
Mengejar 'goraiko' di Gunung Fuji
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Mengejar 'goraiko' di Gunung Fuji (Harian Metro, 07:05)
Read the reporting
1 report
Mengejar 'goraiko' di Gunung Fuji
am@hmetro.com.my
Menyusuri denai berbatu menuju ke puncak Gunung Fuji, bumbung tertinggi di negara matahari terbit ialah kembara yang sentiasa hidup dalam kotak memori penulis.
Berdiri megah pada ketinggian 3,776 meter, gunung berapi yang ikonik ini bukan sekadar lambang kemegahan geografi Jepun, malah ia memegang kedudukan spiritual yang amat tinggi dalam hati masyarakat tempatan.
Bagi penulis, keputusan untuk menyahut cabaran mendaki puncak keramat ini tercetus daripada keinginan untuk menguji ketahanan diri, sekali gus menyaksikan sendiri keindahan panorama yang sering digambarkan dalam lukisan klasik ukiyo-e.
Sebelum memulakan langkah, penulis menyedari persiapan rapi adalah kunci utama kepada keselamatan dan kejayaan ekspedisi ini.
Gunung Fuji hanya dibuka untuk aktiviti pendakian pada musim panas, kebiasaannya dari awal Julai sehingga awal September apabila salji di puncak mencair sepenuhnya. Oleh itu, penulis memilih hujung Ogos sebagai tarikh untuk mendaki.
Penulis memilih laluan Subashiri untuk mendaki ke puncak iaitu satu daripada empat laluan utama untuk mendaki Gunung Fuji.
Terletak di sebelah timur pulau Honshu, laluan ini menawarkan pengalaman pendakian yang unik dan berbeza berbanding laluan popular lain seperti laluan Yoshida.
Bagi pengembara yang mencari gabungan antara keindahan alam semula jadi yang tenang dan cabaran fizikal memuaskan, laluan Subashiri ialah pilihan amat ideal.
Memandangkan cuaca di pergunungan boleh berubah secara mendadak, penulis melengkapkan diri dengan pakaian berlapis, jaket kalis angin, kasut mendaki yang kukuh serta lampu suluh kepala sebagai talian hayat ketika meredah kegelapan malam.
Perjalanan penulis bermula di Stesen Kelima Subashiri, sebuah pusat tumpuan yang meriah dengan deretan kedai cenderamata dan restoran.
Di sini, penulis sengaja meluangkan masa sekitar satu jam untuk berehat bagi membolehkan tubuh menyesuaikan diri dengan tekanan udara yang semakin menipis.
Langkah berjaga-jaga ini amat penting bagi mengelakkan serangan penyakit altitud (AMS) yang sering menjadi musuh utama pendaki.
Sambil menikmati udara pergunungan yang segar, penulis sempat membeli sebatang tongkat kayu tradisional dipanggil 'kongongo'.
Sebaik sahaja melangkah keluar dari Stesen Kelima, penulis disambut laluan mendatar yang dikelilingi oleh rimbunan pokok renek. Udara petang itu terasa sejuk mencengkam, namun semangat penulis tetap membara apabila melihat kelibat pendaki lain yang berkongsi impian sama.
Pada peringkat awal ini, denai yang dilalui masih landai dan dipenuhi dengan kerikil gunung berapi berwarna kemerah-merahan.
Memasuki Stesen Keenam, landskap mula berubah secara drastik apabila tumbuh-tumbuhan hijau semakin jarang kelihatan, digantikan pemandangan batuan 'basalt' yang gersang.
Dari sini, pandangan ke arah bawah mula menyajikan hamparan awan karpet yang memukau, membuatkan penulis berasa seolah-olah sedang berjalan di atas langit.
Detik ini menyedarkan penulis tentang betapa kerdilnya manusia di hadapan keagungan alam ciptaan Tuhan.
Tatkala matahari mula terbenam di ufuk barat, penulis hampir tiba di kawasan Stesen Ketujuh tempat siri pondok rehat pertama mula kelihatan berdiri kukuh di lereng gunung.
Penulis berhenti seketika di sebuah pondok untuk mendapatkan cop pada tongkat kayu penulis, satu ritual yang memberikan kepuasan rohani yang sukar diungkapkan.
Suhu persekitaran menurun dengan mendadak sejurus hilangnya sinar matahari, dan penulis mula mengenakan lapisan pakaian tambahan untuk mengekalkan kehangatan badan.
Laluan di Stesen Ketujuh ini dipenuhi bongkahan batu besar yang memerlukan penulis memanjat menggunakan kedua-dua belah tangan.
Selepas beberapa jam bertarung dengan kecuraman tebing batu, penulis akhirnya tiba di Pondok Gunung Stesen Ketujuh (Taiyokan Mountain Hut) yang terletak pada ketinggian sekitar 3,090m di atas paras laut.
Di sinilah penulis menempah tempat penginapan untuk berehat seketika sebelum meneruskan pendakian terakhir ke puncak.
Keadaan di dalam pondok amat ringkas dan padat, pendaki tidur secara rapat di atas tilam futon yang disediakan.
Walaupun ruangnya agak terhad dan tidur penulis tidaklah begitu lena akibat debaran kian memuncak, rehat singkat ini amat bermakna untuk mengumpul semula tenaga yang telah banyak teruji.
Tepat jam 1 pagi, suasana di dalam pondok mula riuh apabila pendaki bersiap untuk memulakan pendakian terakhir bagi memburu detik matahari terbit atau lebih dikenali sebagai 'goraiko' oleh masyarakat Jepun.
Penulis melangkah keluar ke udara malam yang membeku, menyertai barisan panjang pendaki membentuk formasi 'ular cahaya' dengan lampu suluh kepala masing-masing di sepanjang lereng gunung.
Suasana malam itu begitu hening, hanya kedengaran bunyi deruan angin kencang dan hela nafas berat daripada para pendaki yang sedang berjuang melawan keletihan fizikal dan kekurangan oksigen.
Laluan antara Stesen Kelapan dan Stesen Kesembilan fasa yang paling menguji kekuatan mental dan fizikal penulis. Setiap langkah terasa amat berat akibat kesan tarikan graviti dan udara yang semakin kurang mengandungi oksigen, menyebabkan penulis terpaksa berhenti setiap beberapa minit untuk menarik nafas.
Di fasa inilah penulis menyaksikan ada segelintir pendaki yang berpatah balik atau menggunakan bantuan tong oksigen mudah alih akibat diserang sakit kepala yang teruk. Namun, penulis terus membujuk hati untuk tidak mengalah, memfokuskan minda hanya kepada satu langkah demi satu langkah di hadapan.
Apabila langit malam mula bertukar warna daripada biru gelap kepada keunguan, penulis menyedari detik goraiko sudah semakin hampir.
Penulis mempercepatkan sedikit rentak langkah, melintasi pintu gerbang 'torii' kayu yang menandakan penulis sudah hampir memasuki kawasan suci pada masyarakat Jepun di puncak gunung.
Dengan sisa tenaga yang ada, penulis menghayunkan langkah terakhir melepasi sempadan Stesen Kesepuluh, dan akhirnya menjejakkan kaki di atas dataran puncak Gunung Fuji ketika sang suria memunculkan diri.
Berdiri di puncak tertinggi Jepun ketika jam menunjukkan sekitar jam 4.45 pagi, penulis terpaku melihat keindahan goraiko walaupun dalam kabus yang agak tebal. Sinar matahari pertama yang berwarna jingga keemasan perlahan-lahan menembusi lautan awan putih membentang luas di bawah, memancarkan cahaya yang menghangatkan seluruh tubuh penulis yang sedang menggigil.
Segala rasa lelah, sakit otot, dan kedinginan ditanggung sepanjang malam seolah-olah lenyap begitu sahaja, digantikan dengan rasa kesyukuran amat mendalam dan titisan air mata kegembiraan yang sukar dibendung.
Penulis berasa amat bertuah kerana diberikan rezeki untuk menyaksikan antara pemandangan alam yang paling menakjubkan di dunia.
Kebetulan kembara penulis kali ini, tarikhnya menghampiri Hari Kemerdekaan ke-69 iaitu 31 Ogos 2026 serta Hari Malaysia yang disambut pada 16 September.
Penulis turut mengambil peluang membawa Jalur Gemilang dan bergambar di puncak gunung ikonik Jepun ini. Perasaan bangga ketika memegang Jalur Gemilang tidak dapat digambarkan apatah lagi ditegur oleh rakan pendaki lain yang juga dari Malaysia walaupun berbangsa lain.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.