Malaysian Attention Engine
Live wire
46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00045Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak44Pemandu bas mahu mekanisme agihan bantuan RM1,000 diperjelas39General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37King Sultan Ibrahim conferred Jordan's highest civilian honour37Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron36Muzik menyatukan kita - Nidji36Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok35General : Influencers Should Not Exploit 3R Issues For Social Media Content – Yuneswaran
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Naik gaji, elaun jururawat sahaja tidak cukup

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 07:17 MYTLatest activity 13 Oct, 07:17BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Kenaikan gaji dan elaun semata-mata tidak mencukupi untuk menangani penghijrahan jururawat Malaysia ke luar negara. (Utusan Malaysia, 07:17)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Naik gaji, elaun jururawat sahaja tidak cukup

By .ZAHRA MOHAMAD ZHAHIR · 13 Oct, 07:17 MYT

PETALING JAYA: Kenaikan gaji dan elaun semata-mata tidak mencukupi untuk menangani penghijrahan jururawat Malaysia ke luar negara.

Masalah itu berisiko terus berlarutan sekiranya tiada usaha menyeluruh bagi me­ngurangkan beban tugas, me­ngatasi kekurangan tenaga kerja serta menyediakan peluang kemajuan kerjaya.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU), Noor Aini Abu Hashim berkata, keputusan jururawat untuk bekerja di luar negara bukan hanya didorong oleh faktor pendapatan, sebaliknya turut melibatkan persekitaran kerja, peluang pembangunan kerjaya dan kualiti hidup.

Menurutnya, tawaran gaji dan pakej ganjaran lebih kompetitif di sesetengah negara menjadi antara tarikan utama, selain beban tugas tinggi serta nisbah jururawat kepada pesa­kit yang tidak seimbang di tempat kerja.

“Keadaan ini berisiko menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, sekali gus menjejaskan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.

“Oleh itu, usaha menangani penghijrahan jururawat perlu melihat isu ini secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pemberian elaun atau kenaikan gaji semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia .

Mengulas mengenai inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM), beliau berkata, MNU me­nyambut baik tawaran jawatan tetap kepada jururawat baharu, penambahbaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta kenaikan Bayaran Insentif Pos Basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, keberkesanan langkah tersebut bergantung kepada pelaksanaan yang konsisten dan kemampuan memenuhi keperluan sebenar jururawat, termasuk menangani isu kekurangan tenaga kerja serta peluang kenaikan pangkat.

“Bagi menarik jururawat yang sedang bekerja di luar negara untuk kembali ke Malaysia, kerajaan perlu mempertimbangkan pakej pengekalan dan kepulangan bakat yang lebih menyeluruh.

“Ini termasuk peluang kerjaya yang jelas, pengiktirafan pe­ngalaman kerja luar negara, penempatan bersesuaian de­ngan kepakaran serta persekitaran kerja yang kondusif,” katanya.

Sehubungan itu, Noor Aini berkata, MNU turut mencadang­kan supaya pengisian kekoso­ngan jawatan dipercepatkan, struktur gaji dan elaun dikaji secara berkala serta peluang pembangunan profesional diperluaskan.

Katanya, pengambilan gra­duan kejururawatan tempatan juga perlu dipercepatkan bagi mengurangkan beban tugas jururawat sedia ada dan memastikan kualiti penjagaan serta keselamatan pesakit terus terpelihara.

“Matlamat kita bukan sekadar menghalang jururawat daripada berhijrah, tetapi memastikan profesion kejururawatan di Malaysia terus dihargai, diperkasakan dan mampu menarik serta mengekalkan tenaga kerja yang berkualiti demi kepentingan pesakit dan sistem kesihatan negara,” katanya. – UTUSAN

The post Naik gaji, elaun jururawat sahaja tidak cukup appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:51 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 07:17 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:17

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Naik gaji, elaun jururawat sahaja tidak cukup
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.