
Mustapha cabar Hamzah kemuka belanjawan alternatif
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Cabaran Mustapha Sakmud susulan kritikan Hamzah Zainudin terhadap Belanjawan 2027. PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Mustapha Sakmud mencabar Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengemukakan belanjawan alternatif yang memperincikan cara mengurangkan defisit fiskal tanpa menjejaskan pembangunan negara. (Free Malaysia Today, 16:04)
Read the reporting
2 reports
Mustapha cabar Hamzah kemuka belanjawan alternatif
Cabaran Mustapha Sakmud susulan kritikan Hamzah Zainudin terhadap Belanjawan 2027. PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Mustapha Sakmud mencabar Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengemukakan belanjawan alternatif yang memperincikan cara mengurangkan defisit fiskal tanpa menjejaskan pembangunan negara.
Cabaran itu susulan kritikan Hamzah terhadap Belanjawan 2027, yang menurutnya berisiko membebankan institusi strategik negara seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan kerajaan.
“Ketua pembangkang sewajarnya mengemukakan cadangan belanjawan alternatif yang jelas dan terperinci, termasuk bagaimana beliau mahu mengurangkan defisit fiskal sambil memastikan pembangunan negara, khususnya di Sabah dan Sarawak terus dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.
Mustapha berkata, penurunan defisit fiskal menunjukkan kerajaan berusaha mengurus kewangan negara secara berhemah bagi mengurangkan beban hutang yang perlu ditanggung generasi akan datang.
“Angka tidak berbohong. Defisit fiskal negara pernah mencecah 6.4% KDNK pada 2021 dan 5.5% pada 2022. Namun, sejak pentadbiran kerajaan, defisit terus menurun daripada 5.0% pada 2023 kepada 4.1% pada 2024 dan 3.7% pada 2025,” katanya.
Beliau berkata, defisit fiskal diunjurkan terus berkurang kepada 3.6% tahun ini dan 3.3% pada 2027, manakala pinjaman baharu kerajaan persekutuan menurun daripada kira-kira RM100 bilion setahun pada 2021 dan 2022 kepada RM75.6 bilion pada 2025.
Katanya, Belanjawan 2027 turut memperuntukkan RM18.7 bilion kepada Sabah dan RM16.2 bilion kepada Sarawak, menjadikan jumlah peruntukan kepada kedua-dua negeri itu RM34.9 bilion, meningkat RM2.2 bilion berbanding tahun sebelumnya.
“Inilah bukti disiplin fiskal tidak menghalang kerajaan daripada terus melaksanakan agenda pembangunan negara,” katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today16:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.