
Mudarat berlari ketika latihan dalam jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Mudarat berlari ketika latihan dalam jerebu (Harian Metro, 07:05)
Read the reporting
1 report
Mudarat berlari ketika latihan dalam jerebu
mhafis@mediaprima.com.my
ADA yang sanggup berlari puluhan kilometer demi mengejar rekod peribadi, namun sanggupkah mereka mempertaruhkan kesihatan paru-paru hanya kerana enggan terlepas satu sesi latihan ketika jerebu?
Dalam keadaan udara dicemari zarah halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, setiap tarikan nafas ketika berlari boleh meningkatkan jumlah bahan pencemar yang memasuki sistem pernafasan terutama apabila aktiviti dilakukan pada intensiti tinggi dan untuk tempoh lama.
Lebih membimbangkan, tubuh tidak semestinya menunjukkan tanda amaran serta-merta, menyebabkan ada yang terus memaksa diri tanpa menyedari risiko yang mungkin dihadapi.
Pakar Perunding Perubatan Respiratori, Permasalahan Tidur & Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, berlari ketika jerebu boleh meningkatkan pendedahan paru-paru kepada bahan pencemar udara, terutama apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat iaitu bermula daripada paras 101.
Menurutnya, ketika berlari, kadar pernafasan meningkat dan seseorang akan menarik nafas dengan lebih kerap serta lebih dalam berbanding ketika berehat.
Akibatnya, jumlah udara tercemar yang memasuki sistem pernafasan turut meningkat.
"Ini bermakna paru-paru menerima dos pencemar yang lebih tinggi dalam tempoh yang sama, khususnya jika aktiviti dilakukan untuk tempoh lama atau pada intensiti tinggi.
"Jerebu mengandungi campuran bahan pencemar termasuk zarah halus seperti PM2.5 yang boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru. Pendedahan ini boleh menyebabkan iritasi saluran pernafasan, batuk, sakit tekak, sesak nafas dan mencetuskan serangan asma bagi individu yang terdedah," katanya.
Dr Nurul Yaqeen berkata, apabila IPU mencapai tahap tidak sihat, orang ramai disarankan mengurangkan aktiviti fizikal berat di luar dan mempertimbangkan senaman di dalam bangunan. Pelari tidak seharusnya menganggap mereka selamat hanya kerana masih mampu berlari tanpa mengalami sesak nafas.
"Ketika bersenam, badan memerlukan lebih banyak oksigen untuk membekalkan tenaga kepada otot. Oleh itu, kadar dan kedalaman pernafasan meningkat secara semula jadi.
"Masalah timbul apabila udara yang disedut mengandungi zarah halus dan bahan pencemar. Semakin tinggi intensiti senaman, semakin banyak udara yang disedut dan semakin besar jumlah pencemar yang berpotensi memasuki sistem pernafasan.
"Zarah halus PM2.5 boleh sampai ke bahagian paling dalam paru-paru, iaitu kawasan alveolus, tempat pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku. Pendedahan kepada zarah ini boleh mencetuskan tindak balas keradangan dan tekanan oksidatif yang berpotensi mengganggu fungsi normal saluran pernafasan," katanya.
Beliau berkata, pada sesetengah individu, saluran pernafasan boleh menjadi lebih sensitif dan menyempit, lalu menyebabkan batuk, bunyi berdehit atau rasa dada ketat. Individu yang mempunyai asma mungkin mengalami gejala yang lebih ketara.
"Risiko ini bergantung pada beberapa faktor termasuk kepekatan pencemar, tempoh pendedahan, intensiti senaman dan keadaan kesihatan seseorang. Semakin lama dan semakin kuat seseorang bersenam dalam udara tercemar, semakin tinggi potensi dos pencemar yang disedut.
"Individu yang sihat juga boleh mengalami kesan kesihatan akibat pendedahan kepada jerebu, walaupun mereka tidak mempunyai sejarah penyakit paru-paru.
"Dalam jangka pendek, pendedahan kepada udara tercemar boleh menyebabkan iritasi saluran pernafasan, batuk, tekak terasa pedih, sesak nafas dan penurunan sementara fungsi paru-paru. Sesetengah individu mungkin mengalami keradangan saluran pernafasan, terutama selepas melakukan senaman berat ketika kepekatan pencemar tinggi," katanya.
Katanya, bagi kesan jangka panjang, risiko bergantung pada tahap pencemaran, kekerapan dan tempoh pendedahan serta faktor individu.
Kajian berkenaan pencemaran udara secara umum mengaitkan pendedahan berulang atau berpanjangan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan masalah pernafasan.
"Bagaimanapun, kita perlu membezakan antara kesan pencemaran udara secara keseluruhan dengan kesan khusus berlari ketika jerebu. Tidak tepat untuk mengatakan satu sesi larian ketika jerebu pasti menyebabkan kerosakan paru-paru kekal.
"Sebaliknya, pendedahan yang berulang dan tidak dikawal boleh meningkatkan risiko kesihatan. Nasihat saya ialah jangan mengorbankan kesihatan demi mengekalkan rutin senaman. Senaman memang penting untuk kesihatan, tetapi masa, lokasi dan intensitinya perlu disesuaikan dengan keadaan kualiti udara," katanya.
Menurut Dr Nurul Yaqeen berkata, terdapat beberapa golongan yang perlu lebih berhati-hati iaitu individu yang menghidap asma, pesakit COPD atau penyakit paru-paru kronik, pesakit penyakit jantung, kanak-kanak dan remaja, warga emas dan pelari jarak jauh, atlet serta pekerja luar.
"Atlet yang mempunyai tahap kecergasan tinggi juga tidak terkecuali. Kecergasan fizikal tidak menjadikan seseorang kebal terhadap kesan pencemaran udara.
"Bagi pesakit asma, mereka perlu mengikuti pelan tindakan asma yang diberikan doktor dan memastikan ubat pelega tersedia mengikut arahan rawatan. Jika gejala mula berlaku, jangan teruskan senaman semata-mata kerana latihan atau pertandingan sudah dijadualkan.
"Secara umum, berlari pada intensiti tinggi ketika jerebu membawa risiko pendedahan yang lebih besar berbanding berjalan kaki secara perlahan, kerana pernafasan menjadi lebih pantas dan mendalam," katanya.
Tambahnya, namun, berjalan kaki di luar tidak semestinya selamat jika IPU sangat tinggi. Jika pencemaran berada pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya, pilihan yang lebih baik ialah berpindah ke dalam bangunan dan menangguhkan aktiviti luar.
"Kita juga tidak perlu berhenti bersenam sepenuhnya setiap kali berlaku jerebu. Sebaliknya, ubah suai aktiviti supaya manfaat senaman dapat dikekalkan dengan pendedahan pencemar yang minimum.
"Jika gejala ringan seperti batuk atau iritasi tekak mula berlaku, hentikan senaman dan beralih ke tempat yang mempunyai udara lebih bersih. Jangan tunggu sehingga gejala menjadi teruk.
"Jika mengalami sesak nafas yang teruk, sakit dada, hampir pitam, kekeliruan atau bibir kelihatan kebiruan, dapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Gejala seperti ini tidak boleh dianggap sebagai kesan jerebu semata-mata kerana ia juga boleh menandakan masalah jantung atau paru-paru yang serius," katanya.
Manakala bagi pesakit asma, jika gejala tidak pulih dengan ubat pelega mengikut pelan rawatan yang ditetapkan, dapatkan penilaian perubatan segera.
Jangan cuba menghabiskan jarak larian atau menunggu sehingga tamat sesi latihan sebelum mendapatkan bantuan.
"Perlu diingat bahawa IPU ialah indeks gabungan yang dipengaruhi oleh beberapa bahan pencemar. Oleh itu, angka IPU bukan jaminan bahawa udara selamat sepenuhnya untuk semua orang. Keadaan kesihatan individu dan nasihat semasa pihak berkuasa juga perlu diambil kira.
"Berita baiknya, seseorang tidak perlu berhenti bersenam sepenuhnya ketika jerebu. Yang penting ialah menukar lokasi dan menyesuaikan intensiti latihan," katanya.
Antara alternatif yang boleh dilakukan katanya, berjalan di atas 'treadmill,' basikal statik, latihan kekuatan iaitu senaman menggunakan berat badan seperti 'squat,' 'lunges' dan 'push-up' yang diubah suai mengikut kemampuan, senaman mobiliti dan regangan dan yoga atau pilates serta senaman aerobik ringan di rumah.
"Masalah boleh timbul apabila seseorang terlalu mengejar sasaran peribadi, seperti menamatkan larian 10 kilometer, memperbaiki rekod peribadi atau memenuhi jadual latihan maraton. Mereka mungkin mengabaikan tanda amaran seperti batuk, dada ketat, sesak nafas dan keletihan luar biasa.
"Ketika bersenam dalam udara tercemar, sikap memaksa diri boleh meningkatkan dos pencemar yang disedut kerana individu terus bernafas dengan lebih cepat dan mendalam. Jika gejala muncul, meneruskan senaman juga boleh melengahkan pengesanan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan.
Kesimpulannya, ketika jerebu, utamakan kesihatan paru-paru berbanding sasaran larian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.