Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid43Mayat pemancing ditemui terapung di Tasik Bukit Raja43General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families43Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202543General : School Bus Owners, Operators Urged To Update Drivers' Details For RM1,000 Aid - APAD40Pupils refusing to sit with classmates of other faiths, says MP39Dr Wee schools DAP MP on supplementary allocations39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Bumbung sekolah runtuh di Peshawar, 21 maut38BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia37Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri36General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

PATI jadi pilihan majikan kerana mudah dieksploitasi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 12:48 MYTLatest activity 16 Oct, 12:48BMconfidence 60%

What happened

PATI jadi pilihan majikan kerana mudah dieksploitasi (Harian Metro, 12:48)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

PATI jadi pilihan majikan kerana mudah dieksploitasi

By Muhaamad Hafis Nawawi dan Suharmin Yusuf · 16 Oct, 12:48 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kehadiran pekerja asing tanpa izin (PATI) bukan sahaja menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan, malah membuka ruang kepada majikan mengeksploitasi tenaga kerja berkenaan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, tanggapan bahawa rakyat tempatan tidak berminat melakukan pekerjaan yang sering dikaitkan dengan pekerja asing adalah tidak munasabah.

"Peluang pekerja tempatan terjejas teruk dengan kehadiran pekerja asing. Pekerjaan 3D (industri pembinaan iaitu sukar, bahaya dan kotor) tidak berubah kepada automasi kerana majikan lebih suka gunakan tenaga kerja berasaskan manusia.

"Tiada perubahan dalam pekerjaan 3D yang akhirnya dimonopoli oleh pekerja asing.

"MTUC tertarik dengan arahan yang pekerja asing tidak boleh bekerja di Kementerian Pendidikan sehingga tukang kebun dan tukang cuci adalah rakyat tempatan. Ini bermakna jika ada arahan, maka majikan akan berusaha untuk mengajikan pekerja tempatan berbanding pekerja asing," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Menurutnya, majikan cenderung memilih pekerja asing kerana mereka boleh memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pekerjaan termasuk bekerja lebih masa berbanding pekerja tempatan yang turut mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.

Beliau berkata, alasan majikan mengambil pekerja asing semata-mata kerana kos gaji lebih rendah adalah kurang tepat kerana gaji minimum tidak boleh dibezakan antara pekerja asing dengan tempatan.

"Antara sebab gaji minimum diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan pekerja asing.

"Tetapi malangnya matlamat gaji minimum tidak berjaya kerana gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja asing," katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, majikan yang menggaji PATI perlu dikenakan tindakan kerana tindakan sedemikian memberi ruang kepada eksploitasi pekerja termasuk dalam pembayaran gaji di bawah kadar minimum.

"Majikan yang patut diambil tindakan kerana memberi peluang kepada PATI. Kebanyakan majikan mengambil PATI kerana mereka boleh dieksploitasi," katanya.

Menurutnya, kelemahan penguatkuasaan turut menyebabkan isu berkenaan terus berulang walaupun operasi dijalankan berikutan jumlah PATI di negara ini dianggarkan antara dua hingga tiga juta orang.

Mengulas tindakan terhadap majikan yang menggaji PATI, katanya, hukuman dan tindakan terhadap majikan perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja.

"Kami pernah menerima kes majikan tidak membayar gaji mengikut gaji minimum kerana mereka (pekerja warga asing) tidak berdokumen," katanya.

Sehubungan itu, Kamarul berkata, MTUC mendesak kerajaan menyediakan dasar lebih jelas berkaitan pengambilan pekerja asing termasuk mengenal pasti jumlah sebenar pekerja asing dan PATI serta memperkukuh penguatkuasaan.

Laporan eksklusif Harian Metro, kelmarin, melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti 224 lokasi panas berkaitan keberadaan dan aktiviti warga asing di seluruh negara.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata, lokasi berkenaan termasuk penempatan tidak sah, rumah kongsi, premis perniagaan dan rumah sewa padat PATI yang memerlukan pemantauan penguatkuasaan.

Katanya, bagi tempoh 2023 hingga 15 Jun lalu, sebanyak 16,431 siri Op Sapu dilaksanakan membabitkan serbuan ke pelbagai lokasi penempatan haram termasuk rumah setinggan, rumah kongsi dan rumah tumpangan yang dihuni PATI.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:14 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 12:48 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.