Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Nikmat sering tidak disedari

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 07:08 MYTLatest activity 9 Oct, 07:08BMconfidence 60%

What happened

Manusia tidak mampu menjalani kehidupan bersendirian. Sejak di bangku sekolah, melangkah ke universiti, memasuki alam pekerjaan hinggalah hidup dalam masyarakat, kita sentiasa berhubung dengan orang lain. Dalam lingkungan inilah lahir persahabatan yang kadangkala bertahan hanya beberapa bulan, tetapi tidak kurang juga yang kekal puluhan tahun. Apa yang sering tidak disedari ialah seorang sahabat bukan sekadar teman berbicara, makan bersama atau berkongsi kegembiraan. Sahabat turut mempengaruhi cara seseorang berfikir, berbicara, membuat keputusan malah menentukan arah perjalanan hidupnya. Oleh (Harian Metro, 07:08)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Nikmat sering tidak disedari

By Dr Nor Hazrul Mohd Salleh · 9 Oct, 07:08 MYT

Manusia tidak mampu menjalani kehidupan bersendirian. Sejak di bangku sekolah, melangkah ke universiti, memasuki alam pekerjaan hinggalah hidup dalam masyarakat, kita sentiasa berhubung dengan orang lain. Dalam lingkungan inilah lahir persahabatan yang kadangkala bertahan hanya beberapa bulan, tetapi tidak kurang juga yang kekal puluhan tahun. Apa yang sering tidak disedari ialah seorang sahabat bukan sekadar teman berbicara, makan bersama atau berkongsi kegembiraan. Sahabat turut mempengaruhi cara seseorang berfikir, berbicara, membuat keputusan malah menentukan arah perjalanan hidupnya. Oleh itu, Islam memberikan perhatian yang besar terhadap soal memilih kawan.

Rasulullah SAW memberikan panduan jelas melalui sabda baginda yang bermaksud: "Seseorang itu berada atas agama atau cara hidup sahabat karibnya. Oleh itu, hendaklah seseorang daripada kamu melihat siapakah yang dijadikannya sahabat karib." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis ini menggambarkan betapa kuatnya pengaruh pergaulan. Seseorang yang banyak menghabiskan masa bersama orang yang menjaga solat, menghormati ibu bapa, tekun belajar, amanah dan berdisiplin lazimnya akan terdorong kepada sifat serupa.

Al-Quran sendiri mengajar supaya manusia memilih lingkungan yang baik. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar." (Surah al-Taubah ayat 119)

Ayat ini menghubungkan ketakwaan dengan keberadaan seseorang bersama golongan yang benar. Tafsir al-Jalalayn menjelaskan golongan yang benar ialah mereka yang benar dalam iman dan perjanjian mereka. Ini menunjukkan persekitaran sosial yang baik membantu seseorang mengekalkan nilai keimanan dan akhlaknya.

Pada peringkat persekolahan, pemilihan kawan sangat penting kerana usia remaja tempoh pembentukan identiti. Pelajar lazimnya ingin diterima oleh kelompok rakan sebaya. Keinginan ini pada asalnya normal, tetapi boleh menjadi berbahaya apabila penerimaan kelompok dianggap lebih penting daripada prinsip agama dan akhlak. Pelajar seharusnya memilih rakan yang mempunyai sikap positif terhadap pelajaran, menghormati guru, menjaga adab, tidak membuli, tidak mengajak kepada perbuatan terlarang dan berani menegur apabila berlaku kesalahan. Kawan yang baik bukan orang sentiasa menyetujui semua tindakan kita, tetapi orang yang berani menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang merosakkan masa depan.

Apabila memasuki universiti, ruang kebebasan menjadi jauh lebih luas. Pelajar mula tinggal jauh daripada keluarga, mengurus masa sendiri dan membuat keputusan tanpa pemantauan berterusan daripada ibu bapa.

Sebaliknya, kesilapan memilih kelompok pergaulan boleh membawa kesan yang jauh lebih besar. Bermula dengan perkara yang dianggap kecil seperti ponteng kuliah, membuang masa tanpa tujuan atau melakukan penipuan akademik, seseorang mungkin akhirnya terbiasa dengan gaya hidup yang merosakkan. Dalam dunia digital, pengaruh rakan tidak lagi terbatas kepada individu yang berada di hadapan mata. Rakan dalam media sosial, kumpulan sembang dan komuniti dalam talian turut membentuk nilai serta pemikiran seseorang. Justeru, prinsip memilih teman perlu digunakan juga dalam hubungan maya.

Rasulullah SAW turut membuat perbandingan yang sangat indah tentang pengaruh pergaulan. Daripada Abu Musa al-Ashari RA, baginda SAW bersabda bahawa perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk adalah seperti penjual minyak kasturi dan tukang besi. Penjual minyak kasturi mungkin memberikannya kepada kita atau kita membelinya daripadanya atau sekurang-kurangnya kita mendapat bau yang harum. Tukang besi pula mungkin menyebabkan pakaian kita terbakar atau kita terkena bau yang kurang menyenangkan. (Hadis Riwayat Muslim)

Perumpamaan ini sangat tepat dalam menggambarkan pergaulan meninggalkan kesan walaupun tanpa arahan secara langsung. Duduk bersama orang berilmu membuka ruang kepada ilmu. Bersama orang yang menjaga adab menjadikan seseorang semakin sensitif terhadap adab. Bergaul dengan orang yang optimistik pula membantu membina pandangan positif terhadap kehidupan.

Apabila seseorang memasuki alam pekerjaan, pemilihan teman masih tidak kurang pentingnya. Dia membantu ketika diperlukan, tetapi tidak bersubahat dalam kesalahan. Dia mengingatkan tentang tanggungjawab, menghormati masa dan menjaga hak organisasi.

Dalam masyarakat pula, seseorang perlu bersikap baik kepada semua orang, tetapi tidak semestinya menjadikan semua orang sebagai sahabat karib. Persahabatan yang sebenar lazimnya terserlah bukan ketika seseorang berada dalam kesenangan, tetapi ketika dia sedang diuji.

Cabaran memilih kawan pada zaman ini semakin besar kerana sempadan pergaulan semakin luas. Pengaruh boleh datang melalui sekolah, kampus, tempat kerja, media sosial, permainan dalam talian atau kumpulan komunikasi yang tidak pernah mempertemukan anggotanya secara fizikal.

Kawan yang baik antara nikmat kehidupan yang sering tidak disedari nilainya. Dia mungkin tidak mampu menyelesaikan semua masalah kita, tetapi kehadirannya membantu kita menghadapinya dengan cara yang benar. Dia tidak sekadar hadir ketika kita berjaya, tetapi juga membetulkan langkah ketika kita tersasar.

Penulis Penyelaras Program Khas Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok, Kelantan

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow08:0009:0010:0011:00
Latest 11:22 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 07:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Nikmat sering tidak disedari
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Nikmat sering tidak disedari · Malaysian Attention Engine