
Mercedes-AMG Petronas tuntut kelonggaran had siling perbelanjaan F1
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Mercedes-AMG Petronas tuntut kelonggaran had siling perbelanjaan F1 (Google News Malaysia (BM), 14:37)
Read the reporting
1 report
Mercedes-AMG Petronas tuntut kelonggaran had siling perbelanjaan F1
Kuala Lumpur: Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas bekerjasama dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Formula One Management (FOM) bagi menuntut kelonggaran peraturan had siling perbelanjaan sukan itu untuk penggunaan teknologi lestari tanpa menjejaskan daya saing di litar.
Timbalan Prinsipal Pasukan Mercedes-AMG Petronas Bradley Lord berkata, cabaran untuk mencapai kelestarian semakin rumit apabila pasukan itu mula memperkenalkan bahan mesra alam dalam komponen kereta lumba yang tertakluk kepada peraturan had siling perbelanjaan.
"Perjalanan ini menjadi semakin mencabar apabila kami mula mengubah suai kereta kerana kami memasuki bidang yang tertakluk kepada had siling perbelanjaan sekali gus menjadikannya lebih rumit untuk diuruskan.
"Usaha ini memerlukan kerjasama dan komunikasi yang amat baik dengan FIA dan F1 bagi memastikan peraturan menyediakan kelonggaran dan ruang untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif tanpa menjejaskan prestasi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media yang dianjurkan oleh Mercedes bersama rakan teknologi pencahayaannya, Signify semasa Grand Prix Singapura baru-baru ini.
Lord memberitahu Mercedes telah pun memperkenalkan komponen gentian karbon yang lebih lestari pada kereta lumba pasukan itu, namun penggunaan bahan sedemikian boleh meningkatkan kos dengan ketara tanpa memberikan sebarang kelebihan dari segi prestasi.
Beliau menyatakan penggunaan awal teknologi yang lebih lestari lazimnya melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding penyelesaian sedia ada dengan gentian karbon lestari berpotensi menelan kos 30 peratus lebih tinggi berbanding bahan konvensional.
Lord berkata, perbelanjaan tambahan itu amat mencabar memandangkan penggunaan bahan berkenaan tidak memberi sebarang kelebihan dari segi prestasi meskipun sukan itu giat berusaha meningkatkan kelestariannya.
Beliau berkata perbincangan sedang diadakan mengenai cara kos tambahan bagi penggunaan teknologi yang lebih lestari boleh diambil kira di bawah peraturan had siling perbelanjaan F1 tanpa meletakkan pasukan pada kedudukan yang kurang kompetitif.
Menurut Lord, keseimbangan prestasi dan kesaksamaan sukan perlu dikekalkan sambil membolehkan inovasi diteruskan memandangkan penggunaan bahan yang lebih mahal tetapi tidak memberikan kelebihan prestasi, sukar untuk dipertahankan jika prestasi di litar kekal menjadi keutamaan pasukan.
Mercedes juga bekerjasama dalam merangka rangka kerja bagi penggunaan bahan api lestari dengan melibatkan Petronas dan pengeluar bahan api lain dalam kalangan pasukan F1.
Beliau berkata walaupun pembangunan itu merupakan kemajuan teknologi yang penting, produk canggih sedemikian turut melibatkan kos yang lebih tinggi sekali gus menimbulkan pertimbangan kewangan yang serupa.
Sementara itu, Ketua Penajaan Global Signify Nathalie Quéré menjelaskan kerjasama syarikat itu dengan Mercedes dalam mengharungi rangka kerja had siling perbelanjaan F1 telah memberikan pengajaran yang bernilai apabila inovasi beraspirasi tinggi dan sasaran prestasi perlu diusahakan dalam lingkungan kekangan kewangan dan kawal selia yang ditetapkan dengan jelas.
Menurutnya, peluang untuk meneroka inovasi masih terbuka dalam had tersebut dengan cabarannya adalah untuk mencapai hasil yang terbaik sambil kekal mematuhi rangka kerja yang ditetapkan.
"Anda bercakap tentang had siling perbelanjaan dari perspektif sukan, tetapi apabila kita melihat bagaimana kita boleh membawa inovasi, sumber kita juga ada hadnya.
"Persoalannya ialah bagaimana kita dapat menyediakan penyelesaian terbaik yang memenuhi aspirasi dan juga perbelanjaan. Akhirnya, ini tetap mengenai sebuah perniagaan," kata Quéré.
Beliau menambah bahawa Signify dan Mercedes berkongsi aspirasi yang sama dalam aspek inovasi, teknologi, kelestarian dan prestasi, meskipun beroperasi dalam industri yang berbeza.
Signify mengumumkan kerjasamanya dengan Mercedes pada Julai 2024 dengan tumpuan terhadap inovasi teknologi, kecekapan tenaga dan kelestarian.
Di bawah kerjasama itu, Signify menyediakan penyelesaian pencahayaan cekap tenaga, berhubung dan berasaskan ekonomi kitaran bagi menyokong operasi serta matlamat kelestarian pasukan itu selain bekerjasama dalam pembangunan pelan peralihan iklim Mercedes ke arah mencapai sifar karbon.
Kerjasama itu juga bertujuan meningkatkan pengalaman peminat F1 serta menyokong prestasi dan kesejahteraan pemandu serta anggota pasukan menerusi teknologi pencahayaan.
Signify turut menetapkan sasaran untuk mencapai sifar kabon menjelang 2040 menerusi pelan peralihan iklimnya sendiri sekali gus mencerminkan usaha lebih meluas syarikat itu untuk penyahkarbonan industri pencahayaan.
Selain pembangunan kereta lumba, Lord berkata Mercedes melabur dalam bahan api penerbangan mampan (SAF), biodiesel boleh baharu dan elektrifikasi operasi logistiknya bagi mengurangkan jejak alam sekitar pasukan itu.
Pasukan berkenaan melabur hampir AS$10 juta dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi penggunaan SAF untuk merangsang pembangunan pasaran serta menangani pelepasan karbon yang berkaitan dengan pengangkutan kakitangan dan peralatan ke seluruh dunia.
Lord memaklumkan Mercedes memperkenalkan sebuah trak elektrik dalam kumpulan logistiknya pada tahun ini dengan rancangan untuk menambah beberapa lagi trak pada tahun depan selain turut meneroka potensi penggunaan bahan api marin lestari.
Menurut beliau, inisiatif kelestarian yang diterajui Mercedes kemudiannya diterima pakai secara lebih meluas dalam F1 termasuk akses kepada SAF untuk pengangkutan kargo dan penyelesaian tenaga boleh baharu di perlumbaan yang berlangsung di Eropah.
"Kami berbangga kerana banyak inovasi kami diterima pakai secara lebih meluas dalam sukan ini. Namun, pertimbangan utama ialah pertukaran antara kos dengan jurang kos. Bagaimanakah kita boleh menjadikan usaha ke arah kelestarian yang lebih mampan dari segi kos?"
"Jika kita dapat melakukannya, kita akan membuka banyak potensi pada masa hadapan," kata Lord.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)14:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.