Malaysian Attention Engine
Live wire
63RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202756Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202756Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat51World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix50Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara50General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon49Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00047General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar45Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori44General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am44Pengecualian duti hiburan tidak bermaksud harga tiket wayang makin murah – Yusof Haslam42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Pasaran bon mata wang tempatan pacu pembiayaan infrastruktur negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 15:40 MYTLatest activity 9 Oct, 15:40BMconfidence 60%

What happened

MALAYSIA memaksimumkan penggunaan pasaran bon mata wang tempatan untuk menggerakkan pembiayaan infrastruktur sejajar dengan keutamaan rancangan pembangunan lima tahun dan strategi negara yang lebih meluas. (Utusan Malaysia, 15:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Pasaran bon mata wang tempatan pacu pembiayaan infrastruktur negara

By MEDIA MULIA · 9 Oct, 15:40 MYT

MALAYSIA memaksimumkan penggunaan pasaran bon mata wang tempatan untuk menggerakkan pembiayaan infrastruktur sejajar dengan keutamaan rancangan pembangunan lima tahun dan strategi negara yang lebih meluas.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2027, usaha ini secara tidak langsung memenuhi minat pelabur dan menyokong keperluan pembiayaan syarikat tempatan.

“Pasaran modal domestik yang matang dan sofistikated mengurangkan kebergantungan negara terhadap saluran pembiayaan tradisional secara signifikan serta meminimumkan risiko tumpuan.

“Ini sekali gus memberikan autonomi dan fleksibiliti yang lebih besar kepada Malaysia untuk membiayai pertumbuhan dan pembangunan jangka masa panjang,” katanya.

Menurut laporan itu, pasaran bon mata wang tempatan dan sukuk di Malaysia dibina atas ekosistem dasar awam, kawal selia, infrastruktur, permintaan institusi serta perantaraan pasaran yang saling memperkukuh antara satu sama lain.

Jelasnya, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memperkasa kerangka terbitan, penzahiran maklumat, perlindungan pelabur dan pasaran modal Islam secara berperingkat manakala neutraliti cukai, insentif terpilih serta dasar pembangunan yang lebih luas menyokong penyertaan pasaran dan pembiayaan ringgit jangka panjang.

“Projek nasional termasuk penswastaan, pembinaan lebuh raya, program solar berskala besar, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur air telah mewujudkan rangkaian projek infrastruktur dan pelaburan yang mampan.

“Pembiayaan mata wang tempatan membantu menghapuskan ketakpadanan mata wang serta meningkatkan daya tarikan pembiayaan domestik kepada penaja, pemberi pinjaman dan pelabur memandangkan hasil projek seperti tarif, tol dan pembayaran pembelian tenaga secara amnya didenominasikan dalam ringgit,” jelasnya. – UTUSAN

The post Pasaran bon mata wang tempatan pacu pembiayaan infrastruktur negara appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:0018:0019:00
Latest 19:13 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 15:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pasaran bon mata wang tempatan pacu pembiayaan infrastruktur negara · Malaysian Attention Engine