
MTHQA ke-66: Alunan suara merdu Nur Syakura pukau hadirin pada malam ketiga
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Alunan suara yang merdu dan penuh penghayatan qariah negara Nur Syakura Mohamad Musa memukau hadirin pada malam ketiga Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini malam tadi. (Astro Awani (BM), 06:10)
Read the reporting
1 report
MTHQA ke-66: Alunan suara merdu Nur Syakura pukau hadirin pada malam ketiga
KUALA LUMPUR: Alunan suara yang merdu dan penuh penghayatan qariah negara Nur Syakura Mohamad Musa memukau hadirin pada malam ketiga Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini malam tadi.
Tampil tenang dan berkeyakinan, Nur Syakura yang bertugas sebagai Penyelia Guru Al-Quran di Majlis Islam Sarawak (MIS) memperdengarkan bacaan beberapa ayat daripada surah Hud dengan kawalan taranum yang merdu dan kemas serta bacaan bertajwid.
Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 itu bersaing hebat bersama beberapa peserta antarabangsa termasuk wakil Brunei Dk Siti Ummi Syazana Pengiran Marjuki yang turut mencuri tumpuan menerusi kelunakan bacaannya.
Turut memperdengarkan bacaan pada sesi malam ialah enam qari, iaitu Muhammad Fauji Ridwan dari Indonesia, Furkan Cinar (Turkiye), Mstafa Abdlsada Hashim (Iraq), Seyed Sadegh Seyed Ali Moslemi Alamshiri (Iran), Mohammad Mahmoud Khalil Dabash (Jordan) dan Inam Ul Haq (Pakistan).
Terdahulu pada sesi pagi, sebanyak lapan peserta kategori Hafazan selesai memperdengarkan hafazan masing-masing termasuk dua wakil negara, iaitu Muhammad Izzul Afnan Sazali dan Dina Hadfina Mohd Umarul Hisyam.
MTHQA ke-66 yang bertemakan “Madani Dihayati Ummah Diberkati” berlangsung dari 6 hingga 10 Okt, menghimpunkan 50 peserta dari 38 negara merangkumi 25 peserta tilawah dan 25 peserta hafazan al-Quran.
-- BERNAMA
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Astro Awani (BM)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)06:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.