Malaysian Attention Engine
Live wire
56Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu53General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am51Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok50Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00050Two detained, RM3.3 mln drugs seized44Business : SSM Extends Compound Reduction Period Until Dec 3143Suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya disambung reman enam hari42Meta bans TikTok from advertising on its apps, Bloomberg News reports42Ringgit eases vs US dollar, ends higher against Asean currencies40Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh38Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat35Three Pontian siblings killed in motorcycle‑lorry crash after insisting on school despite haze closure
NewConfirmedupdated 1 h ago

MINDEF sentiasa pantau ancaman keselamatan moden

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
25
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:15 MYTLatest activity 9 Oct, 10:13BMconfidence 80%

What happened

MINDEF sentiasa pantau ancaman keselamatan moden (Harian Metro, 09:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

MINDEF sentiasa pantau ancaman keselamatan moden

By Muhammad Yusri Muzamir · 9 Oct, 09:15 MYT

yusri.muzamir@bh.com

Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan sentiasa melaksanakan pemantauan secara aktif dan berterusan bagi memperkukuh keupayaan pertahanan siber dan elektromagnetik negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, prosedur itu dilaksanakan bagi menghadapi ancaman keselamatan moden termasuk serangan menggunakan Kecerdasan Buatan Otonom (AAI).

Pemantauan itu, katanya, dibuat melalui Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) di bawah Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP) dan Pusat Perisikan Ancaman Siber (CTIC) seliaan Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO).

"Sebagai langkah pengukuhan persediaan menghadapi ancaman moden, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sedang melaksanakan pendekatan merangkumi pembangunan organisasi, keupayaan teknologi, modal insan dan kerjasama strategik.

"Antara pendekatan berkenaan ialah menubuhkan Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP), bertujuan memperkukuh pertahanan siber serta elektromagnetik ATM, selaras dapatan dan hala tuju Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan.

"Memperkukuh kesiapsiagaan dan pembangunan kepakaran ATM melalui latihan, peningkatan kompetensi dan pengiktirafan pakar bidang (SME) dalam bidang siber, elektromagnetik, komunikasi serta kecerdasan buatan," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai langkah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM menangani ancaman peperangan siber dan elektromagnetik moden, terutama ancaman memanfaatkan AAI oleh entiti asing terhadap sistem komunikasi pertahanan negara.

Mohamed Khaled berkata, ATM turut melancarkan Tim Nukleus Angkatan Siber pada 19 September lalu sebagai langkah berstruktur ke arah penubuhan Angkatan Siber sebagai cabang perkhidmatan keempat ATM, yang disasarkan beroperasi sepenuhnya menjelang 2030.

Tim itu, katanya, bertanggungjawab menyelaras perancangan dan pembangunan Angkatan Siber, merangkumi struktur organisasi, doktirn operasi, keperluan perjawatan dan pembangunan keupayaan.

"Usaha ini khususnya membabitkan penyepaduan keupayaan ATM dalam Aktiviti Siber dan Elektromagnetik (CEMA); Pemerintahan, Kawalan, Komunikasi dan Komputer (C4); perisikan serta angkasa bagi memastikan koordinasi maklumat dan tindak balas lebih bersepadu ke atas sebarang ancaman moden.

"ATM juga memperkukuh kerjasama strategik dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia, industri, institusi pengajian tinggi dan rakan strategik pertahanan, terutama dalam perkongsian maklumat ancaman, kepakaran serta latihan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:00
Latest 11:27 MYT
25New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 09:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    09:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Kementerian Pertahanan sentiasa pantau ancaman keselamatan moden
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.