
Mengidam nak naik kereta polis, suami tunaikan permintaan isteri.
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Mengidam nak naik kereta polis, suami tunaikan permintaan isteri. (Utusan Malaysia, 14:09)
Read the reporting
1 report
Mengidam nak naik kereta polis, suami tunaikan permintaan isteri.
PUTRAJAYA: “Sayang la nak keluar.”
Itu antara kata-kata seorang wanita hamil yang terlalu teruja ketika berpeluang menaiki kereta peronda polis selepas suaminya berusaha menunaikan permintaan yang disimpan sejak awal kehamilannya itu.
Lebih mencuit hati, wanita itu bukan sahaja enggan turun daripada kereta polis berkenaan, malah turut memeluk kenderaan itu sebaik sahaja keluar selepas selesai merasai pengalaman yang diidamkannya.
Detik mencuit hati itu dialami Nurul Asyira Zakaria, 23, yang sedang hamil lapan bulan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Huzairi Mohd Tozamri, 31, yang bekerja sebagai kakitangan pentadbiran.
Pasangan yang menetap di Sendayan, Seremban itu berkongsi pengalaman berkenaan selepas Huzairi membawa isterinya menaiki kereta polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 16 Oktober lalu.
Huzairi berkata, keinginan isterinya itu bermula sejak awal kehamilan, sekitar bulan keempat, apabila isterinya itu sering melihat kereta polis melakukan rondaan dan menahan individu yang disyaki melakukan kesalahan.
Bagaimanapun, katanya, isterinya tidak pernah berpeluang memegang atau melihat kereta polis dari dekat, sekali gus membuatkan keinginan untuk merasai pengalaman berada di dalam kenderaan itu semakin kuat.
“Saya sedikit terkejut apabila dia beritahu hasrat itu, tetapi saya bersetuju. Cuma saya cakap, ‘nanti dululah’ dan ‘nanti kita pergi’. Sejak hari itu, setiap hari isteri asyik bertanya, ‘bila nak naik kereta polis?’,” katanya.
Tidak mahu terus membiarkan isterinya menunggu, Huzairi akhirnya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke IPD Seremban bagi mencuba nasib mendapatkan kebenaran.
Katanya, dia tidak mengenali anggota polis yang bertugas ketika itu, sebaliknya hanya mengetuk pintu kereta polis dan meminta izin supaya isterinya dapat menaiki kenderaan berkenaan kerana sedang mengidam.
“Alhamdulillah, anggota polis itu sangat memahami, melayan kami dengan baik dan membenarkan isteri saya naik kereta polis,” katanya.
Menurutnya, isterinya kelihatan sangat teruja sebaik sahaja berada di dalam kereta itu, malah sempat memegang beberapa bahagian di dalam kenderaan berkenaan sebelum bertanya pelbagai soalan kepada anggota polis terbabit.
“Saya rasa sangat puas hati dapat tunaikan apa yang dia minta. Selepas keluar dari kereta polis, isteri peluk saya dan cakap, ‘terima kasih, sayang awak banyak-banyak’,” katanya.
Huzairi berkata, dia tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok itu mendapat perhatian ramai kerana dia sememangnya sering berkongsi video secara rawak di platform berkenaan.
Katanya, perkara paling menyentuh hati ialah apabila ramai pengguna media sosial mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka serta urusan isterinya ketika bersalin kelak.
Pada masa sama, katanya, terdapat juga komen mencuit hati daripada pengguna media sosial yang bergurau supaya dia bersedia sekiranya isterinya mengidam untuk tidur di lokap pula selepas ini.
“Bagi saya, isteri mengidam bukan perkara main-main. Saya ambil serius apabila melibatkan permintaan isteri, lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandungkan anak saya.
“Jadi, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk berusaha menunaikan permintaannya. Saya akan cuba sedaya upaya sampai dapat,” katanya.
Huzairi berharap anak sulung mereka dilahirkan dengan sihat dan membesar menjadi insan yang baik dan tidak menolak kemungkinan anak mereka mengikuti jejak anggota polis sekiranya minat itu timbul apabila dewasa kelak.
“Kalau disebabkan ibunya mengidam naik kereta polis, apabila besar nanti anak saya mahu menjadi polis pun, alhamdulillah,” katanya. – UTUSAN
The post Mengidam nak naik kereta polis, suami tunaikan permintaan isteri. appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.