
`Orang baik ini kita nak pertahankan, orang ini yang pimpin negara kita' - PM pertahan Anthony Loke
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA: Negara memerlukan pemimpin yang berprinsip dan prihatin terhadap kesusahan rakyat, bukannya sekadar pandai berkata-kata atau mengkritik pihak lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 16:27)
Read the reporting
3 reports
`Orang baik ini kita nak pertahankan, orang ini yang pimpin negara kita' - PM pertahan Anthony Loke
PUTRAJAYA: Negara memerlukan pemimpin yang berprinsip dan prihatin terhadap kesusahan rakyat, bukannya sekadar pandai berkata-kata atau mengkritik pihak lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pemimpin yang mempunyai keikhlasan untuk berkhidmat serta berusaha menyelesaikan masalah rakyat perlu dipertahankan, termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang disifatkannya mengambil pendekatan mendengar dan mencari penyelesaian terhadap cabaran dihadapi pemandu teksi.
Beliau berkata, usaha membantu rakyat tidak semestinya mampu menyelesaikan semua masalah dalam tempoh singkat, namun pemimpin perlu mempunyai niat yang baik dan kesungguhan untuk meringankan beban golongan memerlukan.
"Jadi saya sebut, kita nak pilih menteri ataupun pemimpin yang prihatin nasib orang. Selesai semua masalah satu hari memang tak boleh tetapi sekurang-kurangnya ada niat yang baik.
"Ini bukanlah saya nak puji sebab Loke ada di sini, orang macam dia fikir nak berhentilah, pasal apa orang baik macam ini nak berhenti? Yang nak berhenti orang yang rasuahlah berhenti, betul tak?
"Orang baik ini kita nak pertahankan, orang ini yang pimpin negara kita. Ya, jangan pedulilah orang cakap politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Pemandu Bas Sekolah, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, negara memerlukan kepimpinan yang memahami realiti kehidupan rakyat, termasuk pesawah, petani, nelayan, pemandu teksi serta penjawat awam berpendapatan rendah.
Beliau berkata, pemimpin perlu memikirkan keperluan asas rakyat, termasuk kemampuan ibu bapa menyediakan buku sekolah untuk anak dan memastikan mahasiswa mempunyai wang mencukupi untuk makan.
"Kerana negara ini perlukan pimpinan yang ada prinsip. Negara ini perlukan pimpinan yang prihatin terhadap masalah rakyat di bawah.
"Yang cakap banyak, cakap pandai, maki orang, ramai. Tapi yang tahu, rasa apa nasib pesawah padi di Kedah, apa nasib pemandu teksi di Johor, apa nasib petani, apa nasib nelayan," katanya.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau bukan sekadar mahu memuji Loke kerana kehadiran Menteri Pengangkutan itu pada majlis berkenaan, sebaliknya mahu menekankan kepentingan mempertahankan pemimpin yang bekerja dan menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat.
Beliau berkata, pendekatan Loke dalam menangani cabaran pemandu teksi, termasuk melalui kerjasama dengan PROTON dan usaha meringankan beban mereka, menunjukkan kepentingan mencari penyelesaian melalui perbincangan dan pertimbangan terhadap keperluan golongan berkenaan.
Anwar berkata, kerajaan juga perlu memastikan amanah yang diberikan tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya dimanfaatkan bagi membantu rakyat dan membangunkan negara.
Katanya, sumbangan pekerja bawahan juga tidak boleh dipandang ringan kerana setiap golongan memainkan peranan penting, termasuk pemandu teksi yang membantu menggerakkan sektor ekonomi dan pelancongan.
"Kalau kita nak hargai, hargai semua. Betul yang atas kita bagi lebih tapi jangan tinggal yang di bawah," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
- Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Free Malaysia Today, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
