Malaysian Attention Engine
Live wire
54Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang51General : Syed Saddiq, Bella Astillah Officially Wed47Sport : MotoGP: KBS Banks On F1 Momentum To Attract 200,000 Spectators44General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow44Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36Abbas postpones Palestinian legislative elections to September 202735Lapan orang utan terselamat, dilepas ke hutan perlindungan35Tiada laporan pembatalan penerbangan jemaah umrah - PAPUH34Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 dalam 28 tahun34UIAM, FRIM hasilkan buku Braille pokok hutan terancam3425 residents left homeless after fire destroys three longhouse units in Ulu Tinjar, Baram
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kes Najib mohon tangguh hukuman penjara 1MDB, Na'imah antara tumpuan minggu depan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 17:51 MYTLatest activity 11 Oct, 17:51BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid antara beberapa kes berprofil tinggi yang dijadualkan berlangsung masing-masing di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan sepanjang minggu depan. (Berita Harian, 17:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kes Najib mohon tangguh hukuman penjara 1MDB, Na'imah antara tumpuan minggu depan

By Saadiah Ismail · 11 Oct, 17:51 MYT

KUALA LUMPUR: Kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid antara beberapa kes berprofil tinggi yang dijadualkan berlangsung masing-masing di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan sepanjang minggu depan.

Bagi kes Najib, mahkamah dijadual mendengar permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan Rabu ini untuk pendengaran pada pengurusan kes yang dihadiri peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Pendengaran itu dipercepatkan selepas pihak pembelaan memfailkan sijil perakuan bagi tujuan berkenaan.

Sementara itu, kes membabitkan Na'imah, balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, berkaitan dua persoalan undang-undang yang dikemukakannya berhubung pertuduhan gagal mengisytiharkan harta akan didengar Khamis ini.

Pada 29 Februari 2024, Na'imah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi, membabitkan Seksyen 30(5), Seksyen 36(2) dan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, serta Seksyen 32(3)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dalam perkembangan lain, Mahkamah Tinggi menetapkan esok bagi pendengaran permohonan injunksi interim inter partes (antara pihak) terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, dalam saman yang dikemukakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pada 19 Jun lalu, mahkamah membenarkan permohonan injunksi interim ex parte (sebelah pihak) oleh MCMC bagi menghalang Wan Muhammad Azri daripada menerbitkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap suruhanjaya itu, selain mengarahkan penerbitan dan penyebaran kandungan dalam talian yang memudaratkan melalui media sosial dihentikan serta-merta.

Bagi kes jenayah yang mendapat perhatian awam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 14 Oktober ini untuk mendengar hujahan pada akhir kes pembelaan dalam perbicaraan empat lelaki yang didakwa membunuh remaja T Nhaveen, sembilan tahun lalu.

Sebelum ini, keempat-empat tertuduh menafikan dakwaan pendakwaan bahawa mereka menyerang Previin dan Nhaveen, termasuk meneruskan serangan terhadap Nhaveen di Padang Openg, Gelugor.

Mereka juga mendakwa tidak mengetahui bagaimana mangsa mengalami kecederaan yang membawa kepada kematiannya.

Selain itu, Mahkamah Tinggi menetapkan esok bagi prosiding perbicaraan terhadap tujuh individu yang dikaitkan dengan kes penculikan seorang lelaki warga Palestin.

Pada Oktober 2022, 13 lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik lelaki Palestin yang kini berusia 35 tahun.

Mereka ialah Mohamad Norakmal Hassan, 47; Dody Junaidi, 48; Mohamad Sufian Saly, 29; Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 29; Mohd Azwan Jamaludin, 55; Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 55; Tengku Arif Bongsu; Mohamad Naziree; Faizull Hardey; Muhammad Iqmal; Nidarahayu; Raibafie; Edy Ko'im; dan Mohd Zaidi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda bagi mendapatkan ganjaran berupa maklumat rahsia berkaitan kaedah membuat dan menyahaktifkan perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang, di sini, pada 10.40 malam, 28 September 2022.

Bagaimanapun, pada 10 Julai 2025, enam daripada 14 tertuduh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:00
Latest 19:54 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 17:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kes Najib mohon tangguh hukuman penjara 1MDB, Na'imah antara tumpuan minggu depan · Malaysian Attention Engine