Nash masih berehat selepas dibenarkan pulang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PENYANYI rock, Datuk Nash yang dibenarkan keluar hospital beberapa hari lalu memanjatkan kesyukuran selepas kesakitan akibat kecederaan yang dialami semasa kemalangan semakin beransur pulih.Nash, 67, berkata, namun terdapat beberapa kecederaan di beberapa bahagian badan menyebabkan beliau mengambil keputusan berehat dahulu daripada sebarang persembahan nyanyian."Saya masih berasa sakit sedikit di bahagian rusuk kiri akibat kemalangan tersebut."Bahagian hidung ada keretakan termasuk di bahagian kaki kanan masih bengkak dan beransur surut," katanya di rumahnya di Seksyen 7 di sini pada Jumaat.Be (Sinar Harian, 12:54)
Read the reporting
1 reportNash masih berehat selepas dibenarkan pulang
PENYANYI rock, Datuk Nash yang dibenarkan keluar hospital beberapa hari lalu memanjatkan kesyukuran selepas kesakitan akibat kecederaan yang dialami semasa kemalangan semakin beransur pulih.Nash, 67, berkata, namun terdapat beberapa kecederaan di beberapa bahagian badan menyebabkan beliau mengambil keputusan berehat dahulu daripada sebarang persembahan nyanyian."Saya masih berasa sakit sedikit di bahagian rusuk kiri akibat kemalangan tersebut."Bahagian hidung ada keretakan termasuk di bahagian kaki kanan masih bengkak dan beransur surut," katanya di rumahnya di Seksyen 7 di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika disantuni pertubuhan bukan kerajaan (NGO),99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Sahabat Amal Selangor dan Prihatin Selangor.Sinar Harian melaporkan minggu lalu Nash terlibat dalam kemalangan hingga menerima 52 jahitan susulan kecederaan.Pelantun lagu Zahir Tak Terucap itu difahamkan terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau selepas solat Isyak.Nash berkata, beliau kini fokus untuk memantapkan kembali kesihatan dirinya agar dapat kembali mencari rezeki sebagai anak seni."Sememangnya selepas kemalangan yang berlaku saya perlu membatalkan segala persembahan dan jemputan di seluruh negara dan sekitar Shah Alam."Apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan saudara yang melawat terutama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sudi melawat saya di hospital selepas kemalangan minggu lalu," ujarnya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian12:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.