Malaysian Attention Engine
Live wire
51Lelaki Rohingya dituduh bunuh47Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera45Man City deserve to keep titles, says PSG’s Luis Enrique45Paip pecah: 130,790 pengguna di P. Pinang mula terima bekalan air44Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?41224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202640NAK JADI KETUA MENTERI MELAKA WANITA PERTAMA!38Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN36Warga Pakistan tular beli minyak masak subsidi, dikesan guna e-COSS milik isteri36MCMC testing new disaster warning system on 19 Nov: Here’s why your phone might sound an alarm36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Memperkukuh ekosistem OGSE Terengganu, bersedia untuk masa depan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 09:55 MYTLatest activity 14 Oct, 09:55BMconfidence 60%

What happened

Lebih empat dekad pembangunan industri minyak dan gas telah membentuk Terengganu sebagai antara negeri penting dalam ekosistem perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) negara. (Berita Harian, 09:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·5 min read

Memperkukuh ekosistem OGSE Terengganu, bersedia untuk masa depan

14 Oct, 09:55 MYT

Lebih empat dekad pembangunan industri minyak dan gas telah membentuk Terengganu sebagai antara negeri penting dalam ekosistem perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) negara.

Perkembangan industri sejak era 1980-an, khususnya dengan kemunculan Kertih sebagai hab tenaga, membuka ruang kepada syarikat tempatan membina pengalaman dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, penyelenggaraan, fabrikasi, logistik serta perkhidmatan teknikal.

Kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu, PETRONAS, pemain industri, agensi berkaitan dan syarikat tempatan telah meletakkan asas yang kukuh bagi industri OGSE di Terengganu.

Namun, asas yang kukuh perlu terus diperkasa selaras dengan perubahan industri, termasuk melalui peningkatan keupayaan, penerapan teknologi dan pembangunan bakat.

Bagi PETRONAS, tumpuan adalah untuk membina ekosistem OGSE yang bukan sahaja mampu memenuhi keperluan industri hari ini, tetapi turut berdaya tahan dan bersedia merebut peluang baharu.

Perkara itu antara mesej utama yang telah diketengahkan oleh Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perolehan PETRONAS, Mohd Razali Kamin di T-SPACE 2026 yang berlangsung di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Dianjurkan oleh PETRONAS, T-SPACE menghimpunkan pemain industri dan vendor bagi berkongsi perkembangan industri, memperkukuh kerjasama serta memahami keperluan dan peningkatan keupayaan.

"Terengganu menjadi bahagian penting dalam perjalanan PETRONAS serta pembangunan industri minyak dan gas negara. Selama ini, hubungan yang terjalin telah membantu membuka peluang bukan sahaja kepada industri, malah kepada syarikat tempatan, tenaga kerja tempatan dan masyarakat setempat," kata Razali.

"Seiring perkembangan industri, kita perlu memastikan ekosistem OGSE terus berkembang. Ini bermakna memperkukuh keupayaan syarikat tempatan, membangunkan bakat yang tepat, menerima pakai teknologi serta memastikan syarikat bersedia memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah."

Daripada peluang kepada kesiapsiagaan

Bagi syarikat OGSE, peluang masa depan perlu diterjemahkan kepada keupayaan sebenar. Aktiviti seperti pemanjangan hayat aset, operasi lapangan matang, penyelenggaraan, pengurusan integriti, operasi digital dan pemulihan minyak ditingkat akan terus memerlukan rakan rantaian bekalan yang berkeupayaan, selamat dan boleh dipercayai.

Pada masa sama, bidang seperti pemerangkapan dan penyimpanan karbon, penyelesaian tenaga rendah karbon serta tenaga boleh baharu luar pesisir berpotensi membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk mempelbagaikan perniagaan dan membangunkan kepakaran baharu.

Namun, persediaan tidak bermakna setiap syarikat perlu mengejar semua peluang. Syarikat perlu memahami kekuatan masing-masing, mengikuti perkembangan industri dan membuat pelaburan yang bersesuaian dalam kemahiran, teknologi, tenaga kerja dan sistem.

Akses kepada maklumat mengenai hala tuju industri juga penting bagi membolehkan syarikat membuat persediaan lebih awal.

Dalam konteks ini, platform seperti T-SPACE menyediakan ruang untuk pemain industri dan vendor tempatan memahami perkembangan industri serta bertukar pandangan.

Perkukuh asas perniagaan

Membangunkan syarikat yang berdaya tahan memerlukan lebih daripada kepakaran teknikal. Asas perniagaan yang kukuh, tenaga kerja berkemahiran, sistem dan proses yang mantap serta amalan keselamatan, kualiti dan tadbir urus yang baik semakin penting apabila skop kerja menjadi lebih kompleks.

Di Terengganu, usaha ini turut disokong melalui Sijil Anak Terengganu, yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Inisiatif ini membantu memperkukuh penyertaan vendor tempatan dalam aktiviti minyak dan gas, selain menyediakan akses kepada program pembangunan keupayaan, peningkatan kemahiran dan pengurusan kewangan.

Pada masa sama, PETRONAS menyokong pembangunan vendor melalui Program Pembangunan Vendor (VDP) dan PETRONAS Supplier Support Programme (PSSP) yang menyokong peningkatan kompetensi, libat urus industri serta bimbingan berkaitan kontrak, keselamatan, kualiti dan prestasi penyampaian.

Program Pembiayaan Vendor (VFP) dan Program Pembiayaan Vendor Lestari (SVFP) PETRONAS juga turut membantu mengukuhkan kapasiti kewangan dan perniagaan vendor.

Bagi UBF Maintenance Sdn Bhd, hubungan jangka panjang dengan PETRONAS turut menyokong perkembangan syarikat serta rakan niaganya.

"Kami sudah menjadi vendor PETRONAS selama 25 tahun, dan sepanjang tempoh kerjasama ini, dua rakan kongsi kami turut mendapat manfaat melalui VFP dengan pembiayaan melalui program berkenaan," kata Pengarah Urusan UBF Maintenance Sdn Bhd, Khairul Anuar Mohd Nor.

Bagi Enproserve Malaysia Sdn Bhd pula, PSSP membantu syarikat memperkukuh keupayaan dalam aspek kelestarian, termasuk pengurusan alam sekitar dan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

"Selepas disenaraikan di Bursa Malaysia, kami ketika itu masih baharu dalam pelaksanaan ESG. Melalui PSSP, kami menerima sokongan dan panduan daripada PETRONAS mengenai pelaksanaan ESG dalam syarikat," kata Ketua Pegawai Pembangunan Enproserve Malaysia Sdn Bhd, Mohd Ashraff Che Hashim.

Pengalaman kedua-dua syarikat menunjukkan, pembangunan vendor bukan sekadar membuka peluang perniagaan, tetapi turut membantu syarikat membina keupayaan dan menyesuaikan diri dengan tuntutan baharu.

Bakat dan teknologi penentu kesinambungan

Di samping syarikat, bakat juga menjadi asas penting kepada kesinambungan ekosistem OGSE Terengganu.

Hubungan antara industri, institusi pendidikan dan penyedia latihan dapat memastikan tenaga kerja tempatan mempunyai kemahiran teknikal, digital dan profesional yang sejajar dengan perkembangan industri tenaga.

Usaha ini disokong melalui institusi seperti Institut Teknologi Petroleum PETRONAS, Terengganu Human Resource Development Centre, Terengganu Skills dan Universiti College TATI, yang menyediakan latihan teknikal dan program pembangunan kemahiran bagi menyokong keperluan tenaga kerja industri.

Teknologi pula semakin menjadi sebahagian daripada operasi, daripada pendigitalan proses dan pengurusan integriti aset kepada penggunaan data dan penyelesaian yang meningkatkan kecekapan serta menyokong aktiviti rendah karbon.

Justeru, pembangunan bakat dan keupayaan perlu dilihat sebagai usaha berterusan, dengan syarikat menilai keperluan tenaga kerja, teknologi dan proses, manakala institusi latihan terus mendekati keperluan sebenar industri.

Membina ekosistem yang bersedia untuk masa depan

Membina ekosistem OGSE yang berdaya tahan memerlukan kerjasama semua pihak.

PETRONAS, Kerajaan Negeri Terengganu, pengendali industri, agensi berkaitan, institusi latihan, rakan pembiayaan dan vendor mempunyai peranan masing-masing dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan dan pembangunan keupayaan.

Bagi Terengganu, cabaran seterusnya adalah memastikan asas ekosistem OGSE terus diperkukuh seiring perubahan landskap tenaga.

Dalam industri yang sentiasa berkembang, kekuatan sesebuah ekosistem bukan hanya diukur melalui saiznya, tetapi pada keupayaannya untuk beradaptasi dengan perubahan, memperkukuh kerjasama dan bergerak maju secara kolektif.

Apa yang dibina di Terengganu sejak beberapa dekad lalu bukan sekadar industri sokongan kepada sektor minyak dan gas, tetapi merupakan ekosistem yang telah memacu pertumbuhan syarikat, melahirkan bakat berkemahiran dan membuka peluang ekonomi kepada negeri ini.

Bab seterusnya adalah memastikan ekosistem ini terus kukuh dan tangkas, sambil membuka ruang kepada lebih banyak syarikat baharu, bakat dan peluang untuk berkembang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:36 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 09:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.