Malaysian Attention Engine
Live wire
51Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’40General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance37Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City3627 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti36Lawatan Mohamed Khaled ke Jepun perkukuh kerjasama pertahanan35Business : Japan's Yuzu Fruit Taps Malaysia's Halal Market34Jangan tunggu ditimpa musibah, 1.2 juta pencarum disaran kembali carum LINDUNG 24 Jam33Polis pandang serius ugutan bakar kedai warga asing32General : AKPS Officer's Remains Laid To Rest In Kelantan30Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Nak jadi wakil rakyat, kena jadi rakyat!

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 08:20 MYTLatest activity 18 Oct, 08:20BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) diperkenalkan kerajaan Melaka bagi mengenal pasti permasalahan rakyat secara langsung menerusi pendekatan turun padang di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, idea program itu tercetus daripada keinginannya untuk memastikan wakil rakyat memahami kesusahan masyarakat dan memberikan perkhidmatan lebih baik."Saya sebenarnya mengambil sifat ini sebagai seorang rakyat. Falsafah saya, sesiapa yang berminat jadi wakil rakyat, dia kena jadi rakyat."Dia kena tahu betapa susahnya rakya (Sinar Harian, 08:20)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Nak jadi wakil rakyat, kena jadi rakyat!

By NORAFIDAH ASSAN · 18 Oct, 08:20 MYT

KUALA LUMPUR - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) diperkenalkan kerajaan Melaka bagi mengenal pasti permasalahan rakyat secara langsung menerusi pendekatan turun padang di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, idea program itu tercetus daripada keinginannya untuk memastikan wakil rakyat memahami kesusahan masyarakat dan memberikan perkhidmatan lebih baik."Saya sebenarnya mengambil sifat ini sebagai seorang rakyat. Falsafah saya, sesiapa yang berminat jadi wakil rakyat, dia kena jadi rakyat."Dia kena tahu betapa susahnya rakyat mendapat perhatian daripada seorang wakil rakyat yang sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada mereka," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Ahad.Menurutnya, pengalaman membesar di sebuah kampung yang jauh dari bandar Melaka turut mendorongnya memperkenalkan pendekatan baharu bagi mendekatkan wakil rakyat dengan masyarakat.Ujarnya, idea WRUR tercetus bagi memastikan wakil rakyat memainkan peranan bersama kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat."Saya dilahirkan 65 tahun lalu dalam sebuah kampung yang gelap, tidak ada bekalan elektrik dan air, jadi, saya mengiringi pembangunan Melaka ini dan saya lihat kita mesti ada satu suntikan baharu supaya wakil rakyat tahu bagaimana keluh-kesah rakyat yang memerlukan perhatian."Sebagai contoh, kalau portfolio kebajikan, dia tidak boleh tunggu rakyat datang ketuk pintu pejabat untuk minta bantuan. Begitu juga portfolio pendidikan yang tidak boleh hanya menunggu sekolah mengeluh mengenai bangunan yang memerlukan perhatian."Jadi, saya kata, kenapa tidak kita turun berjumpa rakyat mengikut kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kita bongkar apa masalah rakyat dalam kawasan tersebut," katanya.Ab Rauf berkata, program itu pada awalnya disasarkan melibatkan satu kawasan setiap bulan sebelum berjaya diperluas ke semua 28 DUN dalam tempoh 28 bulan.Ujarnya, kerajaan negeri turut mengadakan program susulan menerusi Hari Exco Bertemu Rakyat di Seri Negeri selepas 45 hari bagi meneliti aduan yang masih belum diselesaikan di peringkat DUN."Pendekatan turun padang ini turut membantu kerajaan negeri mengenal pasti keperluan penduduk yang memerlukan perhatian lebih besar termasuk dalam aspek perumahan dan kebajikan."WRUR juga merangkumi lawatan ke sekolah, masjid dan balai raya, selain usaha memelihara seni, budaya serta permainan tradisional," katanya.Mengulas penglibatan wakil rakyat daripada latar belakang politik berbeza, Ab Rauf berkata, kerajaan negeri memastikan semua pihak diberi ruang untuk menyantuni permasalahan rakyat, dengan keutamaan diberikan kepada kebajikan dan keperluan masyarakat.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:00
Latest 09:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
18 Oct, 08:20 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    08:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Nak jadi wakil rakyat, kena jadi rakyat!
Sinar HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.