Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’5012 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat4727 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti40Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39World : OIC Foreign Ministers Discuss Regional Crises, Cooperation At Baghdad Meeting39Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati minggu depan37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gajah didakwa musnahkan tanaman, pekebun rugi lebih RM100,00036Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating35Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35World : Man City Edge Ipswich 3-2 As Liverpool Come From Behind To Beat 9-man Brentford
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Nadia tak nak selama-lama sekadar berlakon

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 06:25 MYTLatest activity 18 Oct, 06:25BMconfidence 60%

What happened

Nadia tak nak selama-lama sekadar berlakon (Harian Metro, 06:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Nadia tak nak selama-lama sekadar berlakon

By Ramlah Zainal · 18 Oct, 06:25 MYT

am@hmetro.com.my

CUKUP apabila kisah sensasi percintaan yang tidak kesampaian diperkatakan, kini pelakon jelita, Nadia Brian sudah 'move on' dan mahu memberi fokus untuk mengukuhkan nama dan mengembangkan kerjaya seninya.

Pemilik nama sebenar, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata pengalaman sepanjang sedekad bergelumang dalam industri hiburan tanah air banyak mengajar dan mematangkan dirinya sebagai anak seni.

Enggan menoleh ke belakang, katanya, dia mahu menjadi anak seni berwawasan, bukan sahaja sebagai pelakon malah mahu memberi semula kepada masyarakat.

"Hampir 10 tahun dalam bidang lakonan, sampai masanya untuk saya melangkah setapak lagi dalam kerjaya dengan bergelar penerbit menerusi produksi NB Production.

"Antara faktor yang mendorong saya membuka produksi sendiri kerana mahu mengetengahkan bakat baharu dalam kalangan generasi muda yang nak bina nama sebagai anak seni kerana sebenarnya ramai anak muda yang berbakat.

"Pada masa sama, saya pernah menjayakan projek teater pada zaman pengajian dahulu menerusi jenama NB Production. Kalau boleh, saya mahu berjaya seperti pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima," kata bekas penuntut Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu.

Katanya, buat masa ini, dia dalam proses akhir mendapatkan lesen rasmi daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menggerakkan syarikat produksinya itu.

"Saya sedang memohon lesen daripada FINAS untuk buka produksi sendiri kerana takkan selama-lamanya saya nak berlakon?

"Selain produksi NB Production, saya juga sibuk dengan bisnes minyak wangi Nap Perfume," katanya yang memaklumkan wangian itu memenangi anugerah 'Best Floral Scent Local Perfume 2026' sempena KL International Beauty Week 2026, baru-baru ini.

Beralih perkembangan karier seni, kata Nadia, dia bersyukur kerana masih menerima tawaran berlakon sampai sekarang.

"Insya-Allah, saya akan terbabit dalam projek drama bersiri baharu, tapi tidak boleh kongsi lagi pada semua buat masa ini.

"Beberapa telefilem lakonan saya baru sahaja habis tayangan iaitu Bisikan Pontianak di saluran Unifi TV dan Isteri Tidak Dirindui di stesen RTM," katanya.

Tidak tutup pintu hati soal jodoh

Sementara itu, beralih sisi peribadi pula, kata Nadia, dia memberi peluang kepada dirinya untuk menerima cinta baharu selepas melalui pengalaman dan kegagalan dalam perhubungan termasuk era rumah tangga.

Katanya, dia tidak pernah menutup pintu hati dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT.

"Saya mahu memberi peluang kepada diri untuk menerima hubungan atau cinta baharu. Usia saya pun bukannya muda lagi.

"Sudah tentu saya mahu mencari pasangan hidup yang tepat dan berumah tangga, tetapi soal jodoh dan ajal semuanya ketentuan Allah," katanya.

Bagaimanapun, kata Nadia, dia mengakui masih belum bertemu pengganti dan tidak mempunyai hubungan serius dengan sesiapa pun ketika ini.

"Saya masih solo, tetapi ada perancangan untuk berkahwin bila sudah bertemu calon yang tepat. Buat masa ini, setakat kawan-kawan sahaja adalah," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 06:38 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 06:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Nadia tak nak selama-lama sekadar berlakon
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.