
MFL galak 'cooling break' susulan jerebu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) jelas mengambil langkah pantas bagi menjaga kebajikan pemain yang perlu beraksi dalam situasi jerebu apabila menggalakkan pelaksanaan 'cooling break' dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M). (Berita Harian, 18:50)
Read the reporting
1 report
MFL galak 'cooling break' susulan jerebu
KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) jelas mengambil langkah pantas bagi menjaga kebajikan pemain yang perlu beraksi dalam situasi jerebu apabila menggalakkan pelaksanaan 'cooling break' dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M).
Itu antara penekanan yang diberikan menerusi mesyuarat dalam talian berhubung pelaksanaan dan status terkini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) membabitkan perlawanan Liga M, hari ini.
Mesyuarat dalam talian terbabit dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd bersama Ketua Pegawai Operasi MFL, Harris Taufieq Zafri, ketua-ketua unit MFL, wakil daripada Liga Bolasepak Amatur (AFL) serta CEO-CEO kelab Liga M dan wakil kelab yang terbabit.
Ia bagi membincangkan situasi jerebu semasa serta kesannya terhadap penganjuran perlawanan sekiranya IPU di seluruh negeri semakin merosot.
"Penekanan turut diberikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terbabit termasuk pemain, pegawai pasukan, petugas perlawanan serta penyokong.
"Antara langkah yang ditekankan termasuk menggalakkan pelaksanaan cooling break, pemakaian pelitup muka serta penyediaan kemudahan perubatan dan logistik yang bersesuaian di venue perlawanan," kata MFL dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, semua kelab digalakkan untuk terus menyalurkan maklumat dan saranan berkaitan langkah berjaga-jaga kepada penyokong masing-masing berdasarkan keadaan semasa.
"MFL komited untuk terus memantau perkembangan situasi jerebu dan mengutamakan aspek keselamatan serta kesihatan semua pihak dalam memastikan kelancaran penganjuran Liga M 2026/27," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.