Malaysian Attention Engine
Live wire
51Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’40General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance37Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City3627 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti36Lawatan Mohamed Khaled ke Jepun perkukuh kerjasama pertahanan35Business : Japan's Yuzu Fruit Taps Malaysia's Halal Market34Jangan tunggu ditimpa musibah, 1.2 juta pencarum disaran kembali carum LINDUNG 24 Jam33Polis pandang serius ugutan bakar kedai warga asing32General : AKPS Officer's Remains Laid To Rest In Kelantan30Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB
NewConfirmedupdated 3 h ago

Menangani jerebu tanggungjawab pertahan hak rakyat

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 08:20 MYTLatest activity 18 Oct, 08:25BMconfidence 80%

What happened

Menangani jerebu tanggungjawab pertahan hak rakyat (Google News Malaysia (BM), 08:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Menangani jerebu tanggungjawab pertahan hak rakyat

By Dr Siti Nur Diyana Mahmud · 18 Oct, 08:25 MYT

MINGGU lalu, telefon pintar ibu bapa berbunyi dengan mesej hampir serupa dalam kumpulan WhatsApp sekolah anak masing-masing, memaklumkan sekolah ditutup keesokan hari kerana jerebu.

Bagi kebanyakan kita, rutinnya sudah lama dihafal. Kita menyemak aplikasi Indeks Pencemar Udara (IPU), mencari pelitup muka, menutup tingkap dan menunggu langit cerah semula.

Hakikat jarang kita sedari ialah beban jerebu ini tidak pernah dipikul secara sama rata. Kita semua menghirup udara sama, tetapi tahap pendedahan jauh berbeza.

Seorang pegawai di pejabat berhawa dingin boleh melalui hari berjerebu tanpa banyak terkesan dan keluarga berkemampuan boleh membeli pembersih udara untuk setiap bilik.

Lain pula kisahnya bagi penunggang e-hailing menghantar makanan ke pintu rumah pembeli, pekerja binaan di tapak projek, petani, nelayan dan peniaga gerai tepi jalan.

Mereka tidak mempunyai pilihan untuk berhenti bekerja, kerana sehari tidak keluar bermakna sehari tiada pendapatan.

Penutupan sekolah juga membawa kesan tidak sama kepada setiap murid. Anak-anak daripada keluarga memiliki komputer riba dan internet laju boleh meneruskan pembelajaran di rumah dengan lancar.

Bagi keluarga berpendapatan rendah, adik-beradik sering terpaksa berkongsi satu peranti, sementara ibu bapa bekerja perlu mencari penjaga pada saat akhir.

Dalam pada itu, kanak-kanak, warga emas dan pesakit asma yang paling mudah terjejas kesihatannya ramai yang tinggal jauh dari klinik.

Dalam bidang kajian alam sekitar, keadaan ini dibincangkan di bawah konsep keadilan alam sekitar atau environmental justice. Konsep ini meneliti bagaimana manfaat diperoleh daripada alam dan beban akibat kerosakannya diagihkan dalam masyarakat.

Sarjana lazimnya melihat konsep ini dari tiga sudut, iaitu keadilan agihan menyentuh soal pembahagian risiko dan keuntungan, keadilan prosedur berkait dengan sejauh mana komuniti dilibatkan dalam membuat keputusan dan keadilan pengiktirafan menuntut pengalaman golongan terjejas benar-benar diambil kira dan tidak sekadar dijadikan angka dalam laporan.

Apabila dilihat melalui lensa ini, jerebu tidak lagi boleh dianggap isu cuaca semata-mata. Ia sebenarnya mencerminkan persoalan etika, ekonomi dan tadbir urus jauh lebih besar daripada apa tertera pada bacaan IPU setiap hari.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjelaskan jerebu kali ini dipercayai berpunca daripada titik panas di Kalimantan, Sumatera dan beberapa lokasi.

Keadaan menjadi lebih buruk akibat fenomena El Nino yang kuat tahun ini, yang menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkemungkinan berlarutan hingga awal 2027 dan menjadikan cuaca lebih panas serta kering daripada biasa.

Namun, cuaca kering hanya memudahkan api merebak. Puncanya tetap tangan manusia, terutamanya amalan pembakaran terbuka untuk membersihkan tanah dengan kos paling murah.

MetMalaysia menjangkakan jerebu akan beransur berkurang sepanjang fasa peralihan monsun bermula pada 9 Oktober, apabila arah tiupan angin berubah.

Hujan tak selesaikan punca masalah

Hujan membantu membersihkan udara buat sementara waktu, tetapi tidak menyelesaikan punca masalah. Dengan kata lain, jerebu hilang kerana angin bertukar arah, bukan kerana masalahnya selesai.

Ketidakadilannya menjadi jelas apabila kita menyedari keputusan untuk membakar dibuat segelintir pihak, sedangkan kosnya ditanggung jutaan orang dalam bentuk bil perubatan, pendapatan terjejas dan hari persekolahan terlepas.

Mereka yang menanggung kos ini pula tidak pernah diajak berunding. Kerajaan pun mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan memperketat penguatkuasaan pembakaran terbuka, langkah wajar dihargai.

Akan tetapi, selagi jerebu dilayan sebagai bencana bermusim, kita akan terus bertindak balas saban tahun tanpa menyentuh akar umbinya.

Usaha menangani jerebu secara adil perlu bermula dengan melindungi golongan rentan. Majikan, termasuk syarikat platform e-hailing, wajar menyediakan pelitup muka dan mengurangkan kerja luar ketika IPU tinggi tanpa menjejaskan pendapatan pekerja.

Pada masa sama, pelan pembelajaran alternatif perlu sampai kepada murid di luar bandar dan daripada keluarga berpendapatan rendah, bukan hanya kepada mereka memiliki peranti dan capaian internet baik.

Pada peringkat lebih luas, pengguna dan pelabur mempunyai kuasa menuntut ketelusan rantaian bekalan dan memilih syarikat terbukti tidak terbabit dalam pembakaran terbuka.

Oleh sebab jerebu masalah bersama ASEAN, penyelesaiannya memerlukan komitmen serantau yang benar-benar dikuatkuasakan dan tidak terhenti pada kenyataan bersama.

Sementara itu, sekolah dan universiti turut memikul tanggungjawab besar dalam hal ini. Literasi alam sekitar tidak boleh berhenti pada pesanan supaya tidak membuang sampah merata-rata.

Isu jerebu boleh dijadikan konteks pembelajaran bermakna dalam mata pelajaran sains, geografi dan sivik, supaya generasi muda belajar menilai siapa terkesan, siapa bertanggungjawab dan suara siapa jarang didengar.

Apabila angin bertukar arah dan bacaan IPU kembali hijau, kita mudah sahaja melupakan apa yang berlaku. Namun ketidakadilan didedahkan jerebu tidak akan lenyap bersama asap.

Udara bersih bukan keistimewaan bagi mereka yang mampu, sebaliknya hak setiap rakyat. Jerebu sewajarnya dijadikan cermin untuk melihat siapa benar-benar kita lindungi sebagai masyarakat dan siapa pula sering kita lupakan.

Penulis ialah Pengerusi Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Fakulti Pendidikan, UKM

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow09:00
Latest 09:34 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
18 Oct, 08:20 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    08:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Menangani jerebu tanggungjawab pertahan hak rakyat
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.