Malaysian Attention Engine
Live wire
55RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi50King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period46Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45“Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubungan45General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry442 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00043Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan41Trump says he will not attack before US elections in November41General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am40Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat
NewConfirmedupdated 5 h ago

'Minum petang' KARYAWAN pentas amal bulanan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:00 MYTLatest activity 9 Oct, 09:02BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mahu menghidupkan semula nostalgia dunia seni menerusi penganjuran majlis minum petang atau hi tea bersama barisan artis berpengalaman yang akan diadakan setiap bulan di Hotel Steg, di sini. (Berita Harian, 09:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

'Minum petang' KARYAWAN pentas amal bulanan

By Fatin Farhana Ariffin · 9 Oct, 09:02 MYT

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mahu menghidupkan semula nostalgia dunia seni menerusi penganjuran majlis minum petang atau hi tea bersama barisan artis berpengalaman yang akan diadakan setiap bulan di Hotel Steg, di sini.

Pengerusi KARYAWAN, Datuk Khadijah Ibrahim, berkata program berkenaan bukan sekadar memberi ruang kepada artis berpengalaman untuk kembali membuat persembahan, malah menjadi platform mengumpul sumbangan bagi membantu penggiat seni yang memerlukan.

"Alhamdulillah, syukur kerana kita ada tempat untuk rakan-rakan seangkatan menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian dan membawa kembali nostalgia lagu popular mereka, sambil menghiburkan penonton yang menjamu selera di sini.

"Insya-Allah, kita akan adakan persembahan di sini setiap bulan. Jadi, syarikat korporat yang ingin menjamu selera bersama pekerja mereka, datanglah kerana setiap bulan kita adakan hi tea dengan hiburan yang bagus.

"Ini antara kerja amal yang KARYAWAN lakukan. Kami juga berterima kasih kepada Naan's Corner di Hotel Steg yang akan menyumbangkan sebahagian kutipan kepada tabung KARYAWAN," katanya ketika ditemui pada sidang media KARYAWAN Hi Tea di sini, baru-baru ini

Khadijah berkata, acara itu turut menjadi platform untuk peminat bertemu semula dengan penyanyi dan penghibur yang pernah mewarnai industri muzik tanah air, khususnya mereka yang sudah lama tidak muncul di pentas.

Katanya, usaha berkenaan juga selari dengan matlamat KARYAWAN untuk terus memberikan sokongan kepada penyanyi berpengalaman.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana semua rakan dalam bidang seni suara sanggup bekerjasama dengan kami dan harap-harap pada masa akan datang kita ada lebih ramai lagi.

"Kita mahu bawa kembali nostalgia lagu yang pernah popular. Bukan menjual, tetapi memberitahu kepada orang di luar sana mengenai program yang akan kita lakukan, insya-Allah setiap bulan.

"Kalau kita tengok sambutan bagus, kita akan teruskan. Jadi, doakan usaha kami," katanya.

Khadijah berkata, KARYAWAN merancang menampilkan barisan artis berpengalaman berbeza pada setiap bulan bagi memastikan program berkenaan terus mempunyai tarikan tersendiri.

"Pada November, kita ada Datuk Ameng, kumpulan Kool, kumpulan Shade dan Noorshila Amin. Pada Disember pula, kita akan adakan sesi bersama Datuk Ramli Sarip seorang sahaja.

"Banyak perkara yang kita mahu buat. Jadi, anda di luar sana sentiasa nantikan sesuatu yang baharu.

"Kita mungkin akan bawa semula kumpulan wanita dan mungkin juga era disko 70-an," katanya.

Bagi Oktober ini, program anjuran KARYAWAN itu dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober dengan menampilkan persembahan Datin Ramziela, Rahmat Mega, Zur Eda, Aishahanim dan Helmi Gimmick.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:0012:0013:0014:00
Latest 14:51 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 09:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

'Minum petang' KARYAWAN pentas amal bulanan
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
'Minum petang' KARYAWAN pentas amal bulanan
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.