Media perlu tampilkan gambaran menyeluruh isu pelarian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM - Media perlu memberikan konteks yang menyeluruh dalam laporan mengenai pelarian, termasuk kesukaran golongan berkenaan mendapatkan pendaftaran dan akses kepada pendidikan.Pegawai Kanan Program Asia Pasifik Gabungan Tahanan Antarabangsa, Hannah Jambunathan berkata, laporan mengenai pelarian bukan sahaja perlu menyampaikan fakta sesuatu kejadian, malah wajar mengambil kira aspek empati dan mematuhi etika kewartawanan.Menurutnya, penerangan mengenai situasi lebih besar yang dihadapi golongan berkenaan penting bagi membantu masyarakat memahami isu itu dengan lebih mendalam."Laporan meng (Sinar Harian, 17:27)
Read the reporting
1 reportMedia perlu tampilkan gambaran menyeluruh isu pelarian
SHAH ALAM - Media perlu memberikan konteks yang menyeluruh dalam laporan mengenai pelarian, termasuk kesukaran golongan berkenaan mendapatkan pendaftaran dan akses kepada pendidikan.Pegawai Kanan Program Asia Pasifik Gabungan Tahanan Antarabangsa, Hannah Jambunathan berkata, laporan mengenai pelarian bukan sahaja perlu menyampaikan fakta sesuatu kejadian, malah wajar mengambil kira aspek empati dan mematuhi etika kewartawanan.Menurutnya, penerangan mengenai situasi lebih besar yang dihadapi golongan berkenaan penting bagi membantu masyarakat memahami isu itu dengan lebih mendalam."Laporan mengenai pelarian perlu memberikan gambaran yang lebih menyeluruh, bukan sekadar menyampaikan fakta dan konteks sesuatu kejadian, malah perlu mengambil kira aspek empati serta mematuhi etika."Media juga perlu menjelaskan situasi lebih besar yang dihadapi golongan berkenaan, termasuk kesukaran mendapatkan pendaftaran dan akses kepada pendidikan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Tambah beliau, kerjasama antara media dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu diperkukuh bagi memastikan sesuatu isu dilaporkan secara tepat dan menyeluruh, selain membantu menangani penyebaran maklumat palsu.Sesi Meja Bulat Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Bersama Media dan Penerbitan yang berlangsung pada Rabu membincangkan isu berkaitan industri media dan peranan pengamal media dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat serta beretika.Sesi berkenaan menghimpunkan wakil media, bilik berita, NGO, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.Sementara itu, Pengarah Eksekutif North-South Initiative (NSI), Adrian Pereira berkata, media mempunyai akses kepada sumber rasmi yang dapat membantu mendapatkan maklumat dengan lebih cepat, terutama apabila sesuatu isu memerlukan perincian segera.Menurut beliau, media juga perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, NGO dan agensi lain bagi memastikan laporan berita merangkumi sudut pandang yang berbeza."Apabila berita dan data diperlukan dengan segera, kami banyak bergantung kepada pengamal media. Kalau mahu menunggu sesi soal jawab di Parlimen, ia bergantung pada persidangan dan jadual tertentu, jadi proses itu mungkin agak lambat."Dalam masa sama, pihak media perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, bukan sahaja kerajaan, tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain."Melalui usaha itu, laporan berita akan menjadi lebih menyeluruh dan merangkumi pelbagai sudut pandang yang mungkin terlepas pandang. Oleh itu, kerjasama antara pelbagai pihak sangat penting," ujarnya.Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Suhakam, Mohd Shafik Sharif berkata, media berperanan melaporkan isu hak asasi manusia secara lebih beretika, terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan golongan rentan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian17:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.