
Orang ramai jangan ambil tindakan sendiri terhadap pelarian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian yang didakwa melakukan kesalahan atau menimbulkan keresahan masyarakat, sebaliknya menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang. (Utusan Malaysia, 11:59)
Read the reporting
1 report
Orang ramai jangan ambil tindakan sendiri terhadap pelarian
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian yang didakwa melakukan kesalahan atau menimbulkan keresahan masyarakat, sebaliknya menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang aduan berkaitan tingkah laku pelarian yang tidak disenangi penduduk setempat perlu diserahkan kepada polis atau pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan sewajarnya.
“Soal tindakan bersendirian. Saya fikir kerjasama yang rakyat Malaysia boleh buat adalah jika mereka mendapati tingkah laku atau perbuatan di kalangan mereka yang dikatakan pelarian ini tak disenangi oleh penduduk setempat, komuniti setempat dan sebagainya, mereka sampai kepada pihak berkuasa.
“Sebab pihak berkuasa dari sudut undang-undang adalah pasukan polis dan pihak berkuasa yang lain. Jalan yang paling baik bagi mengekalkan tertib dalam sebuah negara adalah serahkan pada pihak yang berautoriti untuk menjalankannya.
“Maknanya elak daripada mengambil tindakan sendirian. Saya sangat faham tentang wujudnya beberapa aktivis yang membuat usaha seperti ini. Kita hargai usaha mereka, kerana ini gambaran tentang tak senangnya masyarakat kita tentang kehadiran ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang meminta pandangan kerajaan berhubung tindakan individu atau NGO yang didakwa melakukan serbuan terhadap warga Rohingya serta meminta mereka menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Jimmy mempersoalkan tindakan pihak berkenaan yang didakwa bertindak secara agresif dan seolah-olah mempunyai kuasa penguatkuasaan, sedangkan Malaysia mempunyai undang-undang serta agensi berkuasa untuk menguatkuasakan peraturan.
Saifuddin turut menyentuh dakwaan yang tular berhubung pelarian yang dikatakan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain sebelum memohon kad UNHCR.
“Ada yang sampai pergi ke kem pelarian, kemudian dia buat satu posting, dia kata dia mengesan bahawa kemasukan mereka dari luar menggunakan pasport sebuah negara. Kemudian dapat kad UNHCR.
“Sebab kalau ia pelarian dan dia dikatakan masuk menggunakan pasport, kemudian dengan pasport itu dia mohon status pelarian, yang itu tak melibatkan autoriti kita langsung, itu tapisan UNHCR.
“Reaksi saya adalah kalau adanya dakwaan seperti itu, menjadi tanggungjawab kewajipan mereka untuk mendekati kita untuk menjalankan kewajipan dengan undang-undang dalam negara kita,” katanya.- UTUSAN
The post Orang ramai jangan ambil tindakan sendiri terhadap pelarian appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.