
Kakak sayu ajar mengucap sambil pegang tangan adik yang sudah sejuk
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA SELANGOR: Kakak kepada Mohammad Safiq Ruslan yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Bukit Kerayung, Jeram, di sini semalam menceritakan detik sedih mengajar adiknya itu mengucap dua kalimah syahadah, meskipun diberitahu mangsa sudah tiada. (Berita Harian, 23:58)
Read the reporting
1 report
Kakak sayu ajar mengucap sambil pegang tangan adik yang sudah sejuk
KUALA SELANGOR: Kakak kepada Mohammad Safiq Ruslan yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Bukit Kerayung, Jeram, di sini semalam menceritakan detik sedih mengajar adiknya itu mengucap dua kalimah syahadah, meskipun diberitahu mangsa sudah tiada.
Nor Hidayah Ruslan, 38, berkata dia masih terbayang saat memegang tangan adiknya yang sudah sejuk.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, 30, maut selepas motosikal Yamaha Y15 ditunggangnya bertembung Perodua Ativa yang keluar dari simpang.
Nor Hidayah berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian.
"Sehari sebelum kejadian, arwah sepatutnya hantar ayah (Ruslan Sabar, 69) ke klinik kerana tidak sihat. Saya telefon dia untuk minta tolong dan tanya 'kerja atau tidak'. Arwah kata dia kerja, selepas itu diam.
"Saya kata 'tak apa'... kalau petang saya lapang, saya sendiri yang hantar. Waktu berbual saya rasakan nada arwah lain berbanding sebelumnya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Cherakah, Jeram hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin, berkata siasatan awal mendapati Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah Meru menghala Kuala Selangor.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit keluar dari simpang sebelum dilanggar motosikal yang datang dari arah kanan.
"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.