
Menjaga alam tuntutan agama
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Alam sekitar antara anugerah Allah SWT yang paling bernilai kepada kehidupan manusia. Udara bersih, air mencukupi, tumbuh-tumbuhan menghijau dan persekitaran yang nyaman menjadi asas kepada kesejahteraan kehidupan. (Harian Metro, 06:42)
Read the reporting
1 report
Menjaga alam tuntutan agama
Alam sekitar antara anugerah Allah SWT yang paling bernilai kepada kehidupan manusia. Udara bersih, air mencukupi, tumbuh-tumbuhan menghijau dan persekitaran yang nyaman menjadi asas kepada kesejahteraan kehidupan.
Namun, perkembangan dunia moden memperlihatkan keadaan alam yang semakin membimbangkan. Peningkatan suhu bumi, pencemaran udara, kemusnahan hutan dan fenomena jerebu bukan sahaja menjejaskan keseimbangan ekosistem, malah mengancam kesihatan serta keselamatan manusia.
Persoalannya, sejauh manakah manusia menyedari menjaga alam sekitar tanggungjawab agama dan bukan sekadar tuntutan kehidupan?
Dalam perspektif Islam, alam semesta diciptakan oleh Allah SWT dengan penuh hikmah, keseimbangan dan tujuan tertentu. Penciptaannya bukanlah sesuatu yang sia-sia, sebaliknya mengandungi pelbagai manfaat untuk manusia mengenali kebesaran Allah, meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Dia telah memudahkan untuk kamu segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi, semuanya daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (Surah al-Jathiyah ayat 13)
Ayat ini menjelaskan Allah SWT menyediakan pelbagai sumber alam untuk dimanfaatkan manusia.
Islam turut mengangkat manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab mengurus dan memakmurkan bumi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah ayat 30)
Menurut huraian ulama tafsir seperti Ibn Kathir, konsep khalifah mempunyai hubungan dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang menjalani kehidupan dan silih berganti di bumi. Dalam kerangka tanggungjawab Islam, kedudukan ini menuntut manusia mengurus kehidupan dengan mematuhi petunjuk Allah. Selain itu, Islam menitikberatkan keseimbangan dalam kehidupan. Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya." (Surah al-A'raf ayat 56)
Pembuangan sisa toksik, pencemaran sungai, pembakaran terbuka dan penebangan hutan secara tidak terkawal antara tindakan yang bercanggah dengan semangat pemeliharaan alam dianjurkan Islam.
Perhatian terhadap isu ini semakin penting apabila dunia berhadapan dengan pemanasan global. Menurut laporan penilaian keenam IPCC, aktiviti manusia, terutama pelepasan gas rumah hijau menyebabkan peningkatan suhu purata permukaan bumi sekitar 1.1 darjah Celsius bagi tempoh 2011 hingga 2020 berbanding zaman praperindustrian 1850 hingga 1900. Peningkatan ini berpunca terutama daripada pembakaran bahan api fosil, perubahan guna tanah, penyahhutanan dan kegiatan ekonomi yang menghasilkan pelepasan karbon secara berlebihan.
Apabila kepekatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana meningkat, lebih banyak haba terperangkap dalam sistem iklim bumi. Keadaan ini menyebabkan suhu global meningkat dan mempengaruhi corak cuaca dunia. Antara kesannya termasuk peningkatan risiko gelombang haba, kemarau, hujan lebat yang melampau dan gangguan terhadap bekalan makanan.
Di Malaysia, fenomena cuaca panas turut diberikan perhatian oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Berdasarkan takrif pemantauan jabatan itu keadaan gelombang haba berlaku apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Cuaca sedemikian boleh menyebabkan kehilangan cecair badan, keletihan haba dan strok haba, khususnya kepada warga emas, kanak-kanak, pekerja luar serta individu yang mempunyai penyakit kronik.
Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila cuaca kering disertai pembakaran terbuka dan kebakaran hutan atau tanah gambut. Aktiviti ini boleh menghasilkan asap yang menyebabkan pencemaran udara dan jerebu.
Daripada sudut kesihatan, jerebu mengandungi bahan pencemar termasuk zarah halus PM2.5 yang mampu memasuki bahagian dalam paru-paru. Pendedahan kepada pencemaran udara boleh menyebabkan iritasi mata dan tekak, batuk serta kesukaran bernafas. Pendedahan berpanjangan pula dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit pernafasan, penyakit kardiovaskular dan strok. Orang ramai hendaklah memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU), mengurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat serta memastikan pengambilan air yang mencukupi. Kementerian Kesihatan menasihatkan aktiviti luar tidak penting dielakkan apabila IPU melebihi 100. Sekiranya perlu keluar, penggunaan pelitup muka jenis N95 yang sesuai dan dipakai dengan betul dapat membantu mengurangkan penyedutan zarah halus. Amalan menjimatkan penggunaan elektrik dan air, mengurangkan pembaziran makanan, mengurus sampah secara berkesan, menggunakan pengangkutan awam serta memperbanyak kawasan hijau langkah yang mampu menyumbang kepada kelestarian alam.
Kesimpulannya, alam sekitar yang sihat ialah nikmat Allah SWT yang wajib dihargai dan dipelihara. Kemajuan pembangunan seharusnya bergerak seiring dengan usaha mengekalkan keseimbangan alam. Menjaga kebersihan udara, memelihara sumber air dan melindungi kehijauan bumi bukan sahaja tanggungjawab sosial, malah mencerminkan penghayatan nilai keimanan. Sesungguhnya, memelihara alam hari ini bermakna melindungi kehidupan generasi akan datang.
Penulis Penyelaras Program Khas Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok, Kelantan
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.