zuhainy Zulkiffli · 20 Oct, 08:06 MYT

BATU MAUNG: Dua premis tanpa lesen kendalian warga asing di Permatang Damar Laut, di sini, dikenakan tindakan sitaan dalam Op Tegas oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jumaat lalu.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan operasi itu membabitkan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaannya dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam.

"Op Tegas yang dijalankan 8.30 malam itu dilakukan terhadap premis kedai makanan dan minuman serta kedai gunting rambut yang didapati beroperasi tanpa lesen sah.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiga warga asing berada di premis kedai makanan dan minuman, manakala seorang lagi warga asing menguruskan operasi kedai gunting rambut," katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Ketika pemeriksaan, keadaan kedai makanan dan minuman juga didapati kotor selain penemuan lipas.

Susulan itu, MBPP memaklumkan tindakan penutupan ( sealed-off ) terhadap kedua-dua premis serta menyita peralatan perniagaan yang berkaitan dilaksana pihaknya dan ia diarahkan berhenti operasi serta-merta.

Notifikasi pemberitahuan bertulis turut diserah kepada pihak berkaitan dengan arahan supaya tidak membuka atau merosakkan pengedap sitaan, memasuki premis bagi tujuan perniagaan atau meneruskan sebarang aktiviti perniagaan di dalam dan di luar premis.

"Tindakan itu dilaksana berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan bagi mengambil tindakan untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan awam.

"MBPP menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap aktiviti perniagaan tanpa lesen dan pelanggaran syarat yang ditetapkan.

"Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi undang-undang, tidak menimbulkan kacau ganggu serta tidak menjejaskan kepentingan awam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow09:00
Latest 09:31 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 08:06 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:06

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Dua premis dikendali warga asing diarah tutup serta-merta
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.