
OAG, The Times kembalikan 'roh gig indie'
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
OAG, The Times kembalikan 'roh gig indie' (Google News Malaysia (BM), 06:11)
Read the reporting
2 reports
OAG, The Times kembalikan 'roh gig indie'
lizamridzuan@hmetro.com.my
Menghidupkan kembali nostalgia muzik alternatif tempatan, konsert Disko Dansa Generasiku yang menemukan OAG dan The Times di Odeon KL, Sabtu lalu membuktikan karya yang lahir daripada era kaset, CD dan 'gig underground' masih mempunyai tempat istimewa dalam hati peminat.
Lebih 1,500 penonton pelbagai usia memenuhi ruang Odeon KL dalam suasana meriah, lengkap dengan gaya yang mengimbau zaman kegemilangan muzik indie tempatan.
Sistem bunyi memuaskan serta visual LED yang melatari pentas melengkapkan persembahan itu, sekali gus menghidupkan kembali semangat 'gig' era ketika muzik alternatif menjadi sebahagian daripada identiti generasi muda.
The Times membuka tirai menerusi lagu Pesona Algebra sebelum meneruskan persembahan dengan lagu seperti Khayal Khayalan, Infra Merah, Wanita dan Mawar Liar.
Penampilan mereka yang sarat dengan elemen mod dan rock 'n' roll berpengaruh British itu segera menghangatkan suasana, selain mengingatkan peminat terhadap identiti muzik kumpulan berkenaan.
Vokalis dan pemain gitar kumpulan The Times, Naza berkata, mereka berdepan persiapan mencabar untuk menjayakan persembahan itu dan berharap muzik mereka terus diingati peminat.
"Cabaran kali ini adalah untuk mendapatkan semula 'feel' muzik seperti 20 tahun lalu.
"Kami berharap The Times akan terus relevan dan dikenang sebagai kumpulan indie yang menghasilkan album dalam bahasa Melayu serta meninggalkan legasi tersendiri dalam industri muzik tempatan," katanya.
OAG kemudian mengambil alih pentas menerusi SoulLaWatt, diikuti lagu seperti Horrible Adorable, Knocked Silly, Generasiku serta 60s TV.
Deretan lagu daripada kedua-dua kumpulan itu menjadi pemanas suasana sebelum mereka bergabung untuk segmen yang dinanti-nantikan peminat.
Kemeriahan turut terserlah apabila beberapa penonton diangkat peminat lain dan melakukan 'crowd surfing' atas kepala mereka, aksi yang sinonim dengan budaya 'gig' suatu ketika dahulu.
Sorakan, nyanyian serta tepukan penonton menghidupkan lagi suasana, memperlihatkan semangat muzik alternatif yang masih segar merentas generasi.
Vokalis OAG, Radhi menyentuh cabaran membawakan lagu mereka yang terkenal dengan rentak rancak dan persembahan bertenaga meskipun lebih dua dekad berlalu sejak kumpulan itu mula mencipta nama.
Selepas lagu Slumber, dia turut berseloroh mengenai perubahan gaya nyanyian dan 'substance' muzik mengikut peredaran zaman dengan menjadikan seniman legenda Allahyarham P Ramlee sebagai perbandingan.
"Kalau zaman 1940-an atau 1950-an, cara nyanyian lebih santai P Ramlee menyanyi pun begitu. Sekarang, 'substance' muzik semakin 'hardcore'," katanya.
Radhi turut menyelitkan pesanan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah ketika berinteraksi dengan penonton, sambil menegaskan kepentingan setiap individu berusaha menuju kehidupan yang lebih baik.
Selain menjelaskan bahawa hubungannya dengan Naza kekal baik sejak dahulu dan mereka tidak pernah bergaduh seperti yang mungkin disangka sesetengah peminat.
Kemuncak konsert menyaksikan anggota OAG dan The Times berkongsi pentas dengan menampilkan deretan lagu hit pilihan mereka.
Persembahan dimulakan dengan Gadisku Dalam Koma sebelum diteruskan dengan Singapura KL dan Tunjuk Perasaan, sekali gus membuka ruang kepada gabungan dua identiti muzik yang mempunyai pertalian sejarah tersendiri.
Suasana semakin rancak menerusi Nowwhy2, Slumber dan Konspirasi Bising sebelum peminat dihiburkan dengan Venusia, Biru dan Akustatik.
Gabungan kedua-dua kumpulan itu menjadikan persembahan lebih bertenaga dengan susunan muzik lebih padat, menampilkan dua set dram, bass, gitar dan vokalis yang berkongsi pentas.
Persembahan diteruskan dengan Senyuman Ragamu sebelum OAG dan The Times menutup malam penuh nostalgia itu menerusi lagu popular Oasis, Don't Look Back in Anger yang menjadi lagu terakhir dipersembahkan malam itu.
Penutup berkenaan melengkapkan pertemuan dua kumpulan yang bukan sahaja berkongsi sejarah, malah berjaya menyatukan peminat muzik alternatif daripada generasi berbeza.
OAG yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1992 dengan nama Old Automatic Garbage mencipta nama menerusi lagu 60's TV dan pernah memenangi kategori Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996.
Mereka turut mencipta lagu Name of the Game sempena Kejohanan Remaja Sedunia FIFA/Coca-Cola 1997 (Piala Dunia B-20 FIFA) yang berlangsung di Malaysia.
Sementara The Times pula ditubuhkan pada 2004 oleh Naza dan Mono, dua beradik yang pernah bersama OAG.
Album sulung mereka, Soda Pop Rok 'N' Roll membawa kumpulan itu ke kelompok Top 5 Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)06:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.