
Nestlé, YFBM kukuh kerjasama tangani pembaziran makanan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kuala Lumpur: Nestlé Malaysia dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) memperbaharui kerjasama untuk tempoh tiga tahun lagi bagi memperkukuh usaha mengurangkan pembaziran makanan serta membantu komuniti memerlukan di seluruh negara. (Harian Metro, 13:32)
Read the reporting
1 report
Nestlé, YFBM kukuh kerjasama tangani pembaziran makanan
Kuala Lumpur: Nestlé Malaysia dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) memperbaharui kerjasama untuk tempoh tiga tahun lagi bagi memperkukuh usaha mengurangkan pembaziran makanan serta membantu komuniti memerlukan di seluruh negara.
Nestlé Malaysia dalam kenyataan berkata, kerjasama yang bermula pada 2020 itu menyaksikan syarikat menyumbang produk makanan dan minuman bernilai lebih RM7 juta menerusi inisiatif pengagihan semula makanan dan bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan bersama YFBM.
Katanya, menerusi memorandum persefahaman (MoU) baharu itu, Nestlé Malaysia akan terus menyalurkan lebihan produk berkualiti yang masih sesuai dimakan, manakala YFBM menyelaras pengagihannya kepada penerima secara selamat dan bertanggungjawab.
"Sempena pemeteraian MoU terbabit, sukarelawan dalam kalangan kakitangan Nestlé Malaysia bersama YFBM turut menyediakan 800 pek bantuan makanan dan nutrisi untuk keluarga di kawasan pedalaman Tumpat dan Jeli, Kelantan, sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.
"Pek bantuan itu mengandungi produk pelbagai produk itu adalah sebahagian daripada program Bantuan Banjir Seluruh Negara Nestlé Malaysia yang dilaksanakan setiap tahun," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, berkata kerjasama itu membolehkan syarikat berkenaan membantu komuniti memerlukan, di samping memastikan lebihan produk yang masih sesuai dimakan dimanfaatkan sebaiknya.
"Dengan musim tengkujuh yang bakal tiba, tindakan awal amat penting, khususnya bagi komuniti yang mungkin lebih sukar dihubungi dan disalurkan bantuan pada penghujung tahun," katanya.
Beliau berkata, inisiatif itu juga membantu keluarga di kawasan terpencil mendapatkan bekalan produk berkhasiat dan berkualiti sepanjang musim tengkujuh.
Menurutnya, kerjasama itu turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), khususnya SDG 2 (Kelaparan Sifar), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab) dan SDG 13 (Tindakan Iklim), menerusi peningkatan akses kepada makanan, pengurangan sisa makanan dan pelepasan gas rumah hijau.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkata bantuan makanan perlu dilaksanakan secara konsisten dan teratur bagi memastikan bekalan sampai kepada golongan serta lokasi yang benar-benar memerlukan.
"Kerjasama antara sektor awam dan swasta seperti ini membolehkan kami menggabungkan sumber makanan, tenaga sukarelawan dan rangkaian pengagihan bagi membantu komuniti yang memerlukan dengan lebih berkesan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.