
Nahas Jalan Kuching: ‘Adik saya koyak kulit kepala, pinggang patah, paru-paru bocor’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu mengalami kecederaan serius termasuk kulit kepala terkoyak, pinggang kiri patah dan paru-paru kiri bocor. (Kosmo!, 15:06)
Read the reporting
1 report
Nahas Jalan Kuching: ‘Adik saya koyak kulit kepala, pinggang patah, paru-paru bocor’
PETALING JAYA – Penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu mengalami kecederaan serius termasuk kulit kepala terkoyak, pinggang kiri patah dan paru-paru kiri bocor.
Mangsa, Ahmad Safwan Yahya, kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dijadualkan menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada pinggang kirinya.
Perkembangan itu dikongsikan kakaknya, Akmar Yahya menerusi hantaran di Threads memaklumkan, adiknya menjalani pembedahan pada pukul 3.46 petang, Selasa lalu, bagi menjahit kulit kepala yang terkoyak.
“Sekarang pihak kami tengah menunggu rawatan yang seterusnya iaitu pembedahan bagi pinggang sebelah kiri yang patah dan paru-paru belah kiri leaking,” katanya.
Akmar turut meluahkan kebimbangan terhadap tempoh pemulihan adiknya yang dijangka mengambil masa lama sebelum dapat kembali bekerja seperti biasa.
Menurutnya, keadaan itu turut menimbulkan keresahan mengenai sumber pendapatan keluarga Ahmad Safwan yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak untuk ditanggung.
“Siapa yang akan menampung kos-kos harian kerana adik saya mempunyai keluarga yang perlu diberi makan (isteri dan tiga orang anak)?
“Dalam tempoh pemulihan tersebut, keluarga adik saya tiada punca pendapatan kerana isteri beliau tidak bekerja,” katanya.
Akmar turut mempersoalkan sama ada pemandu kereta jenis BYD yang terlibat dalam nahas itu berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian, selain menggesa siasatan dijalankan secara telus.
Wanita itu berharap mahkamah dapat memberikan keputusan yang adil berdasarkan bukti, termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang didakwanya jelas menunjukkan kejadian berkenaan.
Dalam hantaran sama, Akmar turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak yang maut dalam nahas terbabit iaitu Allahyarham Asiah Ahmad Syahir, 5.
Kosmo! Online sebelum ini melaporkan nahas yang berlaku kira-kira pukul 3.44 petang, 10 Oktober lalu itu membabitkan sebuah kereta BYD Seal, Perodua Bezza, Nissan Almera, Toyota Alphard, Perodua Myvi dan sebuah motosikal Yamaha 135LC.
Siasatan awal mendapati Perodua Bezza yang dinaiki Asiah bersama bapanya dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Segambut dilanggar dari belakang oleh BYD Seal ketika aliran trafik bergerak perlahan.
Asiah mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke HKL.
Pada 15 Oktober lalu, pemandu BYD Seal Raeven Goh Wey Haur, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap tiga pertuduhan berkaitan nahas itu, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah.
Kes berkenaan melibatkan pertuduhan mengikut Seksyen 41(1), Seksyen 42(1) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas Jalan Kuching: ‘Adik saya koyak kulit kepala, pinggang patah, paru-paru bocor’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!15:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.