Malaysian Attention Engine
Live wire
51Lelaki Rohingya dituduh bunuh47Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera45Man City deserve to keep titles, says PSG’s Luis Enrique45Paip pecah: 130,790 pengguna di P. Pinang mula terima bekalan air44Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?41224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202640NAK JADI KETUA MENTERI MELAKA WANITA PERTAMA!38Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN36Warga Pakistan tular beli minyak masak subsidi, dikesan guna e-COSS milik isteri36MCMC testing new disaster warning system on 19 Nov: Here’s why your phone might sound an alarm36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Netanyahu ikrar tidak benarkan pelarian Palestin pulang ke rumah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 09:43 MYTLatest activity 14 Oct, 09:43BMconfidence 60%

What happened

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar penduduk Palestin yang dipindahkan dari kem pelarian tidak akan dibenarkan kembali ke kediaman lama mereka. (Berita Harian, 09:43)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Netanyahu ikrar tidak benarkan pelarian Palestin pulang ke rumah

14 Oct, 09:43 MYT

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar penduduk Palestin yang dipindahkan dari kem pelarian tidak akan dibenarkan kembali ke kediaman lama mereka.

Tindakan itu masih dilaksanakan walaupun selepas Mahkamah Agung mengarahkan kerajaan mengemukakan jadual masa bagi membolehkan mereka pulang.

Dalam kenyataan video yang dirakam berhampiran kem pelarian Tulkarm di Tebing Barat yang diduduki, Netanyahu menyifatkan kem itu sebagai 'kubu kuat pengganas' dan memuji tentera Israel kerana menghapuskannya mengikut arahan yang diberikan.

"Saya mendapat tahu ada pihak di Mahkamah Keadilan Tinggi yang mengatakan penduduk perlu dibawa pulang ke sini. Mereka ini bukan penduduk, sebaliknya pengganas," kata beliau.

Sejak Januari 2025, puluhan ribu penduduk Palestin dipindahkan dari tiga kem pelarian di utara Tebing Barat, iaitu Jenin, Nur Shams dan Tulkarm, selepas tentera Israel melancarkan operasi yang menurutnya bertujuan melumpuhkan infrastruktur kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Kebanyakan penduduk Palestin yang dipindahkan itu masih belum dapat kembali ke kediaman masing-masing.

Sementara itu, sumber perubatan mengumumkan pada Selasa bahawa jumlah kematian di Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Oktober meningkat kepada 74,389 orang manakala 175,423 lagi cedera, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sumber itu berkata tujuh mangsa maut, termasuk tiga yang meninggal dunia akibat kecederaan dan satu mayat yang ditemukan semula selain tujuh individu yang cedera dibawa ke hospital di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Mereka memaklumkan bahawa jumlah kematian sejak gencatan senjata pada 11 Oktober 2025 mencecah 1,498 orang manakala 5,306 kes kecederaan direkodkan. Selain itu terdapat 838 syuhada yang mayat mereka ditemukan semula. - AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:0011:00
Latest 11:11 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 09:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.