
Menghidupkan kembali nostalgia kereta kecil Kancil
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BAGI sesetengah orang, Perodua Kancil mungkin sekadar sebuah kereta kecil yang pernah memenuhi jalan raya Malaysia suatu ketika dahulu. (Kosmo!, 12:46)
Read the reporting
1 report
Menghidupkan kembali nostalgia kereta kecil Kancil
BAGI sesetengah orang, Perodua Kancil mungkin sekadar sebuah kereta kecil yang pernah memenuhi jalan raya Malaysia suatu ketika dahulu.
Namun, bagi pemilik dan peminatnya, kenderaan tersebut membawa cerita, kenangan dan nostalgia yang sukar digantikan.
Semangat itu kembali dihidupkan menerusi Kopi dan Kancil Muo Edition yang berlangsung di Stadium TMIYC Muar, Johor baru-baru ini.
Berlangsung dari pukul 3 petang hingga 11 malam, acara anjuran QARTEL bersama Komuniti Kancil Muar/Johor itu menghimpunkan kira-kira 250 buah Perodua Kancil dari pelbagai kawasan.
Menurut penganjur dan pengasas QARTEL TV yang hanya mahu dikenali sebagai Qaqal, kehadiran pemilik dan peminat dari beberapa negeri menjadikan perhimpunan berkenaan bukan sekadar acara mempamerkan kenderaan, sebaliknya menjadi ruang pertemuan komuniti yang berkongsi minat terhadap model ikonik tersebut.
“Deretan Kancil yang memenuhi lokasi memperlihatkan kepelbagaian cara pemilik mengekspresikan kecintaan mereka terhadap kereta berkenaan.
“Ada yang mengekalkan penampilan klasik, ada yang mengetengahkan konsep K-Car, manakala sebahagian lagi memilih untuk melakukan modifikasi mengikut cita rasa dan identiti masing-masing,” katanya ketika dihubungi CitaRasa baru-baru ini.
Tambahnya, perbezaan gaya itu menjadi antara tarikan utama acara kerana setiap kenderaan mempunyai kisah dan proses pembinaan tersendiri.
Lebih menarik, acara tersebut turut dibuka kepada orang awam sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri koleksi Kancil yang jarang ditemui dalam jumlah besar pada satu-satu lokasi.
Bagi generasi yang membesar bersama Kancil, pemandangan itu mungkin membawa kembali kenangan zaman persekolahan, perjalanan bersama keluarga atau pengalaman memiliki kereta pertama.
Kongsi Qaqal lagi, dalam masa sama, Kopi dan Kancil Muo Edition turut memperlihatkan bahawa budaya automotif tidak semestinya berkisar tentang kelajuan atau kemewahan.
Program itu menjadi medium membina hubungan dan berkongsi pengetahuan.
Sebaliknya, boleh menjadi medium untuk membina hubungan, berkongsi pengetahuan dan memperkenalkan budaya restorasi serta modifikasi kereta lama kepada generasi muda.
“Sepanjang acara, pemilik berpeluang bertukar pandangan mengenai penjagaan, pembaikan, restorasi dan pengubahsuaian Kancil.
“Perbualan yang tercetus antara pemilik daripada latar belakang berbeza membentuk satu jaringan komuniti yang lebih rapat, khususnya dalam kalangan mereka yang masih melihat nilai pada kenderaan yang sudah tidak lagi dikeluarkan itu,” ujarnya.
Katanya lagi, selain kenderaan, acara turut diserikan dengan kehadiran beberapa vendor tempatan termasuk Monaer Break Pad, FTuned Suspension, Street Appeal Wrap, QARTEL Apparel dan GT Racing Oil yang mengetengahkan pelbagai produk berkaitan automotif serta gaya hidup.
Kehadiran vendor juga membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk berinteraksi secara terus dengan komuniti yang mempunyai minat sama.
Bagi Qaqal lagi, nilai Kancil jauh lebih besar daripada sekadar sebuah model automotif.
“Kancil bukan sekadar sebuah kereta. Ia adalah sebahagian daripada nostalgia dan sejarah kehidupan rakyat Malaysia.
“Melalui Kopi dan Kancil Muo Edition, kami mahu menghidupkan kembali nostalgia itu dan pada masa yang sama membina komuniti automotif yang lebih aktif dan positif,” kongsinya.
Penganjuran acara berkenaan juga membawa dimensi sosial apabila menghimpunkan generasi lama dan baharu melalui minat yang sama.
Mereka yang pernah memiliki atau membesar dengan Kancil dapat berkongsi pengalaman dengan golongan lebih muda yang mengenali model tersebut menerusi dunia restorasi, modifikasi dan komuniti automotif.
Dalam skala lebih luas, perhimpunan itu turut memberi nafas kepada aktiviti komuniti di Muar apabila menarik kehadiran pemilik kenderaan serta pengunjung dari luar kawasan.
Kehadiran orang ramai secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada perniagaan setempat untuk menerima manfaat daripada pergerakan pengunjung sepanjang acara.
“Melihat sambutan menggalakkan daripada komuniti Kancil dan orang awam, saya berharap Kopi dan Kancil dapat diteruskan sebagai acara tahunan dengan penyertaan lebih besar serta aktiviti yang lebih pelbagai.
“Impian kami bukan sekadar mengumpul lebih banyak kenderaan, tetapi menjadikan acara ini sebagai salah satu program automotif beridentiti tersendiri di Muar,” ujarnya.
The post Menghidupkan kembali nostalgia kereta kecil Kancil appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.