
OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali November ini
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuala Lumpur: OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali untuk edisi kedua November ini dengan sembilan kategori dipertandingkan, termasuk empat kategori baharu bagi memberi pengiktirafan kepada lebih ramai individu. (Harian Metro, 13:01)
Read the reporting
1 report
OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali November ini
Kuala Lumpur: OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali untuk edisi kedua November ini dengan sembilan kategori dipertandingkan, termasuk empat kategori baharu bagi memberi pengiktirafan kepada lebih ramai individu.
Kategori baharu itu ialah Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral dan Pelakon Paling Viral.
Penambahan kategori itu bertujuan memperluas pengiktirafan kepada penyanyi generasi muda, usahawan tempatan serta individu berlatarbelakangkan keluarga terkenal yang sering mencuri perhatian di platform digital.
Selain itu, lima kategori sedia ada turut dikekalkan, iaitu Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Bagi kategori Pelakon Paling Viral, pelakon lelaki dan wanita akan bersaing dalam satu kategori untuk merebut satu gelaran pemenang.
Bagi memastikan persaingan berlangsung secara berperingkat, sistem undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027.
Setiap pengguna boleh mengundi maksimum 50 kali sehari, manakala pemenang akan diumumkan menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan! pada 15 Januari 2027, jam 9 malam.
Ketua Kandungan Editorial OhBulan!, Noor Zulaikha Yusof berkata, sambutan positif terhadap edisi pertama mendorong penganjuran semula kempen berkenaan.
"Melihat kepada maklum balas yang menggalakkan pada edisi pertama, kami mahu meneruskan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 bagi memberi pengiktirafan kepada selebriti, pencipta kandungan, peniaga, lagu dan drama yang menjadi tumpuan ramai.
"Kami memperkenalkan empat kategori baharu bagi memberi ruang kepada lebih ramai individu untuk diiktiraf, di samping mengekalkan kategori khas buat peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka.
"Kami percaya dengan sokongan semua, edisi kali ini akan memberi impak yang lebih besar," katanya.
Kempen itu turut dipromosikan menerusi TikTok, YouTube, audio siar Show Dalam Bilik, pengiklanan digital dan artikel portal.
Selain itu, kempen ini juga mendapat sokongan menerusi kerjasama dengan program TV3 seperti Malaysia Hari Ini (MHI) dan Wanita Hari Ini (WHI), serta sesi temu bual bersama Hot FM dan Kool 101.
Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mengundi calon pilihan menerusi laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 , selain mengikuti perkembangan kempen menggunakan tanda pagar #ohbulanpalingviralonline2.0.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.