Malaysian Attention Engine
Live wire
58PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan46General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems45KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'45Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari45General : Malaysia Cautious Over Proposal To Co-chair The Hague Group - Mohamad45Perikatan gets High Court nod to challenge RoS suspension, but activities remain suspended pending Oct 22 stay bid43Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander42IMF says AI investment keeps global growth around 3%42MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Membina pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 12:05 MYTLatest activity 13 Oct, 12:05BMconfidence 60%

What happened

Membina pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia (Berita Harian, 12:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Membina pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia

By Tuty Haryanti Ahmad Rodzi · 13 Oct, 12:05 MYT

Melangkaui tumpuan terhadap nutrien tertentu

Isu pemakanan dan kesihatan sering dilihat dari sudut zat, jenis hidangan atau label pemakanan tertentu sahaja.

Jenis hidangan yang dipilih, saiz hidangan dan kekerapan pengambilannya mempengaruhi kualiti pemakanan harian seseorang. Pada masa yang sama, pilihan hidangan masyarakat turut dipengaruhi oleh harga, tahap pengetahuan mengenai pemakanan sihat, gaya hidup serta sejauh mana pilihan hidangan yang lebih sihat mudah diperoleh.

Justeru, cabaran pemakanan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menyeluruh melalui peningkatan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kandungan nutrien hidangan, peluasan pilihan hidangan berkhasiat, penambahbaikan kualiti nutrien hidangan melalui idea dan pendekatan inovatif, serta penggubalan dasar berasaskan kajian saintifik yang terperinci.

Menurut pakar diet klinikal UM Specialist Centre, Rozanna M Rosly, status pemakanan dan kesihatan seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk pendidikan, aktiviti fizikal, kemampuan membeli makanan berkhasiat serta pilihan hidangan yang tersedia di persekitaran mereka.

"Usaha meningkatkan kesihatan masyarakat memerlukan pelbagai pendekatan yang membantu orang ramai untuk membuat pilihan yang lebih sihat, dan bukan bergantung pada satu langkah sahaja," katanya.

Kepentingan corak pemakanan seimbang

Dalam konteks ini, pemakanan sihat tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai usaha mengelakkan hidangan tertentu daripada diet harian. Sebaliknya, ia perlu difahami berdasarkan keseimbangan dan kepelbagaian hidangan yang diambil secara keseluruhan.

Kapsyen: Rozanna M Rosly, Pakar diet klinikal UM Specialist Centre

Rozanna berkata, walaupun pengambilan gula, garam dan lemak tepu secara berlebihan masih perlu dihadkan, faktor lain seperti saiz hidangan, kekerapan pengambilan dan kepelbagaian hidangan juga perlu diberi perhatian.

"Pengambilan gula, garam dan lemak tepu secara berlebihan masih perlu dihadkan. Pada masa yang sama, saiz hidangan, kekerapan pengambilan serta kepelbagaian hidangan juga perlu diberi perhatian.

"Keseimbangan dan kualiti hidangan yang diambil dalam jangka panjang juga sama pentingnya," katanya.

Selain corak pemakanan secara keseluruhan, label pemakanan boleh membantu pengguna membuat pilihan berdasarkan keperluan masing-masing. Namun, maklumat tersebut hanya berkesan sekiranya pengguna mempunyai pengetahuan dan keupayaan untuk memahami serta menggunakannya dalam membuat keputusan.

Memperkasakan pengguna melalui akses dan pendidikan

Oleh itu, pendidikan pemakanan perlu menjadi sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia. Usaha ini perlu dilaksanakan secara meluas melalui pelbagai saluran, termasuk sekolah, tempat kerja, pusat kesihatan, komuniti dan platform digital, dengan penyampaian yang jelas, praktikal dan mudah difahami.

Pada masa yang sama, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berpandangan bahawa usaha memperkasakan pengguna tidak boleh terhad kepada penyampaian maklumat semata-mata.

"Pemerkasaan pengguna sepatutnya melangkaui penyampaian maklumat.

"Selain panduan pemakanan yang mudah difahami serta praktikal, rakyat Malaysia juga memerlukan akses kepada pilihan makanan yang lebih sihat, mudah diperoleh dan pada harga yang berpatutan.

"Kita tidak boleh mengharapkan pengguna untuk membuat pilihan yang lebih sihat jika persekitaran makanan sekeliling mereka menyukarkan mereka untuk berbuat demikian," katanya.

Perkara ini menjadi lebih penting apabila mengambil kira perbezaan latar belakang sosioekonomi, tahap pendidikan dan akses kepada hidangan dalam kalangan masyarakat. Dalam erti kata lain, keupayaan untuk membuat pilihan lebih sihat bukan sahaja bergantung pada pengetahuan individu, tetapi juga pada persekitaran yang menyokong pilihan tersebut.

Pendekatan menyeluruh melibatkan seluruh masyarakat ke arah kesihatan yang lebih baik

Pendekatan menyeluruh ini memerlukan peranan yang saling melengkapi. Kerajaan boleh menetapkan hala tuju dasar dan memperkukuh inisiatif kesihatan awam serta pendidikan pemakanan, manakala golongan profesional kesihatan dan pakar pemakanan boleh menterjemahkan dapatan saintifik kepada panduan yang mudah difahami dan diamalkan. Sekolah dan komuniti pula boleh membantu memupuk tabiat pemakanan sihat sejak usia muda.

Industri makanan dan minuman turut mempunyai peranan dalam usaha ini, termasuk melalui inovasi, penambahbaikan kandungan nutrien, pembangunan produk baharu, peluasan pilihan yang lebih sihat serta penyediaan maklumat pemakanan yang jelas dan tepat kepada pengguna.

Sebarang usaha menambah baik produk juga perlu dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira penerimaan dan keperluan pengguna.

Usaha meningkatkan status pemakanan masyarakat memerlukan penglibatan semua pihak dalam sistem makanan.

"Semua pihak dalam sistem makanan perlu memainkan peranan untuk meningkatkan status pemakanan masyarakat.

"Industri makanan dan minuman boleh menyumbang dengan terus menambah baik kandungan nutrien produk, membangunkan produk baharu, mempelbagaikan pilihan produk yang sihat dan menyediakan maklumat pemakanan yang jelas. Kerajaan pula boleh menyokong usaha ini melalui dasar yang jelas, konsisten dan berpandukan bukti kajian saintifik.

"Usaha ini, disertai pendidikan pemakanan yang berkesan, dapat membantu pengguna untuk membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat serta menyediakan lebih banyak pilihan hidangan."

Pengalaman negara lain juga boleh dijadikan rujukan dalam merangka pendekatan yang menggabungkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesihatan masyarakat.

Singapura, misalnya, menggabungkan pendidikan pengguna dengan program kesihatan di sekolah dan komuniti sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.

Malaysia boleh menyesuaikan pendekatan sedemikian mengikut keperluan tempatan, termasuk dengan memperkukuh pendidikan pemakanan serta memperluas akses kepada pilihan hidangan yang lebih sihat pada harga berpatutan.

Sebarang perubahan dasar juga perlu disampaikan dengan jelas supaya tujuan, asas dan kesannya dapat difahami oleh masyarakat.

Kesimpulannya, usaha membina Malaysia yang lebih sihat memerlukan kerjasama semua pihak untuk mewujudkan persekitaran yang memudahkan masyarakat mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Tumpuan tidak seharusnya terhad kepada satu jenis hidangan atau nutrien, sebaliknya perlu mengambil kira corak pemakanan secara keseluruhan serta faktor yang mempengaruhi pilihan harian pengguna.

Literasi pemakanan perlu bergerak seiring dengan usaha memperluas akses kepada hidangan yang lebih sihat dan mampu milik.

Dengan pendekatan yang menyeluruh, berasaskan bukti dan mengambil kira realiti kehidupan masyarakat, pemakanan sihat boleh menjadi pilihan yang lebih mudah dan praktikal untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 12:35 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 12:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.