
Pantau kemasukan babi hidup di Selangor
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM: Kerajaan negeri menyemak dan memantau kemasukan babi hidup yang diimport dari Sarawak ke negeri ini melalui Pelabuhan Klang sejak Julai lalu. (Utusan Malaysia, 12:49)
Read the reporting
1 report
Pantau kemasukan babi hidup di Selangor
SHAH ALAM: Kerajaan negeri menyemak dan memantau kemasukan babi hidup yang diimport dari Sarawak ke negeri ini melalui Pelabuhan Klang sejak Julai lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau tidak menolak kesemua babi hidup yang dibawa masuk itu juga akan dihantar ke negeri-negeri lain.
“Tengah siasat, sebab ia bukan semua untuk Selangor, ada untuk negeri-negeri lain. Itu setakat laporan yang diberikan kepada saya. Itu untuk negeri lain yang pintu masuknya (import) di Selangor.
“Jadi, kena siasat dan semak semula hal tersebut kemudian baru kita ambil tindakan (susulan),” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
April lalu, kerajaan negeri Selangor dilapor membenarkan kemasukan import ternakan babi selepas beberapa lesen import diluluskan, termasuk bagi ternakan hidup dari Sarawak namun ia tertakluk kepada syarat ketat yang ditetapkan.
Bagaimanapun, hal itu mencetuskan pertikaian dalam kalangan penduduk selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan supaya hanya daging babi yang diimport bagi memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam.
Titah baginda adalah melalui dua kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani pada Februari dan Mei lalu. – UTUSAN
The post Pantau kemasukan babi hidup di Selangor appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.