Malaysian Attention Engine
Live wire
45Gabungan dipimpin Saudi tembak jatuh 4 dron di Riyadh, wilayah timur dan selatan Arab Saudi45Politics : Mahmud Epah Named New Sarawak PKR Chairman45PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang44NCID officer seriously injured in machete attack during drug raid in Tanah Merah, says Kelantan police chief41Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB37Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif3727 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti37Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf36Pendaki wanita tidak sedarkan diri di Air Terjun Langsir36Slain border agency officer’s remains to be buried in Tumpat tonight, says home minister36Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 1135PSG fight back to beat Strasbourg after Dembele penalty miss
NewConfirmedupdated 1 h ago

Melaka polls could determine if Umno needs PAS for GE16, says analyst

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
12
0 vs 2 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 18 Oct, 08:30 MYTLatest activity 18 Oct, 08:38ENMixedBMconfidence 85%

What happened

Barisan Nasional secured victories at the Johor and Negeri Sembilan state polls partly due to support from PAS voters, says Ilham Centre's Hisommudin Bakar. PETALING JAYA: With less than two weeks to go before nomination day for the Melaka state election, Umno’s silence over a possible pact with PAS may signal a desire to test the party’s electoral strength by going solo, according to an analyst. (Free Malaysia Today, 08:30)

Read the reporting

2 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

PRN Melaka: Penentu Umno perlu PAS PRU16, kata penganalisis

By FMT Reporters · 18 Oct, 08:30 MYT

Hisommudin Bakar daripada Ilham Centre sifatkan kejayaan BN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebahagian disumbangkan sokongan pengundi PAS menolak PH. PETALING JAYA: Langkah Umno mendiamkan diri mengenai kemungkinan pakatan dengan PAS berbaki kurang dua minggu sebelum penamaan calon PRN Melaka dilihat mahu menguji kekuatan pilihan rayanya secara solo, kata penganalisis.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, prestasi Umno pada PRN Melaka berkemungkinan membentuk keputusannya sama ada mahu menubuhkan pakatan pilihan raya di peringkat kebangsaan, menjelang PRU16.

"Sekiranya Umno boleh menang sendiri, mereka akan berada pada kedudukan lebih baik menentukan sejauh mana parti itu memerlukan PAS pada PRU16," katanya kepada FMT.

Mazlan Ali. Mazlan turut berkata, Umno teragak-agak membentuk pakatan dengan PAS pada PRN Melaka 14 Nov ini kerana yakin dapat mengekalkan 21 kerusi dimenanginya dalam PRN 2021, selain melihat tidak banyak keperluan berkompromi.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi, menyatakan walaupun Umno berhasrat mempertahankan 21 kerusi, parti terbuka berunding dengan rakan kongsi berpotensi melibatkan baki tujuh DUN.

Zahid yang juga presiden Umno berkata, parti itu turut terbuka kepada potensi pertukaran kerusi.

Mazlan berkata, kebimbangan utama adalah sama ada pertukaran kerusi ini akan melibatkan kawasan kubu kuat PAS, serta mempersoalkan berapa banyak kerusi yang sanggup diserahkan PAS kepada BN.

Hisommudin Bakar. Hisommudin Bakar yang mengetuai badan pemikir Ilham Centre, mengaitkan sikap berdiam diri Umno dengan kebimbangan sama ada kerjasama akan menguntungkan BN atau memperkasakan PAS, yang berebut kumpulan pengundi Melayu sama.

"Umno perlu menilai sama ada kerjasama akan membantu membangkitkan semula parti itu atau memberi dorongan kepada PAS."

Hisommudin berkata, kemenangan BN baru-baru ini pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebahagiannya berpunca daripada penyokong PAS yang menolak Pakatan Harapan (PH).

Di Johor, BN menang 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan, manakala di Negeri Sembilan gabungan itu meraih 18 daripada 25 DUN ditandingi.

"Persoalannya ialah sama ada BN boleh mengekalkan kerusinya tanpa sokongan pengundi PAS," katanya, sambil menambah dengan bergerak solo, BN berdepan risiko persaingan tiga penjuru yang menyumbang parti itu hilang kerusi pada PRU 2018 dan 2022.

Namun, Hisommudin berkata, sikap berdiam diri Umno membolehkan parti berkenaan kekal mempunyai pilihan terbuka, sambil menimbang kebaikan dan keburukan pakatan dengan mana-mana parti serta perundingan pembahagian kerusi.

Jayum Jawan. Jayum Jawan daripada Akademi Sains Malaysia berkata, Umno tidak mempunyai banyak sebab untuk mencari pakatan susulan kejayaan BN di Johor dan Negeri Sembilan, sambil menambah parti itu nampaknya 'kembali bangkit'.

Beliau berkata, pakatan bersama PAS mampu merencatkan kebangkitan semula Umno apabila memaksa parti itu menyerahkan kerusi berpotensi dimenanginya.

Jayum turut menolak tanggapan Umno takut kepada PAS sebagai pesaing nasional, walaupun beliau mengakui PAS mempunyai pengaruh menuntut konsesi dalam perundingan akan datang.

"Sudah tentu tiada parti politik yang mahu menyerahkan kerusi kepada rakan kongsi baharu, terutamanya apabila ia percaya mampu memenangi kerusi atas kekuatan sendiri."

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 49NEWnow09:00
Latest 09:44 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
  2. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  4. Detected
    First detected (Free Malaysia Today (YouTube)) source
  5. Spread
    YouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
  6. Language
    First mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
18 Oct, 08:30 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    08:30
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Free Malaysia Today (YouTube)
    08:37 · +8 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Melaka polls could determine if Umno needs PAS for GE16, says analyst
Free Malaysia TodayNewsmainstreamENnear-duplicate
Melaka polls could determine if Umno needs PAS for GE16, says analyst
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamEN
PRN Melaka: Penentu Umno perlu PAS PRU16, kata penganalisis
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.