Malaysian Attention Engine
Live wire
521MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit47Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara46Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie45Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke41General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching40Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah40Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah38General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 537Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 2027
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

'Mesin itu untuk kembangkan bisnes, bukan jual'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 15:39 MYTLatest activity 12 Oct, 15:39BMconfidence 60%

What happened

'Mesin itu untuk kembangkan bisnes, bukan jual' (Harian Metro, 15:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

'Mesin itu untuk kembangkan bisnes, bukan jual'

By Farhana Yaacob · 12 Oct, 15:39 MYT

am@hmetro.com.my

Ayer Keroh: Bantuan mesin oleh kerajaan yang sepatutnya menjadi kemudahan membina perniagaan sebaliknya dijual penerima semata-mata mahu mengaut keuntungan mudah.

Presiden Yayasan Belia Sedunia (WYF), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, tindakan segelintir penerima menjual mesin atau peralatan yang dibekalkan agensi kerajaan amat dikesali.

Menurutnya, penerima mensia-siakan peluang untuk membangunkan perniagaan sendiri melalui bantuan berkenaan.

"Perbuatan itu juga boleh menjejaskan kepercayaan agensi berkaitan, sekali gus menyukarkan penerima terbabit mendapatkan bantuan pada masa hadapan.

"Apabila ditanya mengenai bantuan sebelum ini, mereka kata baik dan mendapat keuntungan.

"Betul ! memang mereka untung tetapi apabila ditanya berapa keuntungan, rupa-rupanya mereka sudah menjual mesin itu," katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Bengkel Teori Asas Pembuatan Beg Paku 2026 anjuran WYF dengan kerjasama Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negeri Melaka di Dewan WYF, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung WYF, Datuk Norsabrina Mohd Noor dan Penolong Pengurus TVET Negeri Melaka, Nurliana Zulbahri.

Menurut beliau, tindakan itu menyebabkan penerima hanya akan mendapat keuntungan sekali sahaja.

"Kemungkinan mereka tidak lagi akan dibantu selepas ini. Sukar mempercayai penerima yang tidak menggunakan bantuan seperti sepatutnya.

"Penerima yang benar-benar komited mengusahakan perniagaan berpeluang mendapat sokongan berterusan sehingga mampu mengembangkan perniagaan dan berdiri atas usaha sendiri," katanya.

Ujarnya, sikap tidak bertanggungjawab segelintir penerima boleh menyebabkan proses permohonan bantuan menjadi lebih ketat dan melalui pelbagai dokumentasi ataupun syarat kelulusan.

Beliau menyeru peserta bengkel memanfaatkan kemahiran yang dipelajari untuk membangunkan perniagaan dengan menghasilkan produk kreatif serta mempunyai keunikan tersendiri.

Katanya, berharap bengkel itu dapat menjadi titik permulaan kepada peserta untuk membina perniagaan yang mampan.

Sementara itu, peserta bengkel, Aisy Imanuddin Jamaluddin,18, dari Muar, Johor berkata, penyertaannya dalam bengkel itu menjadi peluang untuk memanfaatkan masa lapang selepas menamatkan persekolahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya berharap kemahiran yang dipelajari dapat membuka ruang untuk menjana pendapatan sampingan pada masa akan datang," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:18 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 15:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

'Mesin itu untuk kembangkan bisnes, bukan jual' · Malaysian Attention Engine